Tengrisme

Tengrisme atau Tengerisme adalah agama dianuti masyarakat-masyarakat kuno Turko-Mongol yang berasal dari Asia Tengah dan steppe Eurasia meliputi ilmu pawang dan penyembahan suatu dewa langit yang satu iaitu Tengri.[1][2] Istilah ini juga menggambarkan beberapa gerakan dan ajaran agama pribumi Turko-Mongolik yang wujud secara kontemporari.

Shangrak—atap sebuah yurt—simbol Tengrisme.

Ia merupakan pegangan utama dianuti orang-orang Turki, Mongol, Bulgaria, Xiongnu, Hun pada zaman dahulu; malah turut dijadikan agama rasmi beberapa kerajaan penting sepanjang zaman termasuk Kekhaganan Göktürk, Kekhaganaan Turkic Barat, Kekhaganan Turk Timur, Bulgaria Raya, Bulgaria Danube, Volga Bulgaria, dan Khazaria. Agama ini ada turut diterapkan dalam pembentukan pengenalan bangsa sesama orang-orang rumpun Turkik di kawasan tertentu termasuk yang utamanya di Kyrgyzstan, Kazakhstan, Mongolia, beberapa republik autonomi Persekutuan Rusia (Tatarstan, Bashkortostan, Buryatia, Yakutia, dan lain-lain) malah sejauh Krimea.[3]

Ciri utama ajaran

Menurut banyak ahli akademik, Tengrisme menumpu kepada penyembahan banyak dewa-dewi dan kepawangan, namun ia lama kelamaan berubah kepada penyembahan suatu dewa atau tuhan yang tunggal terutama pada abad ke-12 hingga ke-13.[4]

Rujukan