Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar

Sultan Johor

Almarhum Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah GCMG GBE (17 September 1873 – 8 Mei 1959) memerintah Johor dari tahun 1895 hingga 1959. Baginda merupakan Sultan Johor ke-22, dan yang ketiga di bawah Wangsa Temenggung. Wangsa Temenggung telah dimulakan dengan bantuan pihak British di bawah Sir Stamford Raffles.

Almarhum Sultan Sir Ibrahim
Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah
Sultan Johor Era Moden ke-II
Pemerintahan7 September 1895 - 8 Mei 1959
PendahuluSultan Abu Bakar
PenggantiSultan Ismail
Raja MudaTunku Ismail
PasanganSultanah Ungku Maimunah Binti Ungku Abd Majid
Sultanah Rogayah
Enche' Hasnah Binti Dato' Ja'afar
Ungku Intan Binti Ungku Ahmad
Sultanah Helen Binti Abdullah (née Helen Bartholomew Wilson)
Sultanah Fawzia binti Abdullah (née Marcella Mendl)
Anakanda
Tunku Muhammad Khalid (diputerakan dan mangkat pada bulan Ogos 1893)
Tunku Ismail (Tunku Mahkota Johor)
Tunku Haris Abu Bakar
Tunku Ahmad
Tunku Miriam
Nama penuh
Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah
Tempat persemayamanIstana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor
AyahandaSultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah ibni Almarhum Raja Temenggong Seri Maharaja Tun
Daeng Ibrahim
BondaInche Besar Zubaidah Binti Abdullah
(née Cecilia Catharina Lange)
Keputeraan(1873-09-17)17 September 1873
Istana Bidadari, Serangoon, Singapura, Negeri-negeri Selat
Kemangkatan8 Mei 1959(1959-05-08) (umur 85)
Grosvenor House, London, England, United Kingdom
Dimakamkan6 Jun 1959
Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor
AgamaIslam
Gelaran hormat bagi
Sultan Sir Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
سلطان سير إبراهيم إبن سلطان أبو بکر

Gaya panggilanDuli Yang Maha Mulia
دولي يڠمها موليا
Gaya pertuturanDuli Yang Maha Mulia
دولي يڠمها موليا
Gaya pilihanTuanku
توانکو

Pada 23 Mei 1891, Baginda dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar, Johor Bahru. Sultan Ibrahim menaiki takhta pada 4 Jun 1895 semasa kemangkatan ayahandanya, Sultan Abu Bakar. Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 7 September dan dimahkotakan pada 2 November tahun sama.

Keputeraan

Baginda diputerakan sebagai Tunku Ibrahim Iskandar di Istana Bidadari, Serangoon, Singapura, Sultan Ibrahim merupakan anakanda tunggal kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim dan Inche Zubaidah binti Abdullah Inche Besar (isteri kedua Sultan Abu Bakar). Zubaidah atau nama lahirnya Cecelia Lange merupakan seorang berdarah kacukan Bali-Cina-Denmark, Zubaidah merupakan anak kepada Mads Johansen Lange, seorang saudagar asal Denmark yang berniaga di pulau Bali, Hindia Timur Belanda.[1][2]

Baginda belajar di bawah guru peribadi yang mengajarkan pendidikan Inggeris sejak kecil. Baginda diberi perhatian penuh sebagai bakal pengganti Sultan dan ketika menjadi Putera Mahkota pada usia 17 tahun, beliau pergi ke Eropah buat julung kalinya pada Jun 1890. Baginda melawat Jerman, Switzerland, Perancis dan England.

Pemerintahan

Sultan Ibrahim meneruskan usaha ayahandanya dan mengekalkan kebebasan dan kedaulatan Johor. Oleh sebab baginda tidak mahu dijajah oleh pihak British, baginda melakukan pelbagai perubahan dan pindaan terhadap perlembagaannya pada tahun 1895. Kerumitan pentadbiran kewangan negeri Johor dan kebarangkalian meletusnya perang besar di Eropah (Perang Dunia Pertama) menimbulkan kerisauan dan perasaan gelisah di kalangan pentadbir British. Mereka mendesak Sultan Sir Ibrahim untuk menerima Penasihat Inggeris untuk membantu mentadbir negeri Johor. Sultan Sir Ibrahim pada hakikatnya kehilangan kebebasan mentadbir negeri Johor. Sebagai balasan, Pentadbiran Negeri-Negeri Selat (British) bersetuju kepada penubuhan satu pasukan Askar Timbalan Setia yang berikrar taat setia kepada Sultan Johor. Askar Timbalan Setia boleh dilihat sebagai tentera peribadi Sultan Johor.

Melalui pindaan pada tahun 1914, Sultan Ibrahim telah membenarkan orang asing bukan rakyat Johor, termasuk rakyat British, menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Seterusnya pada tahun itu juga, Sultan Ibrahim menerima seorang Penasihat Am British. Tugasnya adalah menasihati baginda dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan negeri Johor. Walau bagaimanapun, Penasihat Am tidak mempunyai kuasa seperti kuasa Residen dan Penasihat British di negeri-negeri Melayu yang lain, dan nasihatnya tidaklah semestinya dituruti oleh baginda. Pindaan ini telah menambahkan penguasaan British ke atas Johor secara tidak langsung.

Jasa dan sumbangan

  • Pembinaan hospital serta pejabat kerajaan.
  • Menaungi badan pakatan Bahasa Melayu (Pakatan Bahasa Persuratan Buku Di-Raja Johor)
  • Meneruskan pembinaan Masjid Abu Bakar yang diusahakan ayahandanya, Sultan Abu Bakar
  • Lagu rasmi Johor, 'Lagu Selamat Johor' ciptaan M Galistan (seorang pemuzik dan jurulatih pancaragam) wajib dinyanyikan murid sekolah di negeri itu

Pelayaran dan pengembaraan

Bagi memperluaskan pengetahuannya, baginda sering ke Eropah khususnya ke England dan beberapa negara lain. pada 12 Mac 1934, beliau mengelilingi dunia diiringi Sultanah Helen dan Setiausaha Sulitnya, Kapten Sheikh Abdullah Yahya.

Rombongan bertolak dari Singapura menaiki kapal Jepun, Fujiyama Maru menuju ke Jepun, kemudian singgah di Hong Kong dan Shanghai, China. Ketika di Jepun, Maharaja Jepun menganugerahkan baginda 'First Class Grand Cordon of the Order of Rising Sun' sebagai tanda perkenalan dan persahabatan.

Sultan Ibrahim meneruskan pelayaran menaiki kapal Chinchba Maru dari Yokohama menuju ke Honolulu, seterusnya ke Hollywood di San Francisco. Dari Los Angeles, baginda ke Chicago, kemudian ke Washington (Melawat Rumah Putih) dan ke New York.

Dari Amerika Utara, baginda kemudiannya ke England, United Kingdom atas jemputan baginda King George V dan Queen Mary.

Baginda turut melawat India, Australia, Indo-China, Thailand dan Kemboja.

Keluarga

Baginda berkahwin sebanyak enam kali iaitu dengan:

  1. Sultanah Ungku Maimunah binti Almarhum Ungku Abdul Majid (sepupu baginda di mana Ungku Abdul Majid dan Almarhum Sultan Abu Bakar merupakan saudara sebapa) (15 November 1875 - 2 September 1908): dikahwinkan di Istana Tyersall, Singapura pada 5 Oktober 1892, Ungku Maimunah ialah anak perempuan Ungku Abdul Majid ibni Almarhum Raja Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim Beliau dimahkotakan sebagai Sultanah Johor pada 2 November 1895, tetapi mangkat dengan awal pada umur 33.
  2. Sultanah Rogayah (4 September 1880 - 8 Mac 1926): Beliau dimahkotakan sebagai Sultanah Johor pada 30 Ogos 1920.
  3. Enche' Hasnah binti Dato' Ja'afar: Hasnah ialah anak perempuan Dato Ja'afar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama, dan adik kepada Dato Onn bin Ja'afar.
  4. Ungku Intan binti Almarhum Ungku Ahmad: Berkahwin pada tahun 1926, Ungku Intan ialah anak perempuan Ungku Ahmad bin Almarhum Ungku Muhammad.
  5. Helen Bartholomew Wilson (21 Disember 1888 - 13 Ogos 1978): Dilahirkan di Glasgow, Scotland, United Kingdom, Helen Bartholomew Wilson berkahwin dengan Sultan di Woking, Surrey, England, United Kingdom pada 16 Oktober 1931 dan bercerai pada 31 Disember 1938. Bartholomew ialah janda kepada William Brockie Wilson, Esq., dan Sultan Ibrahim merupakan suaminya yang kedua. Beliau dimahkotakan sebagai Sultanah Johor di Istana Besar, Johor Bahru, pada 18 November 1931.
  6. Marcella Mendl (7 November 1915 - 1 Jun 1983): Sultanah Fawzia dilahirkan di negara Jerman sebagai Marcella Mendel. Beliau ialah anak perempuan Edgar Mendel dari Romania. Berkahwin di London, England, United Kingdom pada 6 November 1941, beliau dimahkotakan sebagai Sultanah Johor pada 18 September 1956.

Baginda mempunyai empat orang anakanda lelaki dan seorang anakanda perempuan. Anakanda-anakanda lelakinya adalah seperti berikut:

  1. Tunku Muhammad Khalid ibni Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur diputerakan oleh Sultanah Ungku Maimunah:
  2. Tunku Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, juga diputerakan oleh Sultanah Ungku Maimunah:
  3. Tunku Haris Abu Bakar ibni Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, diputerakan oleh Sultanah Rogayah:
  4. Tunku Ahmad ibni Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, yang diputerakan oleh Che Puan Hasana.
  5. Tunku Meriam binti Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, yang diputerikan oleh Sultanah Fawzia.

Kemangkatan

Sultan Ibrahim mangkat pada 8 Mei 1959 di Grosvenor House, London, United Kingdom dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.

Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abu Bakar
Sultan Johor ke-22
1895-1959
Diikuti oleh:
Sultan Ismail

Darjah Kebesaran

Kehormatan Johor

Sebagai Sultan Johor (7 September 1895 – 8 Mei 1959):

Kehormatan Malaya

Kehormatan Antarabangsa

Rujukan

Pautan luar