Semenanjung Tanah Melayu

Wilayah semenanjung yang disebut juga Semenanjung Kra
(Dilencongkan dari Tanah Melayu)

Semenanjung Tanah Melayu (Jawi: سمننجوڠ تانه ملايو, Cina: 马来半岛 / 馬來半島, Bahasa Thai: คาบสมุทรกระ RTGSKhābs̄muthr Kra, disebut [kʰâːp.sā.mùt krā];[1] Bahasa Burma: မလေး ကျွန်းဆွယ်;) atau Semenanjung Malaka[n 1] merujuk kepada tempat yang didiami oleh sebahagian daripada masyarakat etnik Melayu, di daerah Asia Tenggara. Ia terbentang dari Wilayah Tanintharyi,[3] di sebelah selatan Myanmar, membawa ke selatan Thailand, keseluruhan Semenanjung Malaysia hingga ke Riau-Lingga di bawah Kesultanan Johor di bahagian selatan. Titik tersempitnya di Segenting Kra. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur ialah Laut China Selatan dimana terletaknya pulau Borneo. Bagaimanapun, Tanah Melayu dalam sejarah turut merangkumi bekas wilayah-wilayah Kesultanan Melayu di Selatan Thai seperti Patani yang kini berada di bawah kerajaan Thailand.[4] Tanah Tanjung Piai, Johor merupakan hujung terselatan daratan utama benua Asia. Titik tersempitnya ialah tanah Segenting Kra. Banjaran Titiwangsa yang merupakan sebahagian dari sistem Pergunungan Tenasserim merupakan tulang belakang semenanjung ini. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur Laut China Selatan terletak pulau Borneo. Bahagian selat terselatan iaitu Selat Tebrau memisahkan tanah besar semenanjung dengan pulau Singapura.

Semenanjung Tanah Melayu
Gambar Semenanjung Tanah Melayu selintas diambil kakitangan Ekspedisi 28 di Stesen Angkasa Antarabangsa.
Lokasi semenanjung Tanah Melayu. Warna hijau,biru tua dan ungu ialah wilayah asal orang Melayu yang dinamakan Semenanjung Tanah Melayu.
Geografi
LokasiAsia Tenggara
Koordinat7°00′N 100°00′E / 7.000°N 100.000°E / 7.000; 100.000 100°00′E / 7.000°N 100.000°E / 7.000; 100.000
Luas242,363.8 km2 (93,577.2 bt2)
Pentadbiran

Sejarah nama Semenanjung Tanah Melayu

Semenanjung Tanah Melayu digelar Chersonesus Aurea ("Semenanjung Emas") oleh Claudius Ptolemaeus, ahli astronomi dan ahli matematik Yunani terkemuka, manakala orang India merujuk kepadanya sebagai "Tanah Emas". Nama "Semenanjung Tanah Melayu" ialah terjemahan daripada Malay Peninsula dalam bahasa Inggeris. Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman prasejarah. Orang Melayu yang merupakan ahli pelayaran yang mahir telah membolehkan mereka berhubung dengan negara luar dalam urusan perdagangan, ini menjadikan rantau Melayu sebagai satu kawasan perdagangan yang menjadi tumpuan saudagar India, Arab dan China.[5] 

Menurut kitab Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Tanah Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu dahulunya dikenali sebagai Tanah Segara Masin. Kitab tersebut juga ada menceritakan tentang bagaimana nama Tanah Segara Masin ditukarkan kepada Tanah Melayu / Semenanjung Tanah Melayu.

Istilah itu juga ada disebut dalam Hikayat Hang Tuah:

... ka-sana-lah patek, lamun pada Tanah Melayu." Maka titah raja: "Baik-lah Tun Tuah dudok di- ... "[6]

Dalam kegunaan ini, istilah itu digunakan bagi merujuk secara umum kawasan yang berada di bawah penguasaan Kesultanan Melayu Melaka.[7]

Peta

Peta tertua Semenanjung Tanah Melayu yang masih wujud ialah Geographike Huphegesis ("Panduan Geografi") yang dicipta pada 150 Masihi, berdasarkan data yang dihimpunkan oleh Claudius Ptolemy, pada abad kedua Masihi.[8] Manakala peta moden Tanah Melayu dan Sumatera yang terawal disediakan oleh Martin Waldseemuller (1470 - 1518) ialah pada tahun 1513. Ia menampilkan sesetengah pusat perdagangan di Semenanjung Tanah Melayu yang kini sudah dilupakan.

Lihat juga

Nota

Rujukan

Pautan luar