Sukan Paralimpik Musim Panas 2020

Sukan Paralimpik Musim Panas ke-16, diadakan di Tokyo, Jepun pada 2021

Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 (Bahasa Jepun: 2020年夏季パラリンピック会, Hepburn: 2020-Nen Kaki Pararinpikku) lebih dikenali sebagai Sukan Paralimpik Tokyo 2020 merupakan sebuah acara sukan utama bagi atlet kurang upaya yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa.Juga dikenali sebagai Sukan Paralimpik Musim Panas ke-16, temasya ini telah diadakan di Tokyo, Jepun dari 24 Ogos hingga 5 September 2021.[1] Acara ini sebelumnya dijadualkan berlangsung dari 25 Ogos hingga 6 September 2020. Walau bagaimanapun, pada 24 Mac 2020, pihak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo secara rasmi mengumumkan bahawa Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Panas 2020 ditunda ke tahun 2021 kerana masalah pandemik COVID-19, menandakan kali pertama Sukan Paralimpik ditangguhkan. Meskipun begitu, acara ini masih dipasarkan secara rasminya sebagai Paralimpik Musim Panas 2020 sungguhpun dengan penundaan penjadualan selama satu tahun.[2]

Sukan Paralimpik XVI
Bandar tuan rumahTokyo, Jepun
Cogan kataUnited by Emotion
(Jepun: 感動で、私たちはひとつになる
Melayu: Bersatu atas emosi
Penyertaan negara163
Penyertaan atlet4,537
Acara539 dalam 22 sukan
Upacara pembukaan24 Ogos 2021
Upacara penutupan5 September 2021
Pembukaan dirasmikan olehMaharaja Naruhito
Obor paralimpikYui Kamiji

Karin Morisaki

Shunsuke Uchida
Stadium utamaStadium Tokyo

Bidaan

Tokyo, Istanbul dan Madrid merupakan tiga calon bandar raya. Bandar raya Baku dan Doha tidak dinaikkan pangkat kepada status calon. Bidaan Rom ditarik balik.

Undi

48 undi diperlukan untuk pemilihan dalam undian pertama dan & undian semula; 49 dalam undian terakhir.

IOC mengundi untuk memilih bandar raya tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2020 pada 7 September 2013 di Sesi IOC ke-125 yang mengambil tempat di Buenos Aires Hilton, Buenos Aires, Argentina. Sistem undi lengkap telah digunakan. Tiada bandar raya yang menang lebih daripada 50% undi di dalam pusingan pertama apabila Madrid dan Istanbul terikat di tempat kedua. Undian semula diantara kedua-dua bandar raya tersebut dijalankan untuk menentukan bandar raya yang akan disingkirkan. Dalam undian terakhir di antara Tokyo and Istanbul, Tokyo dipilih selepas meraih 60 undi berbanding Istanbul yang meraih 36 undi.

Keputusan bidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2020[3]
BandarNegaraPusingan 1SemulaPusingan 2
Tokyo  Jepun4260
Istanbul Turki264936
Madrid  Sepanyol2645

Pemasaran

Maskot

Maskot bagi Tokyo 2020 telah dipilih berdasarkan 2,042 penyertaan yang diterima melalui sebuah pertandingan rekaan maskot. Daripada penyertaan-penyertaan tersebut, tiga penyertaan telah dipilih oleh Panel Pemilihan Maskot pada Disember 2017.[4] Pada 28 Februari 2018, keputusan akhir maskot rasmi telah diumumkan dengan pasangan A mendapat undian tertinggi dengan sebanyak 109,041 undi berdasarkan undian pelajar-pelajar sekolah rendah di serata Jepun.[5]

Nama bagi maskot-maskot tersebut diumumkan pada 22 Julai 2018, yaitu Miraitowa dan Someity. Nama Miraitowa merupakan gabungan dua perkataan, iaitu mirai (未来, "masa depan") dan towa (永遠, "selama-lamanya"). Someity pula diambil daripada nama pokok ceri Yoshino dalam bahasa Jepun, Somei Yoshino (染井吉野, ソメイヨシノ) serta menyerupai ungkapan bahasa Inggeris "So Mighty" (Sungguh Gagah).[6]

Gelanggang

Berikut merupakan gelanggang Sukan Paralimpik Musim Panas 2020:[7]

Zon Warisan

GelanggangAcara
Stadium Olimpik KebangsaanUpacara Pembukaan dan Penutupan
Olahraga
Gimnasium Negara YoyogiBadminton
Ragbi kerusi roda
Gimnasium Metropolitan TokyoPing Pong
Nippon BudokanJudo
Forum Antarabangsa TokyoPowerlifting
Taman Ekuestrian TokyoEkuestrian

Zon Tokyo Bay

GelanggangAcara
Gelanggang Sukan Urban AomiBola Sepak 5 Sebelah
Jalan air Sea ForestMendayung, Para kanu
Pusat Akuatik Sukan OlimpikRenang
Makuhari MesseGoalball, Bola Tampar Duduk, Tae Kwon Do, Lawan Pedang Kerusi Roda
Taman YumenoshimaMemanah
Ariake ArenaBola keranjang kerusi roda
Taman Marin OdaibaPara Triatlon
Pusat Gimnastik OlimpikBoccia
Ariake ColiseumTenis kerusi roda

Kawasan lain

GelanggangAcara
Plaza Sukan Musashina ForestBola Keranjang Kerusi Roda (peringkat awal)
Lapang Sasar Menembak AsakaMenembak
Velodrom IzuLumba basikal (balapan)
Litar FujiLumba basikal (jalan raya)

Bangunan lain

  • Kampung Paralimpik, Harumi Futo
  • Pusat Media dan Penyiaran Antarabangsa, Menara Persidangan Tokyo Big Sight

Acara sukan

Takwim

Takwim peringkat awal telah diumumkan pada 19 Oktober 2018.[8] Takwim yang muktamad telah diumumkan pada 13 Ogos 2019.[9][10]

Takwim Sukan Paralimpik asalnya adalah dari 25 Ogos hingga 10 September 2020. Oleh kerana pandmik COVID-19, tarikh Sukan Paralimpik telah ditangguhkan sehingga 24 Ogos - 9 September 2021.[11]

Kesemua tarikh dan masa adalah mengikut Waktu Piawai Jepun (UTC+9)
OCUpacara pembukaanAcara pertandingan1Acara pingat emasCCUpacara penutupan
Ogos/September 202124
Sel
25
Rab
26
Kha
27
Jum
28
Sab
29
Aha
30
Isn
31
Sel
1
Rab
2
Kha
3
Jum
4
Sab
5
Aha
Acara
UpacaraOCCC
Memanah11221119
Olahraga1316191621171817255167
Badminton7714
Boccia437
Lumba basikal Lebuh raya1965451
Balapan4553
Ekuestrian (dressage)321511
Bola sepak 5 sebelah11
Goalball22
Judo44513
Para kanu459
Para triatlon448
Powerlifting4444420
Lumba dayung44
Menembak322122113
Bola tampar duduk112
Renang16141414131514151516146
Ping pong5885531
Tae kwon do2226
Bola keranjang kerusi roda112
Lawan pedang kerusi roda4424216
Ragbi kerusi roda11
Tenis kerusi roda11226
Bilangan acara berpingat harian243044556254584448555015539
Jumlah kumulatif245498153215269327371419474524539
Ogos/September 202124
Sel
25
Rab
26
Kha
27
Jum
28
Sab
29
Aha
30
Isn
31
Sel
1
Rab
2
Kha
3
Jum
4
Sab
5
Aha
Jumlah acara


Penyertaan

Jawatankuasa Paralimpik Kebangsaan yang menyertai Sukan Paralimpik Musim Panas 2020

Jadual Pingat

  *   Tuan rumah (Jepun)

Jadual Pingat Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 [12]
KedudukanNPCEmasPerakGangsaJumlah
1  China (CHN)966051207
2  Great Britain (GBR)413845124
3  Amerika Syarikat (USA)373631104
4Fail:Russian Paralympic Committee flag (2021).svg RPC (RPC)363349118
5  Belanda (NED)25171759
6  Ukraine (UKR)24472798
7  Brazil (BRA)22203072
8  Australia (AUS)21293080
9  Itali (ITA)14292669
10  Azerbaijan (AZE)141419
11  Jepun (JPN)*13152351
12  Jerman (GER)13121843
13  Iran (IRI)1211124
14  Perancis (FRA)11152854
15  Sepanyol (ESP)9151236
16  Uzbekistan (UZB)85619
17  Poland (POL)761225
18  Hungary (HUN)75416
19  Switzerland (SUI)74314
20  Mexico (MEX)721322
21  New Zealand (NZL)63312
22  Israel (ISR)6219
23  Kanada (CAN)510621
24  India (IND)58619
25  Thailand (THA)55818
26  Slovakia (SVK)52411
27  Belarus (BLR)5117
28  Tunisia (TUN)45211
29  Algeria (ALG)44412
30  Maghribi (MAR)44311
31  Belgium (BEL)43815
32  Ireland (IRL)4217
33  Nigeria (NGR)41510
34  Afrika Selatan (RSA)4127
35  Cuba (CUB)4116
36  Jordan (JOR)4015
37  Colombia (COL)371424
38  Venezuela (VEN)3227
39  Malaysia (MAS)3205
40  Denmark (DEN)3115
41  Korea Selatan (KOR)2101224
42  Turki (TUR)24915
43  Indonesia (INA)2349
44  Republik Czech (CZE)2338
45  Chile (CHI)2316
 Serbia (SRB)2316
47  Norway (NOR)2024
48  Singapura (SGP)2002
49  Austria (AUT)1539
50  Sweden (SWE)1528
51  Yunani (GRE)13711
52  Finland (FIN)1315
 Kazakhstan (KAZ)1315
54  Emiriah Arab Bersatu (UAE)1113
55  Costa Rica (CRC)1102
56  Ecuador (ECU)1023
57  Cyprus (CYP)1012
 Sri Lanka (SRI)1012
59  Habsyah (ETH)1001
 Mongolia (MGL)1001
 Pakistan (PAK)1001
 Peru (PER)1001
63  Argentina (ARG)0549
64  Mesir (EGY)0527
65  Croatia (CRO)0347
66  Latvia (LAT)0325
67  Georgia (GEO)0303
68  Hong Kong (HKG)0235
69  Bulgaria (BUL)0202
70  Iraq (IRQ)0123
71  Kuwait (KUW)0112
 Namibia (NAM)0112
 Romania (ROU)0112
 Slovenia (SLO)0112
75  Vietnam (VIE)0101
76  Lithuania (LTU)0033
77  Portugal (POR)0022
78  Arab Saudi (KSA)0011
 Bosnia dan Herzegovina (BIH)0011
 El Salvador (ESA)0011
 Kenya (KEN)0011
 Montenegro (MNE)0011
 Oman (OMA)0011
 Qatar (QAT)0011
 Taipei Cina (TPE)0011
 Uganda (UGA)0011
Jumlah (86 NPC)5395405891668

Penyiaran

Astro Arena HD bertanggungjawab untuk menyiarkan acara Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 di Malaysia.[13]

Di Singapura pula, beberapa acara yang dipilih disiarkan secara langsung di Channel 5 manakala acara yang lain pula disiarkan di platform digital meWATCH. Acara kemuncak yang terpilih juga disiarkan di saluran Youtube Mediacorp.[14]

Channel 4 akan kekal sebagai penyiar rasmi Sukan Paralimpik bagi negara UK. Mereka telah menyiarkan sebuah iklan promosi yang bertajuk "Super. Human" yang menerangkan realiti kehidupan atlet Paralimpik dan pengorbanan yang dibuat oleh mereka demi mencapai impian Paralimpik mereka. Acara Sukan Paralimpik akan mendapat liputan televisyen sebanyak 300 jam di saluran percuma Channel 4, 1,200 jam di platform pengstrimannya, More4, serta program acara kemuncak pada waktu petang dan slot yang tersendiri dalam rancangan The Last Leg.[15][16]

Buat kali yang pertama, NBCUniversal akan menyiarkan liputan Sukan Paralimpik selama 1,200 jam di platformnya. NBC telah dikutuk oleh orang ramai semasa edisi-edisi Sukan Paralimpik yang lepas kerana menyiarkan liputan Sukan Paralimpik yang sangat kurang berbanding dengan Sukan Olimpik (NBC tidak menyiarkan sebarang acara Sukan Paralimpik secara langsung semasa 2012).[17][18]

Kontroversi

Kemalangan kenderaan tanpa pemandu Toyota

Atlet judo Jepun yang mempunyai kecacatan penglihatan, Aramitsu Kitazono, telah dilanggar oleh kenderaan tanpa pemandu e-Pallete yang dicipta oleh Toyota pada 26 Ogos 2021 di Kampung Paralimpik.[19] Kemalangan ini telah menyebabkan beliau cedera pada kepala dan kakinya dan terpaksa untuk menarik diri daripada pertandingan peringkat penyingkiran 16 bagi acara 81kg lelaki.[20] Pihak Toyota telah menangguhkan projek tersebut pada 27 Ogos dan Ketua Eksekutif Syarikat Toyota telah meminta maaf dalam sebuah video Youtube yang dimuat naik,[21] namun projek tersebut telah dimulakan semula pada 1 September 2021.[22]

Acara lontar peluru lelaki F20

Pada 31 Ogos 2021, atlet Malaysia, Muhammad Ziyad Zolkefli, telah memenangi pingat emas dalam acara lontar peluru lelaki F20 dengan memecahkan rekod dunia yang juga dicipta olehnya.[23] Namun, keputusan beliau telah dibatalkan oleh pihak penganjur setelah atlet Ukraine memprotes bahawa Ziyad dan dua atlet yang lain lewat masuk ke call room (bilik panggilan) sebelum pertandingan dimulakan, dan pingat tersebut akhirnya diberikan kepada Maksym Koval dari Ukraine.[24][25] Pasukan Malaysia telah membuat rayuan sebanyak dua kali kepada World Para Athletics (WPA) dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) tetapi gagal.[26][27] Majlis Paralimpik Malaysia telah mengatakan bahawa mereka akan terus memperjuangkan keputusan pembatalan pingat emas Ziyad dengan mengumpulkan bukti seperti salinan CCTV dan membuat bantahan rasmi kepada IPC dan WPA selepas Sukan Paralimpik 2020 tamat.[28]

Lihat juga

Nota

Rujukan

Pautan luar

Didahului oleh
Rio de Janeiro
Sukan Paralimpik Musim Panas
Tokyo

Sukan Paralimpik Musim Panas XVI (2020)
Diikuti oleh:
Paris