Pasukan bola sepak kebangsaan Cameroon

Pasukan bola sepak kebangsaan Cameroon mewakili Cameroon dalam pertandingan bola sepak antarabangsa dan dikawal oleh Persekutuan Bola Sepak Cameroon. Ia merupakan pasukan paling berjaya di Afrika dan telah layak tujuh kali pada Piala Dunia FIFA, lebih daripada mana-mana pasukan Afrika yang lain (pada tahun 1982, 1990, 1994, 1998, 2002, 2010 dan 2014). Walau bagaimanapun, pasukan itu hanya mampu sekali mara dari peringkat kumpulan. Mereka adalah yang pasukan Afrika pertama untuk mara ke suku akhir Piala Dunia, di 1990, tewas kepada England dalam masa tambahan. Mereka juga telah memenangi empat kali Piala Negara-Negara Afrika.

 Cameroon
Shirt badge/Association crest
GelaranLes Lions Indomptables
(Singa waja)
PersatuanPersekutuan Bola Sepak Cameroon
Fédération Camerounaise de Football
KonfederasiCAF (Afrika)
Ketua jurulatihRigobert Song
KaptenVincent Aboubakar
Kaps terbanyakRigobert Song (137)
Penjaring terbanyakSamuel Eto'o (56)[1]
Stadium tuan rumahStade Omnisports
Kod FIFACMR
Kedudukan FIFA 46 3 (30 November 2023)[2]
Kedudukan tertinggi FIFA11 (November 2006)
Kedudukan terendah FIFA62 (April 1997)
Kedudukan Elo 56 5 (27 November 2023)[3]
Kedudukan tertinggi Elo12 (Jun 2003)
Kedudukan terendah Elo76 (April 1995)
Warna utama
Warna kedua
Warna]] ketiga
Antarabangsa pertama
 Belgian Congo 3–2 Cameroon Perancis
(Belgian Congo; September 1956)
Kemenangan terbesar
 Cameroon 9–0 Chad Bendera Chad
(DR Congo; April 1965)
Kekalahan terbesar
 Norway 6–1 Cameroon Bendera Cameroon
(Oslo, Norway; 31 Oktober 1990)
 Rusia 6–1 Cameroon Bendera Cameroon
(Palo Alto, California, USA; 28 Jun 1994)
 Costa Rica 5–0 Cameroon Bendera Cameroon
(San José, Costa Rica; 9 Mac 1997)
Piala Dunia
Kemunculan8 (Kali pertama pada 1982)
Keputusan terbaikSuku akhir (1990)
Piala Negara-Negara Afrika
Kemunculan20 (Kali pertama pada 1970)
Keputusan terbaikJuara (1984, 1988, 2000, 2002)
Piala Konfederasi FIFA
Kemunculan2 (Kali pertama pada 2001)
Keputusan terbaikNaib Juara (2003)
Lambang Singa waja

Sejarah

Perlawanan pertama

Cameroon bermain perlawanan pertama menentang Djibouti pada tahun 1960, memenangi 9-2. Mereka yang pertama melayakkan diri ke Piala Negara-Negara Afrika di 1970, tetapi tersingkir di pusingan pertama. Dua tahun kemudian, sebagai negara tuan rumah, Singa waja mendapat tempat ketiga dalam Piala Negara-Negara Afrika 1972. Selepas itu mereka tidak berjaya layak di pertandingan tersebut selama sepuluh tahun.

Pertama kali di Piala Dunia FIFA 1982

Cameroon layak pertama kali di Piala Dunia FIFA pada tahun 1982. Dengan peningkatan sebanyak 16 kepada 24 pasukan Cameroon berkelayakan bersama-sama dengan Algeria untuk mewakili Afrika di Sepanyol. Cameroon diletakkan dalam kumpulan 1 dengan Itali, Poland dan Peru. Dalam perlawanan pertama mereka Cameroon berhadapan Peru dan seri 0-0. Mereka kemudiannya terpaksa seri tanpa jaringan kedua dengan Poland sebelum mengejutkan Itali dengan seri 1-1. Walaupun tanpa kalah mereka gagal untuk layak ke pusingan kedua.

Piala Negara-Negara Afrika 1984

Dua tahun kemudian Cameroon layak ke Piala Negara-Negara Afrika 1984, yang diadakan di Côte d'Ivoire. Mereka menduduki tempat kedua dalam kumpulan pusingan pertama mereka sebelum menewaskan Algeria menerusi penalti dalam separuh akhir. Pada perlawanan akhir, Cameroon menewaskan Nigeria 3-1 dengan gol daripada René N'Djeya, Théophile Abega dan Ernest Ebongué untuk menjadi juara Afrika untuk kali pertama.

Piala Dunia FIFA 1990

Cameroon layak ke Piala Dunia 1990 dengan melepasi Nigeria dan menewaskan Tunisia dalam perlawanan penentuan ke pusingan akhir. Dalam pusingan akhir Cameroon diletakkan dalam kumpulan B dengan Argentina, Romania, dan Kesatuan Soviet. Cameroon mengalahkan juara bertahan Argentina dalam perlawanan pembukaan 1-0 dengan gol dijaringkan oleh François Omam-Biyik. Cameroon kemudian mengalahkan Romania 2-1 dan kalah kepada Kesatuan Soviet 0-4, menjadi Pasukan yang pertama berada di atas peringkat kumpulan pusingan akhir Piala Dunia dengan negatif perbezaan gol. Dalam pusingan kedua Cameroon mengalahkan Colombia 2-1 dengan pemain 38 tahun Roger Milla menjaringkan dua gol dalam masa tambahan. Pada suku akhir Cameroon berhadapan England. Selepas 25 minit separuh masa pertama pemain England David Platt menjaringkan gol untuk England. Pada separuh masa kedua bagaimanapun Cameroon kembali dengan penalti pada minit ke-61 dari Emmanuel Kunde dan mendahului dengan Eugène Ekéké pada minit ke-65. England bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-83 dengan sepakan penalti dari Gary Lineker. Gary Lineker sekali lagi menambah jaringan untuk England dalam 3-2 dengan sepakan penalti pada minit ke-105. Pasukan itu telah dibimbing oleh pengurus Rusia dan bekas pemain Valeri Nepomniachi.

Piala Dunia FIFA 1994

Pada Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat menyaksikan pelarasan perwakilan untuk tiga pasukan Afrika layak. Cameroon layak dengan Nigeria dan Maghribi. Dalam puswingan akhir Cameroon diletakkan dalam kumpulan B dengan Sweden, Brazil, dan Rusia. Selepas seri 2-2 dengan Sweden, Cameroon berazam untuk menciptakan sejarah baru mereka. Walau bagaimanapun mereka tewas 3-0 kepada Brazil dan tewas 6-1 kepada Rusia sekaligus menyingkirkan mereka. Dalam perlawanan terakhir mereka menentang Rusia, pemain tertua 42 tahun Roger Milla bermain dan menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.

Piala Dunia FIFA 1998

Pada Piala Dunia 1998 di Perancis menyaksikan peningkatan sebanyak 24 hingga 32 pasukan. Cameroon layak bersama lima negara-negara Afrika. Selepas mendapat kelayakan seperti yang dijangkakan, Cameroon diletakkan dalam kumpulan B dengan Itali, Chile, dan Austria. Walaupun seri dengan Chile dan Austria, kekalahan 3-0 kepada Itali melihat Cameroon menyelesaikan mereka berada di bawah kumpulan itu, dan kesudahannya mereka disingkirkan. Ia merupakan penyingkiran yang malang, kerana Cameroon mendahului Austria 1-0 sehingga minit ke-90, dan mempunyai dua gol tidak dikira dengan menentang Chile berkesudahan 1-1. Cameroon mempunyai tiga pemain dibuang padang semasa kejohanan itu, lebih daripada mana-mana pasukan lain, walaupun hanya bermain dalam tiga perlawanan daripada tujuh. Mereka juga mempunyai kiraan kad yang tertinggi bagi setiap permainan mana-mana pasukan, mengumpul purata empat tempahan kad dalam setiap perlawanan mereka bermain.

Piala Dunia FIFA 2002

Cameroon layak ke Piala Dunia 2002 di Korea-Jepun merangkul tempat pertama dalam kumpulan mereka yang meliputi Angola, Zambia, dan Togo. Dalam permainan memanaskan badan, Cameroon sekali lagi hampir menjadi pasukan Afrika pertama untuk mengalahkan England, dengan seri 2-2. England setakat ini belum pernah menewaskan sebuah pasukan negara Afrika. Cameroon telah disediakan ke dalam kumpulan E bersama dengan Jerman, Republik Ireland dan Arab Saudi. Cameroon bermula dengan seri 1-1 dengan Republik Ireland selepas mendahului dan kemudian mengalahkan Arab Saudi 1-0. Dalam perlawanan terakhir mereka Cameroon telah dikalahkan oleh Jerman 2-0 dan laluannya sekaligus telah dihapuskan oleh Ireland yang belum lagi tewas.

Terlepas Jerman 2006

Pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2006 Cameroon diletakkan dalam kumpulan 3 dengan Ivory Coast, Mesir, Libya, Sudan, dan Benin. Cameroon menerajui kumpulan itu untuk kebanyakan masa sehingga permainan terakhir mereka. Pada 8 Oktober 2005 Cameroon seri dengan Mesir 1-1 manakala Ivory Coast mengalahkan Sudan 3-1. Keputusan ini menghalang Cameroon daripada mara ke pusingan akhir Piala Dunia.

Pusingan kelayakan Piala Dunia 2010

Dalam kempen Cameroon layak ke Piala Dunia 2010 , pasukan itu dikumpulkan dengan Gabon, Togo, dan pasukan bola sepak kebangsaan Maghribi. Selepas permulaan yang lembap dalam kempen mereka, dengan tewas kepada Togo, jurulatih Cameroon, Otto Pfister, telah meletak jawatan. Paul Le Guen dari Perancis telah dilantik sebagai jurulatih baru selepas seri dengan Maghribi. Pelantikan Le Guen itu disebabkan semangat baru Cameroon kerana mereka mendapat kemenangan menentang Gabon di Libreville, diikuti dengan satu lagi kemenangan terhadap Panthers empat hari kemudian di Yaounde. Satu bulan kemudian, mereka mengalahkan Togo di Yaounde dengan 3 gol. Pada 14 November 2009, Cameroon mengalahkan Maghribi 2-0 di Fez dalam perlawanan terakhir mereka dalam kempen mereka. Gabon juga telah ditewaskan oleh Togo 1-0 di Lome. Kedua keputusan tersebut menyebabkan Cameroon layak ke Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.[4]

Singa waja adalah pasukan pertama untuk secara matematik disingkirkan dalam Piala Dunia FIFA 2010, terkeluar dalam perlawanan peringkat kumpulan kedua mereka kepada Denmark dengan tewas 1-2, berikutan itu juga kekalahan mereka kepada Jepun 0 -1.

Rekod Persaingan

Piala Dunia FIFA

Rekod Piala Dunia FIFA
TahunPusinganKedudukanBPMSKJGGB
1930Tidak Memasuki
1934
1938
1950
1954
1958
1962
1966Menarik Diri
1970Tidak Memasuki
1974
1978
1982Pusingan 117303011
1986Tidak layak
1990Suku Akhir8530279
1994Pusingan 1223012311
199825302125
200220311123
2006Tidak layak
2010Pusingan 131300325
201432300319
2018Tidak layak
2022Pusingan 119311144
JumlahTerbaik: Suku Akhir8/222658132247

Piala Konfederasi FIFA

Rekod Piala Konfederasi FIFA
TahunPusinganKedudukanBPMS*KJGGB
1992Tidak layak
1995
1997
1999
2001Pusingan 16310224
2003Naib Juara2531131
2005Tidak layak
2009
2013
2017Pusingan 17301226
JumlahTerbaik: Naib Juara3/1111425711

Piala Negara-Negara Afrika

Rekod Piala Negara-Negara Afrika
TahunPusinganKedudukanBPMS*KJGGB
1957Tidak Memasuki
1959
1962
1963
1965
1968Tidak layak
1970Pusingan 15320175
1972Tempat Ketiga35311105
1974Tidak layak
1976
1978
1980
1982Pusingan 15303011
1984Juara1531193
1986Naib Juara2532085
1988Juara1532041
1990Pusingan 15310223
1992Tempat Keempat4522143
1994Tidak layak
1996Pusingan 19311157
1998Suku Akhir8421154
2000Juara16321115
20021651090
2004Suku Akhir6412176
20065431082
2008Naib Juara26402148
2010Suku Akhir7411268
2012Tidak layak
2013
2015Pusingan 113302123
2017Juara1633073
2019Pusingan 213412143
2021Tempat Ketiga37430147
2023Akan Ditentukan
JumlahTerbaik: Juara20/339145301613782
*Warna sempadan merah menunjukkan kejohanan telah diadakan pada tempat sendiri.

Sukan Olimpik

Rekod Sukan Olimpik
TahunPusinganKedudukanBPMS*KJGGB
1908Tidak Memasuki
1912
1920
1924
1928
1936
1948
1952
1956
1960
1964Tidak layak
1968
1972
1976Tidak Memasuki
1980Tidak layak
1984Pusingan 111310235
1988Tidak layak
Jumlah Terbaik: Pusingan 11/19310235
*Cameroon diwakili oleh skuad bawah 23 tahun.

Pemain

Skuad terkini

Berikut adalah senarai pemain yang dipanggil untuk menyertai skuad di Piala Dunia FIFA 2022.

No.Pos.PemainTarikh Lahir (Umur)KapsGolKelab
1GKSimon Ngapandouetnbu (2003-04-12) 12 April 2003 (umur 21)00 Marseille
16GKDevis Epassy (1993-02-02) 2 Februari 1993 (umur 31)60 Abha
23GKAndré Onana (1996-04-02) 2 April 1996 (umur 28)340 Internazionale
3DFNicolas Nkoulou (1990-03-27) 27 Mac 1990 (umur 34)802 Aris
4DFChristopher Wooh (2001-09-18) 18 September 2001 (umur 22)30 Rennes
17DFOlivier Mbaizo (1997-08-15) 15 Ogos 1997 (umur 26)110 Philadelphia Union
19DFCollins Fai (1992-08-13) 13 Ogos 1992 (umur 31)540 Al-Tai
21DFJean-Charles Castelletto (1995-01-26) 26 Januari 1995 (umur 29)161 Nantes
24DFEnzo Ebosse (1999-03-11) 11 Mac 1999 (umur 25)20 Udinese
25DFNouhou Tolo (1997-06-23) 23 Jun 1997 (umur 26)200 Seattle Sounders
2MFJerome Ngom Mbekeli (1998-09-30) 30 September 1998 (umur 25)20 Colombe Sportive
5MFGaël Ondoua (1995-11-04) 4 November 1995 (umur 28)60 Hannover 96
8MFAndré-Frank Zambo Anguissa (1995-11-16) 16 November 1995 (umur 28)455 Napoli
14MFSamuel Gouet (1997-12-14) 14 Disember 1997 (umur 26)240 Mechelen
15MFPierre Kunde (1995-07-26) 26 Julai 1995 (umur 28)331 Olympiacos
18MFMartin Hongla (1998-03-16) 16 Mac 1998 (umur 26)210 Hellas Verona
22MFOlivier Ntcham (1996-02-09) 9 Februari 1996 (umur 28)30 Swansea City
6FWMoumi Ngamaleu (1994-07-09) 9 Julai 1994 (umur 29)434 Dynamo Moscow
7FWGeorges-Kévin Nkoudou (1995-02-13) 13 Februari 1995 (umur 29)40 Beşiktaş
9FWJean-Pierre Nsame (1993-05-01) 1 Mei 1993 (umur 30)40 Young Boys
10FWVincent Aboubakar (kapten) (1992-01-22) 22 Januari 1992 (umur 32)9334 Al-Nassr
11FWChristian Bassogog (1995-10-18) 18 Oktober 1995 (umur 28)447 Shanghai Shenhua
12FWKarl Toko Ekambi (1992-09-14) 14 September 1992 (umur 31)5312 Lyon
13FWEric Maxim Choupo-Moting (1989-03-23) 23 Mac 1989 (umur 35)7120 Bayern Munich
20FWBryan Mbeumo (1999-08-07) 7 Ogos 1999 (umur 24)50 Brentford
26FWSouaibou Marou (2000-12-03) 3 Disember 2000 (umur 23)31 Coton Sport

Statistik

Rekod

Kaps Terbanyak[5]
#PemainKapsJaringanKarier
1Rigobert Song13751993–2010
2Samuel Eto'o118561997–2014
Geremi Njitap118131996–2010
4Emmanuel Kundé102171979–1992
5Vincent Aboubakar93342010–kini
6Jacques Songo'o8001983–2002
Nicolas Nkoulou8022008–kini
8Roger Milla77431973–1994
9François Omam-Biyik73261985–1998
Carlos Kameni7302001–2019

Penjaring Terbanyak[5]
#PemainJaringanKapsPct.Karier
1Samuel Eto'o561180.4821997–2014
2Roger Milla43770.561973–1994
3Vincent Aboubakar34930.372010–kini
4Patrick M'Boma33550.61995–2004
5François Omam-Biyik26730.361985–1998
6Alphonse Tchami21570.371988–1998
7Eric Maxim Choupo-Moting20710.282010–kini
8Pierre Webó19590.322003–2014
9Emmanuel Kundé171020.171979–1992
10André Kana-Biyik15590.251985–1994

|}

Rujukan

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno