8 (nombor)

nombor asli

8 (lapan, Jawi: لاڤن atau delapan,[1] Jawi: دلاڤن) ialah nombor asli selepas 7 dan sebelum 9.

← 7 8 9 →
−1 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Senarai nombor — Integer
Kardinallapan
Ordinalke-8
(kelapan)
Sistem angkaoctal
Pemfaktoran23
Pembahagi1, 2, 4,
Angka RumiVIII, viii
Awalan Sanskritasta-
Awalan Yunaniokta-
Awalan Latinocto-/oct-
Perduaan10002
Pertigaan223
Kuarterner204
Perlimaan135
Perenaman126
Perlapanan108
Perduabelasan812
Perenambelasan816
Perduapuluhan820
Asas 36836
Greekη (or Η)
Arabic, Kurdish, Persian, Sindhi, Urdu٨
Amhara
Benggali
Cina八,捌
Devanāgarī
Kannada
Malayalam
Telugu
Tamil
Ibraniח
Khmer
Thai
ArmeniaԸ ը

Imbuhan awal SI untuk 10008 ialah yotta (Y), dan salingannya ialah yokto (y).

Peristilahan

"Lapan" atau bentuk lebih lamanya ""delapan" (yang lebih diketahui di Indonesia[2]) dipercayai hasil penyingkatan dari kata majmuk "dua alapan" bermaksud "hasil dua diambil [dialap] daripada sepuluh".[3]

Awalan yang digunakan berkaitan nombor ini ialah asta- (Jawi: استا)[4] yang meminjam dari bahasa Sanskrit iaitu अष्ट aṣṭa.[5]

Dalam matematik

Dalam kepercayaan

Agama

Agama Buddha mempercayai Lapan Jalan Mulia yang dirukunkan; roda yang melambangkan agama ini iaitu Dharmacakra turut mempunyai lapan jejari.[6] Aliran Mahayana lebih melanjutkan perlambangan ini dengan 8 bodhisatwa terpilih: Manjusri, Vajrapani, Avalokiteśvara, Maitreya, Ksitigarbha, Nivaranavishkambhi, Akasagarbha, dan Samantabhadra[7]

Agama Hindu mempercayai lapan sebagai suatu angka yang banyak dan kaya.

Agama Islam menetapkan lapan sebagai bilangan tetap malaikat yang menjaga takhta Arasy Allah di syurga-Nya.[8]

Taoisme mempunyai beberapa benda yang dikaitkan kuat dengan angka ini iaitu prinsip alam asas yang dipercayai[9] dan lapan lembaga (xian) "maha kuasa" yang dipercayai.[10]

Budaya

  • Angka ini dilihat membawa tuah dalam banyak masyarakat Asia Timur terutamanya budaya Cina (; accounting ; pinyin ) kerana mirip perkataan memberi maksud "makmur" atau "tambah kaya" (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: fā). Sebarang harta atau acara kejadian akan sebaiknya dipandang tinggi bila dikaitkan dengan angka ini.[11][12]
  • Budaya Jepun turut memandang tinggi angka lapan (Jepun: , Hepburn: hachi, ya) selain makna yang ditetapkan dari pengaruh Cina[13] tetapi lebih kepada aksara yang semakin melebar luas lalu dikiaskan kepada meluasnya kekayaan.

Rujukan