XVideos

Templat:18sx

Xvideos
Logo XVideos
Muka laman pendaftaran masuk
Maklumat umum
URLwww.xvideos.com
JenisPerkongsian video lucah
Tersedia dalamInggeris, Cina, Czech, Belanda, Perancis, Hindi, Itali, Jepun, Portugal, Roman dan Sepanyol
Ditubuhkan1r Mac 2007 Edit the value on Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikWGCZ Holding[1][2]
Kandungan dan sokongan
IndustriPornography industry (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
KeluaranFilem pornografi Edit the value on Wikidata
PengiklananYa
KomersialYa
PendaftaranPilihan
Dilancarkan pada1 Mac 2007; 17 tahun yang lalu (2007-03-01)
Status terkiniDalam talian
Perangkaan
Kedudukan Alexa 48 (Global, December 2018)[3]
Lokasi
Ibu pejabatPrague,
Republik Czech
Negara asalKanada Edit the value on Wikidata
Pautan luar berkaitan
Pautan lainIMDB: co0539867 Twitter: xvideoscom Sunting ini di Wikidata
Catatan
Video
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

XVideos merupakan salah satu laman menonton dan perkongsian video lucah yang terbesar di dunia. Laman sesawang ini telah didaftarkan di atas nama syarikat berasal dari negara Republik Czech, WGCZ Holding.[4] Setakat 24 Oktober 2018, laman ini adalah laman sesawang ke-29 yang paling kerap dikunjungi di dunia.

Pada tahun 2012, dianggarkan lebih 1 terabit sesaat video dialirkan yang bersamaan dengan satu-perlima belas rangkaian jalur lebar yang disediakan dari London ke New York.[5]

WGCZ Holding juga turut menjalankan rangkaian laman sesawang Bang Bros dan merupakan pemilik terkini majalah Penthouse serta aset berkaitan.[6][7]

Sejarah

XVideos berfungsi sebagai pengumpul media lucah, sejenis laman sesawang yang memberikan capaian kepada kandungan bersifat dewasa yang serupa seperti perkhidmatan YouTube yang mengumpul kandungan bersifat umum.[8][9] Klip video dari video buatan profesional (kadangkala diciplak) bercampuraduk dengan video buatan amatur dan jenis kandungan lain.[8][9] Pada tahun 2012, XVideos merupakan laman sesawang lucah yang terbesar di dunia dan mempunyai lebih dari 4,4 bilion paparan halaman sebulan.[10] Fabian Thylmann, pemilik MindGeek, pernah mencuba untuk membeli XVideos pada tahun 2012 bagi memonopoli laman sesawang tiub lucah. Pemilik XVideos berbangsa Perancis pemilik dilaporkan telah menolak tawaran yang lebih daripada $120 juta dengan berkata, "Maaflah, saya kena pergi bermain Diablo II."[9] Pada tahun 2014, XVideos telah mencetuskan kontroversi dengan cubaan untuk memaksa pembekal kandungan membuat pilihan sama ada berjanji memadam video dari akaun mereka atau menutup akaun mereka dengan kadar segera.[11]

Kedudukan dan trafik web

Setakat Jun 2018, XVideos telah dinobatkan sebagai laman sesawang ke-11 yang paling termasyhur di dunia oleh SimilarWeb dalam kategori keseluruhan dan menduduki tempat ke-2 dalam kategori dewasa.[12][13]

Penapisan

India

Pada tahun 2015, syarikat XVideos telah menjadi sasaran oleh kerajaan India di dalam senarai 857 laman sesawang lucah, yang turut memasukkan laman sesawang bukan lucah seperti CollegeHumor.[14][15][16]

Malaysia

Pada tahun 2015, kerajaan Malaysia melarang XVideos kerana melanggar undang-undang Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang mengharamkan "kandungan lucah" daripada diedarkan secara digital.[17]

Filipina

Pada 14 Januari 2017, Presiden Rodrigo Duterte telah menyekat XVideos sebagai sebahagian daripada Akta Republik 9775 atau Undang-undang Anti-Pornografi Kanak-kanak. [18]

Venezuela

Pada 14 Jun 2018, syarikat perkhidmatan telekomunikasi dan internet CANTV telah menyekat capaian ke laman sesawang tersebut tanpa memberi sebarang kenyataan berkenaan dengan hal ini.[19]

Lihat juga

  • Pornografi Internet
  • Senarai laman sesawang yang terkenal
  • Porn 2.0

Rujukan