Subrahmanyan Chandrasekhar

Subrahmanyan Chandrasekhar FRS[1] (Tamil: சுப்பிரமணியன் சந்திரசேகர்; Mengenai audio inilisten ; 19 Oktober 1910 – 21 Ogos 1995)[2] merupakan seorang ahli astrofizik. Beliau memenangi Hadiah Nobel dalam Fizik bersama William A. Fowler pada tahun 1983 atas "kajian-kajian teori proses fizik mengenai kepentingan struktur dan evolusi bintang".[3] Perkiraan matematiknya mengenai perubahan beransur bentuk najam (stellar evolution) banyak melahirkan model teori terbaik mengenai tahap evolusi bintang gergasi dan lohong hitam.[4][5]

Subrahmanyan Chandrasekhar

Awal hidup

Subrahmanyan Chandrasekhar lahir pada 19 Oktober 1910 in Lahore, Wilayah Punjab, India British (kini dalam Pakistan).[6] Beliau merupakan anak ketiga kepada Sitalakshmi (Divan Bahadur) Balakrishnan (1891–1931), seorang penterjemah bahasa Tamil;[6] dan Chandrasekhara Subrahmanya Ayyar (1885–1960)[7] iaitu anak saudara kepada ahli fizik dan pemenang Hadiah Nobel, C. V. Raman. Keluarga mereka berhijrah dari Allahabad pada tahun 1916, dan akhirnya tinggal di Madras dua tahun kemudian.

Pendidikan

Subrahmanyan bersekolah sendiri oleh ibubapanya sehingga beliau berusia 12 tahun.[6]

Beliau mendapatkan ijazah bachelornya dalam bidang fizik pada bulan Jun 1930. Pada bulan berikutnya, beliau diberikan pembiayaan oleh Kerajaan India untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Cambridge di mana beliau dimasukkan ke Trinity College, Cambridge atas saranan R. H. Fowler. Ketika beliau berada di sana, beliau meluangkan masanya menyelesaikan mekanik statistik mengenai gas elektron terurai dalam bintnag kerdil putih sambil membetulkan ciri kerelatifan khas pada rumusan terdahulu Fowler.

Beliau menghabiskan tahun pengajian terakhirnya di Institut Fizik Teori (kini Institut Niels Bohr) Copenhagen. Chandrasekhar dianugerahkan ijazah PhDnya di Cambridge atas tesis politrop bergraviti sendiri pada musim panas tahun 1933.

Kerjaya

Ketika Perang Dunia Kedua meletus, beliau bekerja menguruskan penyelidikan mengenai balistik di Makmal Kajian Balistik di Tapak Pengujian Aberdeen, Maryland.

Belia dan isterinya Lalitha menjadi warganegara Amerika Syarikat pada tahun 1953.[8]

Penemuan

Penemuan yang dikenali daripada beliau merupakan batas Chandrasekhar di mana ia menggambarkan jisim maksimum sebuah bintang kerdil putih, kira-kira sebanyak 1.44 jisim suria, yang mula mengambang dan mesti dilebihi agar ia runtuk lalu membentuk bintang neutron atau lohong hitam (berikutan meletusnya sebuah supernova). Had ini mula-mula dikira beliau pada tahun 1930 ketika belayar dari India ke Cambridge untuk melanjutkan pelajarannya.

Rujukan

Pautan luar