Saturnus

Saturnus ialah suatu dewa dalam agama Rom kuno yang dianuti dan dipercayai dalam kalangan masyarakat Rom Purba. Dewa ini digambarkan sebagai dewa pembaharuan dan pembubaran, pertanian dan pembebasan; dia juga dikatakan kononnya bapa kepada Jupiter,[1] Neptunus, Pluto, Juno, Ceres dan Vesta hasil hubungan dengan kakaknya Ops.

Saturnus
Titan pusat Rom, kekayaan, pertanian, pembebasan, dan masa
Ukiran gambaran Saturnus oleh Hendrick Goltzius didasarkan suatu lukisan Polidoro da Caravaggio bertarikh 1592.
SymbolSabit
CanduKuil Saturnus
PerayaanSaturnalia
Maklumat peribadi
PasanganOps
ZuriatJupiter, Neptunus, Plouton, Juno, Ceres dan Vesta
Ibu BapaCaelus dan Terra
Adik-beradikJanus, Ops
Kesetaraan YunaniCronus

Dewa ini dilihat setaraf dengan Kronos dalam mitologi Yunani sehingga turut diterapkan dalam sastera Latin dan seni Romawi sejak seawal Livius Andronicus pada abad ke-3 SM.

Penceritaan mitologi

Menurut periwayatan dewa-dewi dicatat oleh Hesiodos dan Ovidius, dikatakan adanya suatu zaman sangat silam di mana Saturnus dan Janus memerintah lokasi kota Roma sebelum ia didirikan; malah pusat kota ini, Mōns Capitōlīnus, pernah juga disebut sebagai mons Saturnius.[2] Di bawah pemerintahan Saturnus, manusia menikmati limpahan nikmat bumi secara spontan tanpa tenaga kerja dalam "Zaman Keemasan".

Saturnus mempunyai dua dewi simpanan dengan sifat berbeza. Pada awalnya, Saturnus dikaitkan dengan Lua ("kehancuran, pembubaran, pelonggaran") iaitu dewi yang menerima senjata musuh yang berdarah setelah dimusnahkan dalam perang.[3] Saturnus kemudiannya digandingkan dengan Ops (setara Rhea), bermaksud "kekayaan, kelimpahan, sumber daya.";[4] Ops pernah dipasangkan dengan Consus.[5]

Pemujaan

Suatu perayaan besar dipanggil Saturnalia diadakan pada tanggal hari 17 hingga 23 pertengahan bulan Disember dalam takwim Romawi. Masyarakat tersebut pada ketika ini dibenarkan bersukaria dan sepuas-puasnya atas alasan memperingati suatu "Zaman Emas" diperintah dewa ini sebelum dia digulingkan, tidak semuanya diinginkan kecuali sebagai pembebasan sementara dari kekangan beradab. Patung Saturnus yang disimpan sepanjang tahun dengan kakinya terikat pada bulu bebiri turut dilepaskan dari ikatannya selama festival ini.[6] Orang Yunani Purba menyambut suatu keraian yang seumpam iaitu Kronia.[7]

Para pengamat bintang masyarakat semasa ini turut mengaitkan planet Zuhal dengan dewa ini, ia dinampakkan pada nama bahasa Inggeris planet tersebut Saturn. Hari Sabtu turut dinamakan atas perkaitan ini di dunia Barat melalui bahasa-bahasa tuturan sana baik yang purba (Latin: Dies Saturni) mahupun yang moden (bahasa Inggeris: Saturday,[8][9] Belanda: Zaterdag)

Rujukan