Allan Marques Loureiro

Allan Marques Loureiro (lahir 8 Januari 1991), atau lebih dikenali sebagai Allan (sebutan dalam bahasa Portugis: [aˈlɐ̃]), merupakan seorang pemain bola sepak Brazil yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Itali, Napoli dan pasukan kebangsaan Brazil.

Allan
Maklumat peribadi
Nama penuhAllan Marques Loureiro
Tarikh lahir (1991-01-08) 8 Januari 1991 (umur 33)
Tempat lahirRio de Janeiro, Brazil
Ketinggian1.75 m (5 ka ​8 78 in)
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Napoli
Nombor5
Kerjaya remaja
2007–2008Madureira
2008–2009Vasco da Gama
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2009–2012Vasco da Gama51(0)
2012–2015Udinese116(2)
2015–Napoli145(9)
Pasukan kebangsaan
2011Brazil B20[1]2(0)
2018–Brazil8(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 08:15, 11 Jun 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 28 Julai 2019

Kerjaya kelab

Vasco da Gama

Allan telah berpindah dari kelab Madureira untuk menyertai kelab Uruguay, Deportivo Maldonado semasa berusia 17 tahun[perlu rujukan]. Beliau seterusnya berpindah ke Vasco da Gama di Brazil secara pinjaman.

Allan berpindah ke Vasco da Gama sekali lagi di bawah tiket sebagai pemain akademi secara pinjaman dari Maldonado. Setahun kemudian, beliau beraksi untuk pasukan akademi sebelum dibawa masuk ke pasukan senior oleh jurulatih Dorival Júnior. Beliau telah diberi peluang untuk beraksi dalam perlawanan-perlawanan penting ketika musim 2009 dan menyaksikan pasukannya menjuarai Série B dan layak ke divisyen teratas Brazil, Série A walaupun beliau dibelenggu kecederaan.

Allan tidak dapat beraksi dalam kejohanan Campeonato Carioca bersama Vasco da Gama serta kejohanan Piala Brazil. Selepas menjalani pemulihan, beliau kembali beraksi bersama pasukan belia untuk mendapatkan sentuhannya semula bagi membuat persiapan menyertai pasukan senior. Beliau seterusnya membuat penampilan dalam perlawanan terakhir Série A dan kejohanan persahabatan Copa da Hora. Pasukannya dinobatkan sebagai juara bahkan Allan turut menjaringkan gol dalam aksi menentang Coritiba.

Udinese

Musim 2012–13

Pada Jun 2012, Allan berpindah ke kelab Serie A, Udinese dalam perpindahan yang dilaporkan bernilai R$7 juta[2] dari Deportivo Maldonado. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Udinese ketika menentang Juventus. Dalam perlawanan tersebut, beliau telah mencipta hantaran kepada jaringan gol oleh Andrea Lazzari.

Semasa musim sulungnya di Udine, Allan beraksi di posisi pemain tengah bertahan. Pengurus Francesco Guidolin telah meletakkannya dalam 36 perlawanan liga. Beliau telah membuktikan pembeliannya yang memberi manfaat kepada kelab dan memenuhi jangkaan. Minit permainannya yang tinggi telah membantu Udinese untuk mengakhiri kempen di tangga kelima liga sekali gus memperoleh kelayakan ke kejohanan Liga Europa.[3]

Musim 2013–14

Allan bersama Udinese telah menempuh satu musim yang mencabar. Pasukannya telah menduduki tangga ke-13 Serie A dan musim ini merupakan kempen terakhir yang dikendalikan oleh Francesco Guidolin. Namun begitu, Allan beraksi dengan cemerlang di posisinya. Beliau turut telah berjaya menjaringkan gol sulungnya untuk kelab dan prestasinya bersama Udinese terus melonjak naik. Gaya permainannya yang tenang dan terkawal di bahagian tengah telah menarik perhatian pengurus Udinese, Andrea Stramaccioni untuk mencadangkan beliau merupakan salah satu pemain muda terbaik di Eropah pada masa itu dan dibandingkan dengan prospek Manchester United, Paul Pogba.

Musim 2014–15

Ketika musim 2014–15, Allan merupakan pemain yang berjaya merebut bola terbanyak di lima liga teratas Eropah (Liga Perdana Inggeris, La Liga, Bundesliga, Serie A dan Ligue 1). Prestasinya yang menakjubkan telah menarik minat kelab gergasi Eropah seperti Juventus, Borussia Dortmund, Chelsea, VfL Wolfsburg, Arsenal dan Napoli yang masing-masing menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya.[4][5] Allan akhirnya menyertai Napoli dan kekal di Itali.

Napoli

Allan telah melakukan kemunculan pertamanya untuk Napoli dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang kelab Lega Pro, FeralpiSalò yang berkesudahan Napoli menang 5–2.[6] Beliau telah melakukan kemunculan sulungnya di Serie A bersama Napoli ketika menentang Sampdoria pada hari kedua kempen Serie A. Dalam perlawanan itu, beliau telah menciptakan hantaran kepada jaringan gol Gonzalo Higuaín. Allan kemudiannya digantikan oleh David López pada separuh masa kedua permainan dan perlawanan berakhir dengan Napoli menang 2–0.[7] Dalam perlawanan liga seterusnya menentang Empoli, beliau telah menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan permainan pada minit ke-78 bagi mengikat kedudukan seri 2–2.[8]

Pada 17 September, Allan menjadi pemain gantian pada minit ke-62 dalam aksi Liga Europa menentang Club Brugge. Perlawanan ini menandakan penampilan sulung baginya dalam kejohanan Liga Europa. Dalam perlawanan itu, beliau telah mencipta hantaran kepada jaringan gol José Callejón dan perlawanan berkesudahan kemenangan 5–0 milik Napoli.[9] Pada 20 September, Allan telah menjaringkan gol dalam aksi menentang Lazio selain menyumbang kepada jaringan gol lain untuk pasukannya. Perlawanan itu berkesudahan Napoli menang 5–0.[10]

Pada 26 September, Allan telah menjaringkan gol ketika menentang juara bertahan, Juventus bagi membantu pasukannya melakar kemenangan 2–1.[11] Pada 4 Oktober, Allan telah menjaringkan gol pembukaan perlawanan ketika pasukannya memalukan Milan 0–4 di San Siro.[12]

Kerjaya antarabangsa

Allan telah dipanggil oleh jurulatih pasukan bawah-20 Brazil, Ney Franco pada 20 Ogos 2011 bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia FIFA B-20 2011 berikutan prestasinya yang cemerlang di Vasco da Gama. Dalam kejohanan itu, pasukan bawah-20 Brazil dibarisi bintang seperti Oscar, Philippe Coutinho, Casemiro dan Danilo serta bakal rakan sepasukannya di Napoli, Gabriel dan Bruno Uvini. Brazil mara ke perlawanan akhir sebelum dinobatkan juara setelah menumbangkan Portugal 3–2 pada masa tambahan bagi merangkul trofi Piala Dunia Bawah-20 buat kali kelima.

Walaupun dilahirkan di Brazil, Allan memegang dua kerakyatan iaitu Brazil dan Portugal bagi membolehkannya untuk beraksi bersama pasukan Brazil mahupun Portugal.[13] Allan juga mempunyai darah Itali sekali gus melayakkannya untuk memiliki paspot Itali dan mewakili pasukan kebangsaan Itali. Sky Sport Italia dan TV Luna pernah melaporkan bahawa beliau pernah ditanya mengenai 'khidmat untuk mewakili Azzurri' oleh jurulatih pasukan kebangsaan Itali, Roberto Mancini.[14] Pada 26 Oktober 2018, pengurus Tite telah memanggil Allan untuk ke skuad Brazil bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang Uruguay dan Cameroon pada bulan berikutnya. Oleh sebab ia merupakan hanyalah perlawanan persahabatan, Allan masih mempunyai peluang untuk mewakili pasukan Portugal dan Itali.[15] Beliau telah melakukan penampilan sulungnya bersama Brazil ketika menentang Uruguay di London pada 16 November yang berkesudahan Brazil meraih kemenangan 1–0.[16]

Pada Mei 2019, Allan telah disenaraikan ke dalam skuad Brazil bagi menghadapi kejohanan Copa América 2019.[17]

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 25 Mei 2019[18]
KelabMusimLigaPialaBenuaJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Vasco da Gama2009130130
201015000150
201119010071361
201240005090
Jumlah510100121731
Udinese2012–133601000370
2013–143304040410
2014–1535131382
Jumlah104181401162
Napoli2015–163532060433
2016–172912080391
2017–1838420100504
2018–1933120120471
Jumlah1459803601799
Jumlah kerjaya3001026152137812

Antarabangsa

Sehingga 28 Julai 2019
Pasukan kebangsaan Brazil
TahunKmnclnGol
201820
201960
Jumlah80

Pencapaian

Kelab

Vasco da Gama

Antarabangsa

Brazil B20
Brazil

Catatan

Pautan luar

Templat:Skuad Brazil Copa América 2019