Asmaul Husna

99 Nama-nama Allah dan Maksudnya

Dalam agama Islam, Asmaul Husna (Arab: أسماء الحسنى, rumi: asmāʾu l-ḥusnā) merujuk kepada sembilan puluh sembilan nama Allah Subhanahuwataala.[1] Nama Allah dapat dijumpai di dalam Al-Quran, hadis, atau kedua-duanya.[1]

Dari segi bahasa, Asmaul Husna bermaksud nama-nama Allah yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama Allah yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah, sebagai pencipta dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.

Para ulama berpendapat bahawa kebenaran ialah ketetapan dengan kebenaran yang lain. Dengan cara ini, masyarakat Islam tidak akan mudah menulis "Allah ialah ..." kerana tiada satupun yang dapat disetarakan dengan Allah. Perbahasan berikut hanyalah pendekatan yang disesuaikan dengan konsep akal kita yang sangat terbatas ini. Semua kata yang dilekatkan pada Allah harus difahami keberbezaannya dengan penggunaan wajar kata-kata itu.

Para ulama menekankan bahawa Allah ialah pencipta dan penguasa alam yang abadi dan alam yang fana. Semua nilai kebenaran mutlak hanya ada (dan bergantung) pada-Nya. Dengan demikian, Allah Maha Tinggi. Tapi juga Allah Maha Dekat. Allah Maka Kuasa. Tapi juga Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Sifat-sifat Allah dijelaskan dengan istilah Asmaul Husna, yaitu nama-nama yang baik.

Dalil

Berikut merupakan beberapa dalil yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis tentang Asmaul Husna:

  • "Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik)." - (al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)
  • Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah al-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu" - (al-Quran, Surah al-Israa': 110)
  • Dari Abu Huraira r.a.: Nabi SAW bersabda: "Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil." - Sahih Bukhari[2]

Senarai

No.NamaArabMaksud
1AllahاللهAllah [Nama khas Tuhan]
2al-RaḥmanالرحمنYang Maha Pe­mu­rah dan Yang Memberi Rahmat[3]
3al-RaḥimالرحيمYang Maha Pengasih kepada semua makhluk
4al-MalikالملكYang Maha Memiliki Segala Ke­kuasaan
5al-QuddusالقدوسYang Maha Suci
6al-SalamالسلامYang Maha Sejahtera
7al-MukminالمؤمنYang Maha Melimpahkan Ke­aman­an dan Kesejahteraan
8al-MuhaiminالمهيمنYang Maha Mengawal
9al-AzizالعزيزYang Maha Berkuasa dan Perkasa
10al-JabbarالجبارYang Maha Perkasa
11al-MutakabbirالمتكبرYang Maha Memiliki Segala Kebesaran
12al-KhaliqالخالقYang Maha Pencipta Sekalian Makhluk
13al-BarikالبارئYang Maha Pencipta Makhluk
14al-MuṣawwirالمصورYang Maha Menentukan Ben­tuk Rupa Makhluk-Nya
15al-GhaffarالغفارYang Maha Mengampuni
16al-QahharالقهارYang Maha Gagah Perkasa
17al-WahhabالوهابYang Maha Pemberi
18al-RazzaqالرزاقYang Maha Memberi Rezeki
19al-FattaḥالفتاحYang Maha Pembuka
20al-AlimالعليمYang Maha Mengetahui
21al-QabiḍالقابضYang Maha Pengekang
22al-BasiṭالباسطYang Maha Melapangkan
23al-KhafiḍالخافضYang Maha Merendahkan Darjat Seseorang
24al-RafikالرافعYang Maha Meninggi­kan Darjat
25al-MuizالمعزYang Maha Memuliakan
26al-MuzilالمذلYang Maha Menghina Musuh-Nya
27al-SamikالسميعYang Maha Mendengar
28al-BaṣirالبصيرYang Maha Melihat
29al-ḤakamالحكمYang Maha Menentukan Hu­kum­­an
30al-AdlالعدلYang Maha Adil
31al-LaṭifاللطيفYang Maha Lemah Lembut dan Menge­tahui Segala Sesuatu Sehalus-halusnya
32al-KhabirالخبيرYang Maha Sedia Mengetahui
33al-ḤalimالحليمYang Maha Penyantun dan Pe­nya­bar
34al-AẓimالعظيمYang Maha Agung
35al-GhafurالغفورYang Maha Sedia Mengampuni
36al-SyakurالشكورYang Maha Meng­gandakan Balasan
37al-AliالعليYang Maha Tinggi (Luhur)
38al-KabirالكبيرMaha Besar
39al-ḤafiẓالحفيظYang Maha Memelihara
40al-MuqitالمقيتYang Maha Menyediakan Segala Keperluan Makhluk-Nya
41al-ḤasibالحسيبYang Maha Menghitung Amalan Makhluk
42al-JalilالجليلYang Maha Memiliki Sifat Ke­agung­an Yang Tiada Pada Makhluk
43al-KarimالكريمYang Maha Mulia dan Sedia Mem­beri
44al-RaqibالرقيبYang Maha Mengawasi
45al-MujibالمجيبYang Maha Memakbulkan
46al-WasikالواسعYang Maha Luas Ilmu dan Rahmat-Nya
47al-ḤakimالحكيمYang Maha Bijaksana
48al-WadudالودودYang Maha Mengasihi orang yang beriman kepada-Nya
49al-MajidالمجيدYang Maha Sempurna
50al-BaisالباعثYang Membangkitkan Manusia
51al-SyahidالشهيدYang Maha Me­nyak­sikan Segala Kebenaran
52al-ḤaqالحقYang Maha Benar
53al-WakilالوكيلYang Maha Pelindung
54al-QawiالقويYang Maha Berkuasa
55al-MatinالمتينYang Maha Teguh Kekuatan-Nya
56al-WaliالوليYang Maha Memberikan Per­tolong­an
57al-ḤamidالحميدYang Maha Layak Menerima Pujian
58al-MuḥṣiالمحصيYang Maha Mengira
59al-MubdikالمبدئYang Maha Memulakan Sesuatu
60al-MuidالمعيدYang Maha Mengem­balikan Ciptaan-Nya
61al-MuḥyiالمحييYang Maha Menghidupkan
62al-MumitالمميتYang Maha Mematikan
63al-ḤaiالحيYang Maha Hidup
64al-QayyumالقيومYang Maha Berdiri Sendiri
65al-WajidالواجدYang Maha Memperoleh Segala Sesuatu Yang Dikehendaki-Nya
66al-MajidالماجدYang Maha Dimulia­kan
67al-WaḥidالواحدYang Maha Esa
68al-ṢamadالصمدYang Kekal dan Men­jadi Tempat Bergantung Sekalian Makhluk
69al-QadirالقادرYang Maha Berkuasa
70al-MuqtadirالمقتدرYang Maha Berkuasa Me­nentu­kan Sesuatu
71al-MuqaddimالمقدمYang Memulakan Wujudnya Sesuatu
72al-MuakhirالمؤخرYang Mentak­hir­kan Wujudnya Sesuatu
73al-AwwalالأولYang Awal dan Tiada Permulaan
74al-AkhirالآخرYang Akhir dan Tiada Kesudahan
75al-ẒahirالظاهرYang Menzahirkan Kewujudan
76al-BaṭinالباطنYang Menyembunyikan Kewujud­an
77al-WaliالواليYang Maha Memiliki dan Meme­rintah Segala Sesuatu
78al-MutaaliالمتعاليYang Maha Tinggi dan Suci
79al-BarالبرYang Menjadi Sumber Kebaikan
80al-TawwabالتوابYang Sentiasa Menerima Taubat
81al-MuntaqimالمنتقمYang Membalas Dengan Seksa
82al-AfuالعفوYang Maha Pemaaf
83al-RaufالرؤوفYang Maha Pemberi Kasih Sayang
84Malik al-Mulkمالك الملكPemilik Mutlak Segala Kekuasaan
85Zu al-Jalal wa al-Ikramذو الجلال والإكرامYang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan
86al-MuqsiṭالمقسطYang Maha Adil dan Saksama
87al-JamikالجامعYang Maha Penghim­pun
88al-GhaniالغنيYang Maha Kaya dan Tidak Me­mer­lukan Sesuatu Apa-apa pun
89al-MughniالمغنيYang Maha Mengayakan Ma­k­h­luk Sehingga Tidak Memerlukan Apa-apa
90al-ManikالمانعYang Maha Menegah dan Menolak
91al-ḌarالضارYang Mendatangkan Kemudaratan
92al-NafikالنافعYang Memberikan Ke­bai­kan dan Kemanfaatan
93al-NurالنورCahaya Yang Menerangi
94al-HadiالهاديYang Memberi Hidayah Kepada Hamba-Nya
95al-BadikالبديعYang Maha Mencipta­kan Sesuatu yang sebelumnya tiada
96al-BaqiالباقيYang Berkekalan
97al-WarisالوارثYang Kekal Memu­sakai
98al-RasyidالرشيدYang Memberi Pe­tun­juk Kepada Kebenaran
99al-ṢaburالصبورYang Maha Penyabar

.

Nama orang

Menurut ajaran Islam, seseorang Muslim tidak akan diberi nama menyerupai nama Allah dalam bentuk yang sama. Contohnya, al-Malik, tetapi boleh dipanggil Malik.

Bagaimanapun nama/sifat Allah boleh digabungkan dengan perkataan "Abdul -" yang bererti hamba (contohnya. - kepada Allah) dan biasa digunakan sebagai nama orang bagi orang Islam. Sebagai contoh Abdul Rahman ("hamba kepada Tuhan Yang Maha Pengasih").

Berikut ini contoh nama orang yang diambil dari Asmaul Husna:

Rujukan