Sukan Olimpik Musim Panas 1896


Sukan Olimpik Musim Panas 1896 (Bahasa Inggeris: 1896 Summer Olympics; Yunani: Θερινοί Ολυμπιακοί Αγώνες 1896, rumi: Therinoí Olympiakoí Agónes 1896) juga Sukan Olimpiad I atau Athens 1896 merupakan acara pelbagai sukan telah diadakan di Athens, Yunani. Sukan ini merupakan Sukan Olimpik moden pertama yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Sukan Olimpik 1896 diadakan dari 6 April hingga 15 April 1896.[4] Acara-acara yang diadakan termasuk olahraga, lumba basikal, lawan pedang, gimnastik, menembak, renang, tenis, angkat berat dan gusti.[5]

Acara sukan

Pada mulanya, lumba dayung dan kanu telah dijadualkan tetapi kedua-dua acara tersebut terpaksa dibatalkan disebabkan oleh cuaca yang buruk.[6]

Negara peserta

Pada masa itu, konsep negara peserta belum wujud, dan peserta dikira secara individu. Walu bagaimanapun, rekod kewarganegaraan peserta individu juga disimpan, dan berikut ialah negara-negara yang mempunyai perserta dalam Sukan Olimpik 1896:[7]

Pungutan pingat

14 negara, termasuklah pasukan campuran yang terdiri daripada atlet dari beberapa negara yang berbeza, telah bertanding dalam temasya ini. Amerika Syarikat telah mendapat bilangan pingat yang terbanyak, diikuti dengan tuan rumah Yunani.[8]

 Ked. NegaraEmasPerakGangsaJumlah
1  Amerika Syarikat117220
2  Yunani10171946
3  Jerman65213
4  Perancis54211
5  United Kingdom2327
6  Hungary2136
7  Austria2125
8 Australia2002
9  Denmark1236
10   Switzerland1203
11Pasukan campuran1113

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Didahului oleh
Tiada
Sukan Olimpik Musim Panas
Athens

I Olympiad (1896)
Diikuti oleh:
Paris