Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail

Sultan Johor
Yang di-Pertuan Agong
Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi
Yang di-Pertuan Agong ke-8
Raja Permaisuri AgongSultanah Zanariah binti Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad
NegeriJohor
Keputeraan(1932-04-08)8 April 1932
Istana Semayam, Johor Bahru, Johor, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia
Kemangkatan22 Januari 2010(2010-01-22) (umur 77)
Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Mula jawatan26 April 1984
Tamat jawatan25 April 1989
Penyandang terdahuluSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah
Penyandang kemudianSultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah

Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi [1][2][3][4][5][γ][δ] (Tulisan Jawi: سلطان إسكندر الحاج إبن المرحوم سلطان إسماعيل; 8 April 1932 – 22 Januari 2010) merupakan Yang di-Pertuan Agong yang kelapan mulai 26 April 1984 hingga 25 April 1989.[ε] Baginda mewarisi takhta ayahandanya Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim untuk menjadi Sultan Johor ke-24 berikutan kemangkatan ayahandanya pada tahun 1981. Pemerintahan Sultan Iskandar berlangsung selama hampir 29 tahun sehingga kemangkatannya pada 22 Januari 2010, di mana beliau digantikan oleh anakanda sulungnya, Sultan Ibrahim. Anakandanya telah berkahwin dengan kerabat diraja Malaysia yang berbeza. Anak sulung Baginda, Tunku Kamariah, Tengku Puan Laksamana, berkahwin dengan Tengku Laksamana dari Selangor, Tengku Sulaiman Shah. Anak pengganti dan sulungnya, Sultan Ibrahim berkahwin dengan seorang anggota Keluarga Diraja Perak, Raja Zarith Sofiah. Anak perempuannya, Tunku Azizah berkahwin dengan pewaris takhta Pahang, Tengku Abdullah. Anak lelakinya, Tunku Abdul Majid berkahwin dengan seorang anggota Keluarga Diraja Kedah, Tunku Teh Mazni.

Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi
Sultan Johor Moden ke-IV
Pemerintahan11 Mei 1981 - 22 Januari 2010
PendahuluSultan Ismail
PenggantiSultan Ibrahim
Raja MudaTunku Ibrahim Ismail
PasanganEnche’ Besar Hajah Khalsom binti Abdullah (Josephine Ruby Trevorrow) (k. 1956; c. 1962)
Sultanah Zanariah binti Tengku Panglima Raja Tengku Ahmad (k. 1961; b. 2010)
Anakanda
Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah
Tunku Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah
Tunku Ibrahim Ismail
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Tunku Mariam Zaharah
Tunku Noraini Fatimah
Tunku Maimunah Ismailiah
Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim
Tunku Muna Najiah
Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahira Iskandariah
Nama penuh
Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi
Tempat persemayamanIstana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor
AyahandaSultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur
BondaSultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad
Keputeraan(1932-04-08)8 April 1932
Istana Semayam, Johor Bahru, Johor, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Malaya British
Kemangkatan22 Januari 2010(2010-01-22) (umur 77)
Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Malaysia
Dimakamkan23 Januari 2010
Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor
AgamaIslam Sunni

Seperti nendanya Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar,[6] kebebasan buah fikiran Sultan Iskandar adakalanya menimbulkan ketegangan hubungan dengan kerajaan persekutuan Malaysia, lebih-lebih lagi ketika bertakhta Yang di-Pertuan Agong,[7] ketika baginda sendiri terlibat dalam beberapa peristiwa yang menarik perhatian awam.[8]

Bagaimanapun, ada pihak yang mendapati Sultan Iskandar bersifat panas baran,[9][10] dengan merujuk kepada catatan peristiwa pahit sepanjang hayat baginda,[11] termasuk dilucutkan pangkat Tunku Mahkota oleh ayahandanya pada tahun 1961, di samping beberapa tindakan jenayah yang berlaku dari 1970-an hingga 1990-an yang tersiar dalam akhbar sehingga memarahkan orang awam.[12][13]

Sewaktu muda dahulu, Tunku Iskandar lebih dikenali dengan nama beriannya iaitu "Mahmood"[14][15][γ] atau nama penuhnya "Mahmood Iskandar". Sungguhpun, nama "Mahmood" itu tidak dipakai lagi semenjak baginda naik takhta pada tahun 1981,[16][ζ] namun sesetengah pihak masih memanggil nama penuh "Mahmood Iskandar" sekali-sekala.[17]

Kehidupan awal كهيدوڤن اول

Kerabat diraja Johor dalam majlis hari lahir Dr Heah Hock Chye pada 1956. Tunku Mahmood Iskandar berdiri paling kiri.

Sultan Iskandar (dikenali sebagai Tunku Mahmood Iskandar[γ] sehingga tahun 1981) ialah anakanda ketiga kepada Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad, yang diputerakan pada jam 11:30 pagi pada hari Jumaat 8 April 1932 di Istana Semayam, Johor Bahru.[18] (Baginda ada dua kakanda, tetapi kedua-duanya mangkat pada usia bayi.)[19] Tunku Mahmood menerima pendidikan di Sekolah Rendah Ngee Heng Primary School dan Maktab Inggeris (kini Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru. Pada 1952, baginda dihantar ke Australia untuk melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School. Setelah tamat pengajian pada tahun 1953, Tunku Mahmood pergi ke Isle of Wight di United Kingdom untuk memasuki Upper Chime School selama tiga tahun.[20] Setelah selesai menuntut ilmu, Tunku Mahmud kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1956 untuk menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Johor untuk masa yang singkat.[21] Baginda menjadi pegawai kadet yang bertanggungjawab atas hal ehwal dalam Jabatan Hal Ehwal Daerah, Tanah dan Perbendaharaan sehingga ditabal sebagai Tunku Mahkota Johor pada bulan Mei 1959.[22]

Sultan Johor سلطان جوهر

Gelaran hormat bagi
Sultan Iskandar

Gaya panggilanDuli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturanDuli Yang Maha Mulia
Gaya pilihanTuanku

Tunku Mahmood telah dilantik oleh Sultan Ismail menjadi Tunku Mahkota Johor dari tahun 1959 hingga 1961, kemudian menjadi Raja Muda dari tahun 1966 hingga 1981. Pada 29 April 1981, Tunku Mahmud dilantk sebagai Tunku Mahkota sekali lagi sebaik sahaja sebelum kemangkatan ayahandanya.[23]

Pada 10 Mei 1981, Tunku Mahmood telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor berikutan kemangkatan ayahandanya, lalu dimasyhurkan sebagai Sultan sehari kemudian, beberapa ketika sebelum ayahandanya dimakamkan.[24] Sehubungan dengan itu, adinda baginda Tunku Abdul Rahman, bekas Tunku Mahkota Johor selama 20 tahun di bawah pemerintahan Sultan Ismail, ditabal sebagai Tunku Bendahara Johor lalu memegang gelaran tersebut sehingga mangkat pada tahun 1989.[9] Pada 12 Disember 1981, Sultan Iskandar ditabal sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia.[25]

Mengikut sistem beraja bergilir-gilir di Malaysia, Sultan Iskandar ditabal sebagai Yang Di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja pada 9 Februari 1984, tidak lama sebelum berakhirnya penggal Sultan Ahmad Shah dari Pahang pada 26 April 1984.[26] Sultan Iskandar memegang gelaran Yang-Di Pertuan Agong sehingga diambil alih oleh Sultan Azlan Shah dari Perak pada tahun 1989.[27]

Pada 8 April 2006, Sultan Iskandar telah berkenan melantik cucundanya Tunku Ismail Idris, iaitu anakanda Tunku Mahkota, sebagai Raja Muda (pewaris kedua takhta Johor) dalam dalam suatu istiadat khas pemasyhuran Raja Muda Johor sempena hari keputeraanya.[28]

Hal ehwal dalam negeri حال اهوال دالم نڬري

Sultan Iskandar menganjurkan acara rumah terbuka di kediaman rasminya di Istana Bukit Serene, atau di Istana Besar.[29] Pada hari-hari inilah, Sultan dan putera sulungnya Tunku Mahkota mengadakan sesi khas untuk bertemu mesra dengan rakyat Johor.[30] Mengikut adat istiadat, kerajaan negeri mewartakan 8 April sebagai cuti umum negeri untuk meraikan hari keputeraan baginda[31][32], yang mana baginda mengurniakan anugerah kehormat kepada rakyat Malaysia yang mempamerkan sumbangan dan pencapaian cemerlang.[33]

Tidak lama sebelum menjadi YDPA pada April 1984, Sultan Iskandar mengeluarkan usul agar Orang Asli digolongkan sebagai "Bumiputera Asli", kerana baginda berpendapat bahawa Orang Asli ini berbeza sekali identitinya dari orang Melayu kerana kebanyakan mereka bukan umat Islam. Namun, usul tersebut ditarik balik, sebaliknya kerajaan cuba mengasimilasikan Orang Asli dengan masyarakat Melayu arus perdana.[34] Setelah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda mendermakan gaji baginda untuk jawatan YDPA kepada berbilang lembaga biasiswa yang dibuka kepada semua kaum di Malaysia.[35]

Pada tahun 2007, Sultan Iskandar mengeluarkan titah perintah yang hanya membenarkan gelaran Istana dipakai oleh kediaman dan hartanah yang dimiliki oleh Sultan dan Tunku Mahkota, manakala hartanah yang dimiliki oleh kerabat diraja yang lain dikenali sebagai "Kediaman".[36] Pada Disember 2008, Sultan Iskandar memperkenan kerajaan negeri untuk mewartakan usul perundangan yang melarang umat Islam daripada mengamalkan senaman yoga, atas sebab bahawa yoga mengandungi unsur agama Hindu yang melanggar ajaran Islam. Permohonan agar meminta perkenan Sultan datang dari Majlis Agama Islam Johor yang bertindak atas arahan Majlis Fatwa Kebangsaan.[37][38]

Sultan Iskandar menyempurnakan pembukaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sultan Iskandar pada 1 Disember 2008, dengan kehadiran Tunku Mahkota dan beberapa menteri jemaah utama. Kompleks ini dinamakan sempena baginda,[39] yang berpandangan optimis akan kejayaannya pada ucapan pembukaan baginda.[40][41]

Hubungan luar negeri هوبوڠن لوار نڬري

Semenjak menaiki takhta, Sultan Iskandar menjalin hubungan erat dengan Singapura, dengan mengeratkan silaturahim dengan pemimpin tertinggi Singapura. Amalan ini juga menjadi ikutan anakandanya, Tunku Mahkota dan Tunku Bendahara.[42] Laporan media sentiasa mengetengahkan sambutan mesra yang disampaikan sesama pemimpin kedua-dua negara ketika dalam lawatan,[43][44] terutamanya pada bulan Julai 1988, apabila kunjungan Sultan Iskandar ke Singapura menandakan[45] kali pertama seseorang Yang di-Pertuan Agong melawat negara pulau tersebut sejak tahun 1957.[46][47] Timbalan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Goh Chok Tong menerima pangkat Dato' Paduka Mahkota Johor (Kehormat) daripada Sultan Iskandar.[48]

Pada tahun 2007, Sultan Iskandar dikurniakan anugerah Honorary Master Parachutist Wing oleh Menteri Pertahanan Singapura, Teo Chee Hean[49] dan Ijazah Kehormat Doktor Perundangan oleh Universiti Kebangsaan Singapura.[49]

Hubungan dengan Singapura bertukar keruh setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) adalah milik Singapura setelah lama direbut oleh kedua-dua negara. Di sesi pertama Dewan Undangan Negeri Johor ke-12 pada tahun 2008, Sultan menyabdakan pendirian bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Malaysia, n berikrar untuk mencari jalan yang tidak menyalahi undang-undang untuk mengembalikan pulau tersebut ke pangkuan negara.[50]

Sultan Iskandar juga menjalin hubungan erat dengan Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei, lebih-lebih lagi sewaktu baginda memegang gelaran Yang Di-Pertuan Agong.[51] Pada tahun 2006, sekali lagi kedua-dua sultan disaksikan bersama di khalayak ramai, ketika Sultan Hassanal Bolkiah bercemar duli ke negeri Johor untuk menyabdakan minat baginda terhadap Iskandar Malaysia.[52]

Kontroversi كونتروۏرسي

Pewarisan takhta ڤواريثن تخت

Sebelum menjadi Sultan atau Yang di-Pertuan Agong, apatah lagi pada 1980-an dan awal 1990-an, nama baik Tunku Mahmood pernah dinodai oleh beberapa peristiwa kontroversi yang mendapat perhatian media. Antara insiden terawalnya ialah kehilangan pangkatnya sebagai Tunku Mahkota pada tahun 1961 atas sebab perilaku[8] setelah laporan sulit yang mendakwanya mengurung seorang polis diutuskan kepada ayahandanya selaku sultan.[53] Pangkat Tunku Mahkota diambil alih oleh adindanya, Tunku Abdul Rahman. Apapun, pada tahun 1966, Tunku Mahmood Iskandar menerima pangkat Raja Muda, iaitu pewaris kedua takhta.[54] Pada bulan April 1981, Tunku Mahmood ditabal semula sebagai Tunku Mahkota tidak lama sebelum kemangkatan ayahandanya sebulan berikutnya, selepas itu ditabalkan sebagai Sultan Johor,[55] atas titah ayahandanya.[24]

Walau apapun, sesetengah pihak mempertikai kesahihan pertabalan semula Tunku Mahmood sebagai Tunku Mahkota, dengan berhujah bahawa mereka menyaksikan Sultan Ismail sudah berada dalam keadaan koma ketika Tunku Mahmood menjadi Tunku Mahkota.[53] Namun, catatan rasmi membuktikan bahawa Sultan Ismail menjadi koma pada 8 Mei, tiga hari sebelum mangkat.[56] Hubungan istana dengan Menteri Besar Johor, Othman Saat menjadi keruh apabila beliau mempersoalkan kewajaran Tunku Mahmood Iskandar mewarisi takhta, sehingga mencetuskan Sultan baru itu untuk menitah perintah agar Menteri Besar meletak jawatan dalam masa 24 jam, sebaik sahaja mangkatnya Sultan Ismail, dengan tujuan mengambil alih jawatan tersebut untuk kegunaan dirinya. Sesungguhnya Menteri Besar patuh kepada titah tersebut, namun Sultan tidak mengambil jawatannya.[57] Othman Saat kemudian meletak jawatan sebagai menteri besar pada tahun berikutnya.[8]

Tuduhan salah laku jenayah تودوهن ساله لاكو جنايه

Pada tahun 1972, Tunku Mahmood didakwa menyerang dua orang lelaki dengan cokmar kerana memotong keretanya lalu disabitkan kesalahan pada tahun berikutnya.[58] Setahun kemudian, timbulnya laporan yang menyatakan Tunku Mahmood Iskandar dan seorang pengawal peribadi menyerang sepasangan muda dengan bahan kimia dan cokmar setelah disinggung perasaan. Pada masa yang sama didakwa juga bahawa Tunku Mahmood merantai dua orang anggota polis dalam rumah anjing selama sehari kerana murka terhadap mereka.[59]

Lima tahun kemudian, Tunku Mahmood didakwa dan didapati bersalah atas sebab kematian seseorang[60] setelah menembak sampai mati seorang lelaki yang berhampiran helikopter peribadinya yang disangkanya seorang penyeludup. Walau apapun, ayahandanya Sultan Ismail campur tangan lalu memberikan pengampunan rasmi kepada Tunku Mahmood Iskandar.[61][62][63] Begitu juga, putera sulungnya, Tunku Ibrahim Ismail, disabitkan kesalahan menembak sampai mati seorang lelaki setelah bergaduh dalam kelab malam pada 1980-an, tetapi diampunkan serta-merta juga.[64]

Pada tahun 1987, Sultan Iskandar dituduh menyerang sampai mati seorang kedi golf di Cameron Highlands, berikutan insiden yang mana kedi itu tertawa apabila baginda tersasar satu lubang. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman mengulas bahawa Sultan (yang ketika ini menduduki takhta YDPA) tidak dapat dibuat tuduhan atas sebab kekebalan yang dikurniakan kepada raja-raja, namun pada masa yang sama beliau mengecam tindakan Sultan Iskandar itu. Kesudahannya, kejadian tersebut dibiarkan tanpa meraih perhatian awam. Adik kepada kedi yang turut diserang hingga cedera, menjadi murung akibat apa yang disaksikannya, lantas dia bertindak mengamuk di Kuala Lumpur sehingga terpaksa dikuarantinkan dalam rumah sakit jiwa.[65][66]

Peristiwa Gomez ڤريستيوا ڬوميز

Serangan سراڠن

Pada akhir tahun 1992, dua kes serangan berasingan oleh Sultan dan puteranya Tunku Abdul Majid Idris terhadap jurulatih hoki, memuncak dengan pelucutan kekebalan raja-raja dari pendakwaan. Kedua-dua kes ini banyak disiarkan di muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa lalu diberi jolokan "Peristiwa Gomez".[67][68] Pada 10 Julai 1992, putera kedua Sultan Iskandar, Tunku Bendahara Tunku Abdul Majid Idris, murka ketika berakhirnya perlawanan hoki antara Johor dan Perak yang memihak kepada Perak dengan pukulan penalti, lalu menyerang penjaga gol Perak, Mohamed Jaafar Mohamed Vello.[69] Mohamed Jaafar kemudiannya membuat laporan polis pada 30 Julai. Kejadian ini menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi dibahaskan dalam parlimen.[70] Kejadian ini menyebabkan Persekutuan Hoki Malaysia mengenakan larangan daripada menghadiri mana-mana perlawanan kepada Tunku Majid selama lima tahun selepas siasatan.[71] Tunku Majid kemudiannya disabitkan kesalahan menyerang pada Januari 1993, oleh itu dipenjarakan setahun dan didenda RM 2,000, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin, dan tuduhan-tuduhannya digugurkan atas sebab kekebalan yang masih sah diperlakukan sewaktu kejadian tersebut.[72]

Sultan Iskandar membalas larangan tersebut dengan menggesa pihak berkuasa negeri agar memencilkan pasukan hoki Johor dari semua perlawanan kebangsaan.[70] Pada November 1992, Douglas Gomez, seorang jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar, meluahkan kekesalan kerana dipanggil untuk menarik diri daripada perlawanan separuh akhir oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Johor. Sultan Iskandar tertarik lalu menitah Gomez untuk menghadap baginda di Istana Bukit Serene, tetapi kemudian menyelar dan menyerangnya.[73] Selepas itu, Gomez merawat muka dan perutnya, kemudian membuat laporan polis untuk mendakwa Sultan kerana menyerangnya. Gomez menjelaskan bahawa para pengawal peribadi Sultan, selaku anggota Angkatan Tentera Johor, sekadar memerhati, sebaliknya Sultan sendiri yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kecederaan yang dialaminya.[74]

Pandangan awam dan tindakan susulan ڤنداڠن عوام دان تيندقن سوسولن

Kejadian serangan ini mencetuskan kemarahan rakyat[75] sehingga semua peringkat kerajaan sehingga pangkat tertinggi kerajaan persekutuan digesa agar menyiasatnya.[76] Pada akhir tahun 1992, dan juga awal tahun 1993, tersiarnya berpuluh-puluh artikel berita yang menyebut dakwaan salah laku kerabat diraja beberapa negeri, khususnya Sultan Iskandar sendiri.[77] Kebanyakan dakwaan salah laku tersebut termasuk pengenaan denda yang jauh melebihi ketentuan undang-undang, terhadap sesiapa yang menghalang kereta Sultan, antara lainnya.[78] Apapun, Sultan Iskandar memikul segala padah yang timbul akibat semua dakwaan salah laku jenayah tersebut walaupun kebanyakannya dilakukan oleh ahli-ahli kerabat diraja yang lain.[79]

Hiruk-pikuk kecaman yang disiarkan oleh pihak akhbar menggesa para ahli Dewan Rakyat agar mengadakan sidang khas pada 10 Disember 1992. Kesemua 96 ahli parlimen yang hadir pada hari itu sebulat suara meluluskan ketetapan[80] yang menyeru agar tindakan diambil untuk menyekat kuasa raja-raja sekiranya perlu. Ketika persidangan ini, para ahli mendedahkan rekod jenayah lepas mengenai Sultan Iskandar dan dua puteranya yang terlibat dalam sekurang-kurangnya 23 kes serangan dan kematian orang,[81][82] lima daripadanya dilakukan oleh Sultan selepas tahun 1981, dua kes oleh Tunku Mahkota dan tiga kes oleh Tunku Bendahara.[83]

Rang undang-undang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, masing-masing pada 19 dan 20 Januari 1993.[84] Rang undang-undang yang berusul melucutkan kekebalan ini diluluskan oleh enam daripada sembilan raja[85], namun menghadapi tentangan hebat daripada tiga raja yang lain, termasuk Sultan Iskandar sendiri. Sultan Iskandar mengambil inisiatif untuk meraih sokongan diraja untuk menghalang pelaksanaan usul tersebut. Rang undang-undang yang berusul melucutkan segala kekebalan dari para raja dan ahli kerabat diraja, menjadikan mereka boleh didakwa mengikut undang-undang bila-bila masa timbulnya salah laku jenayah yang terbukti.[86]

Sultan Iskandar hendak menganjurkan perarakan di luar istana dengan tujuan meraih sokongan awam untuk menghalang pelaksanaan rang undang-undang tersebut, tetapi terpaksa membatalkannya setelah menerima tekanan hebat dari kerajaan. Laporan yang dibuat ketika perarakan tersebut menyebut tentang Sultan Iskandar menyeru semua pegawai awam negeri untuk memulaukan majlis-majlis anjuran negeri dan persekutuan sebagai tanda sokongan terhadap tindakan baginda.[87] Sementara itu, kerajaan persekutuan masih menekan raja-raja agar memperkenan rang undang-undang itu sampai dapat setelah dilakukan beberapa semakan. Selepas itu, rang undang-undang tersebut ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan pada Mac 1993.[88]

Rang undang-undang ini membolehkan raja-raja yang menyalahi undang-undang dikenakan dakwaan, manakala Akta Hasutan 1948 turut dipinda untuk membolehkan orang awam mengkritik raja-raja.[89] Mahkamah khusus ditubuhkan dengan Ketua Hakim Negara sebagai pengerusi untuk memberi kuasa mendakwa ahli-ahli kerabat diraja.[90]

Penyelesaian kes ڤڽلساين كيس

Sultan Iskandar dan ahli kerabat baginda tidak didakwa bagi pelanggaran lalu mereka terhadap undang-undang atas alasan bahawa kekebalan diraja masih berlaku ketika kejadian berlaku.[91] Walau bagaimanapun, tidak lama selepas kejadian itu, Sultan Iskandar telah digesa untuk mengambil langkah-langkah untuk memulihkan imejnya di mata masyarakat awam, yang lebih atau kurang tercemar oleh kejadian itu. Dalam ucapan awam sejurus selepas kejadia itu, Sultan muncul dengan gaya agak lebih merendah diri, merayu kepada rakyat Johor untuk mengekalkan kesetiaan mereka kepadanya.[72]

Peristiwa Gomez juga membawa kepada kajian dan cadangan oleh Kerajaan Persekutuan pada Ogos 1993 untuk membubarkan Askar Timbalan Setia,[92] meskipun kemudian ditolak.[93][94]

Gaya hidup ڬاي هيدوڤ

Ketika menyandang jawatan YDPA, Sultan Iskandar sering dilihat membawa pistol pada ikatan pinggang di khalayak awam, sehingga merunsingkan orang ramai kerana rekod jenayah lalunya.[95] Baginda juga digeruni kerana kehidupannya yang ranggi sehingga menarik rasa sinis seumpamanya.[95] Baginda juga dikenali sebagai penggemar motosikal; siri dokumentari patriotisme kebangsaan yang memaparkan Sultan Iskandar selaku YDPA menunggang motosikal polis dan penampilan ranggi ketika menghadiri beberapa upacara awam, menerima kecaman dari orang awam yang merasa adegan-adegan Sultan Iskandar ini tidak sesuai dengan tema dan imej negara.[96]

Kehidupan peribadi كهيدوڤن ڤريبادي

Pada tahun 1956, Tunku Mahmood mengahwini Josephine Trevorrow, dari Cornwall, United Kingdom, dan bersama-sama melahirkan empat orang anakanda, termasuklah putera mahkota, Tunku Ibrahim Ismail, sebelum bercerai pada tahun 1962.[97] Sebelum bercerai dengan Trevorrow, pada tahun 1961, Tunku Mahmood mengahwini Tengku Zanariah dari kerabat diraja Kelantan, lalu bersama-sama memputerakan enam anakanda.[3][54] Para penganalisis seperti Kate Wharton memerhati bahawa sebarang hubung kait Trevorrow dengan Sultan Iskandar tidak disebut dalam semua biografi rasmi.[98]

Pada usia baginda, Tunku Mahmood melayakkan diri sebagai juruterbang yang terlatih untuk mengendali pesawat dan helikopter ringan dan sederhana. Baginda juga pandai menunggang motosikal, sehingga pernah dilaporkan mahir membuka dan memasang semula komponen motosikal.[22]

Sultan Iskandar juga dikenali kerana ghairah bersukan di ruang lapang, khususnya sukan golf. Pada akhir hayat, baginda banyak meluangkan masa lapang di Royal Johor Country Club.[22][99] Lebih-lebih lagi, baginda juga kerap berangkat bermain tenis dan skuasy.[54] Dalam kalangan kenalan peribadi, Sultan Iskandar diberi jolokan "Moody" berasaskan nama "Mahmud."[100] Anakandanya, Tunku Abdul Majid, mewarisi minat baginda terhadap sukan golf amatur dan pernah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Golf Malaysia.[101]

Selain itu, Sultan Iskandar pernah membela beraneka jenis haiwan belaan, terutamanya burung merak, di perkarangan Istana Bukit Serene, iaitu kediaman rasmi baginda bersama Sultanah.[102][103] Sewaktu muda, Tunku Iskandar bersinggah di Istana Bukit Coombe yang terbina dengan ciri-ciri seni bina Belanda, kemudian dinamakan semula sebagai Istana Bukit Iskandar. Istana Bukit Iskandar dirobohkan pada tahun 1987, enam tahun selepas Sultan Iskandar menaiki takhta.[104]

Paduka Anakanda ڤدوك انقندا

Keseluruhannya, Sultan Iskandar mempunyai 2 putera dan 8 puteri iaitu:

  1. Tunku Puteri Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah, (dengan Josephine Ruby Trevorrow) diputerakan 11 Julai 1956. Berkahwin dengan Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj putera Sultan Selangor.
  2. Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah, (dengan Josephine Ruby Trevorrow) diputerakan pada 20 Oktober 1957.
  3. Tunku Ibrahim Ismail, (dengan Josephine Ruby Trevorrow) diputerakan 22 November 1958. Berkahwin dengan Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah puteri Sultan Perak.
  4. Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, (dengan Josephine Ruby Trevorrow) diputerakan 5 Ogos 1960. Berkahwin pada 1986 dengan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Shah.
  5. Tunku Mariam Zahrah (dengan Tengku Zanariah)
  6. Tunku Noraini Fatimah (dengan Tengku Zanariah)
  7. Tunku Maimunah Ismailiah (dengan Tengku Zanariah)
  8. Tunku Abdul Majid (dengan Tengku Zanariah), diputerakan 20 Julai 1970, Tunku Aris Bendahara Johor, berkahwin pada 13 Januari 2006 dengan Tunku Teh Mazni binti Tunku Yusuf, lahir 1976, anak Tunku Yusuf bin Tunku Muhammad Jiwa dari Kedah.
  9. Tunku Muna Najiah (dengan Tengku Zanariah)
  10. Tunku Aminah Kalsom Iskandariah (dengan Tengku Zanariah)

[105]

Anakanda انقندا

NamaTarikh KeputeraanTempat KeputeraanTarikh KemangkatanTempat KemangkatanTarikh BerkahwinPasangan DirajaCucundaCicinda
YAM Tengku Puan Laksamana Selangor Tunku Puteri Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar (1956-07-11) 11 Julai 1956 (umur 67)Johor Bahru, Johor2 Mei 1977YAM Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-HajYM Tengku Haji Shakirin Al-Amin Mahmud Ismail Ahmad ShahYM Tengku Mahmood
YM Tengku Sulaiman
YM Tengku Abdulaziz
YM Tengku Kamariah
YDM Tengku Indera Bijaya Diraja Selangor Tengku Salehuddin Ismail ShahYM Tengku Ibrahim
YM Tengku Shahrain Ismail Ibrahim Iskandar Hishamuddin ShahTiada
YM Tengku Sharifuddin Ibrahim Ismail Iskandar Abdul Aziz ShahYM Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Putri
YM Tengku Saidatul’Ihsan Zabedah Fauziah Putri
YM Tengku Kathira Zanariah Ihsan Maimunah Aminah Iskandar PutriTiada
YAM Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar (1957-10-20) 20 Oktober 1957 (umur 66)Johor Bahru, Johor
DYMM Sultan Ibrahim (1958-11-22) 22 November 1958 (umur 65)Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor22 September 1982DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah AfifurlahDYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu BakarYAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah
YAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim
YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim
YAM Tunku Tun Aminah Maimunah IskandariahLayla Sofiah
YAM Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul RahmanTiada
Almarhum YAM Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim IsmailTiada
YAM Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Hassanal JeffriTiada
YAM Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar IbrahimTiada
KDYMM Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar (1960-08-05) 5 Ogos 1960 (umur 63)Istana Bukit Stulang, Johor Bahru, Johor6 Mac 1986KDYMM Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in BillahYAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim (Anakanda Angkat)YM Tengku Adam Ibrahim Shah
YM Tengku Sulaiman Abdullah Shah
Almarhum YAM Tengku Ahmad Iskandar Shah (Putera Dan Mangkat 24 Julai 1990)Tiada
KDYTM Tengku Mahkota Pahang KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam ShahTiada
YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahTiada
YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahTiada
YAM Tengku Puteri Raja Tengku Afzan Aminah HafidzatullahTiada
YAM Tengku Puteri Raja Tengku Jihan Azizah AthiyatullahTiada
YAM Tunku Hajah Mariam Zahrah binti Almarhum Sultan Iskandar (1962-09-04) 4 September 1962 (umur 61)Johor Bahru, Johor1999 - berceraiYM Tengku Ahmad Zainul Abidin bin Tengku Muhammad ZaidYM Tengku Sofiyya Meryam ZanariahTiada
YAM Tunku Noraini Fatimah binti Almarhum Sultan Iskandar (1963-07-17) 17 Julai 1963 (umur 60)Johor Bahru, Johor2000Encik Ramlan bin Dato’ Sri Haron IdrisTiadaTiada
YAM Tunku Maimunah Ismailiah binti Almarhum Sultan Iskandar (1967-10-20) 20 Oktober 1967 (umur 56)Johor Bahru, Johor7 Mei 2004 - berceraiDato’ Mizan bin Dato’ Haji YahyaPuteri Wan Makhzanah HuriyahTiada
YAM Tunku Aris Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar (1970-07-20) 20 Julai 1970 (umur 53)Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor13 Januari 2006YM Tunku Teh Mazni binti Tunku YusufYM Tunku Mahmood IskandarTiada
YM Tunku Aisha Menjalara IskandarTiada
YM Tunku Abdul Mateen Idris Ismail Ibrahim IskandarTiada
YAM Tunku Muna Najiah binti Almarhum Sultan Iskandar (1973-04-12) 12 April 1973 (umur 51)Johor Bahru, Johor5 Oktober 2001Kapten Dr. Shaftdean Lufty bin RuslandPutera Wan Iskandar Abdul Rahman Uwais SirajuddinTiada
Puteri Wan Zanariah Imanina Munawarrah Nora IskandariahTiada
Putera Wan Muhammad Umayr Sharaf uddinTiada
Puteri Wan Najiah Umayra MunawarrahTiada
YAM Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahira Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar (1979-06-06) 6 Jun 1979 (umur 44)Johor Bahru, Johor

Akhir hayat dan kemangkatan اخير حياة دان كمڠكتن

Sultan Iskandar di Festival Layang-layang Internasional Pasir Gudang 2004

Setelah menjalani pembedahan pintas arteri koronari di Amerika Syarikat pada tahun 2000, pihak-pihak yang terdekat dengan Sultan Iskandar melaporkan bahawa gaya hidup baginda semakin perlahan sehingga baginda sekali-sekala keluar berangkat bermain golf.[22] Pada bulan Januari 2010, baginda pernah dimasukkan ke dalam hospital tempatan untuk merawat penyakit bronkitis.[113]

Sultan Iskandar mangkat pada 22 Januari 2010, pada jam 7:15 malam di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru setelah dimasukkan pada awal hari itu kerana gering pada usia 77.[114]Kemangkatan baginda diumumkan secara rasmi pada 11:20 malam oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan bahawa bendera negeri Johor diturunkan separuh tiang mula jam 6:00 pagi hingga jam 6:00 petang. Almarhum akan disemayamkan di Istana Besar, Johor Bahru dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada jam 2:00 petang keesokannya, sebaik sahaja tamatnya waktu orang ramai menziarahi persemayaman Almarhum Sultan Iskandar pada waktu pagi.[115]

Istiadat pemakaman ايستعادة ڤمقامن

Antara kerabat diraja turut hadir dan orang kenamaan lain yang hadir memberikan penghormatan terakhir patik-patik tersebut ialah Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Perak Sultan Azlan Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz, Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah, dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra. Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, [116] memendekkan lawatan rasminya ke India untuk menghadiri upacara pemakamannya. Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Menteri Kanan Goh Chok Tong juga menghadiri majlis pemakaman baginda.[115]

Puteranya iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baharu, juga pada 23 Januari.[117]

Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Ahmad Shah
(Sultan Pahang)
Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-8
26 April 1984 - 25 April 1989
Diikuti oleh:
Sultan Azlan Shah
(Sultan Perak)
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Ismail
Sultan Johor ke-24
11 Mei 1981 - 22 Januari 2010
Diikuti oleh:
Sultan Ibrahim

Warisan واريثن

Beberapa projek dan institusi telah dinamakan sempena Sultan, termasuk:

Institusi pendidikan اينستيتوسي ڤنديديقن

Bangunan باڠونن

Bangunan Sultan Iskandar, kompleks kastam, imigresen dan kuarantin yang dibuka pada Disember 2008.

Jalan جالن

  • Persiaran Sultan Iskandar, terletak di Lebuhraya Pantai Iskandar dari Danga Bay sampai Nusajaya.

Lain-lain لاين-لاين

Salah seorang daripada cucunya (anak lelaki kedua, Abdul Majid), Mahmood Iskandar, dinamakan sempena namanya.[135] Anak-anak dan cucu-cucunya juga dinamakan sempena nama leluhurnya, terutamanya anak sulungnya, Ibrahim, yang dinamakan sempena nama Sultan, Sultan Ibrahim. Sultan Iskandar juga mengikut jejak langkah datuk dan ayahnya menggunakan monogram kerajaan "S.I.". Surat-surat monogram mewakili tajuk dan nama masing-masing.[136]

Nota kaki نوتا كاكي

α. ^ Al-Mutawakkil Alallah (juga dieja dalam bahasa Arab sebagai Motawakkil Alallah), yang bermaksud "Dia yang bertawakkal kepada Tuhan" adalah gelaran Islam yang digunakan oleh Sultan. (Najeebabadi, ms 465)

β. ^ Dalam budaya Islam, gelaran Al-Marhum bermaksud "kepada orang yang telah menunjukkan rahmat, ini digunakan untuk penguasa-penguasa Islam yang meninggal dunia." (Schimmel (1989), ms 59)

γ. a b c Nama pertamanya, Mahmood oleh beberapa sumber. Bowker-Saur, ms 297

δ. ^ Di dalam kerabat diraja Malaysia, ibni bermaksud "anak lelaki" dalam bahasa Melayu, yang berasal dari istilah Arab "ibn. Kebanyakan orang awam sebaliknya akan menggunakan istilah" bin "untuk menandakan" anak lelaki "dalam nama mereka. Anglo-American Cataloguing Rules (1978), pg 390

ε. ^ Section B Planning and Implementation, Part 3 Physical Planning Initiatives, CHAPTER 13, Johor Bahru City Centre, Iskandar Malaysia, pg 6, "... Ini telah diikuti kemudian oleh Sultan Johor ke-21 Sultan Abu Bakar (1862-1895) yang meletakkan asas untuk membangunkan negeri Johor menjadi sebuah negara moden ..." NB: Sultan Abu Bakar Riayatuddin alMuazzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah dari Johor adalah pemimpin besar- datuk Sultan Iskandar.

ζ. ^ Mengenai ulang tahun keputeraan Sultan Iskandar ke-69, pelbagai syarikat dan organisasi telah menerbitkan iklan ucapan tahniah yang mengucapkan selamat hari lahir. Dalam iklan ini, Sultan ditangani oleh gelaran dan nama kehormatannya: Duli Yang Maha Mulia Baginda Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, D.K. Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim. (Nama pertamanya "Mahmud" tidak disebutkan.) Iklan, 8 April 2001, pg 2–3, 5–7, 9, 11, 13, 15, 17–19, New Sunday Times Special (Sultan of Johor's Birthday)

η. ^ Temenggong adalah pegawai Melayu bertaraf tinggi pada zaman purba, yang bertanggungjawab kepada Sultan. Tugas Temenggong adalah untuk menjaga hukum dan ketertiban di dalam kerajaan. Dalam kes Johor pada abad ke-19, kuasa Sultan secara beransur-ansur berkurang sejak beberapa dekad dan di bawah Temenggong Daeng Ibrahim apabila pihak berkuasa menggantikan Sultan, dengan berkesan menjadi raja yang paling utama di Johor. (Sardesai (1989), ms 58)

Lihat juga ليهت جوݢ

Catatan چاتتن

Rujukan رجوكن