Bahasa Occitan

Bahasa Occitan (nama tempatan: occitan [utsiˈta],[1]) atau Bahasa Ok (lenga d'òc atau langue d'oc [ˈleŋgɔˈðɔ(k)];[2] Nama timangan tempatan: la lenga nòstra [laˈleŋgɔˈnɔstrɔ][3] iaitu "bahasa kami/kita") merupakan sebuah bahasa Romawi yang dituturkan di Occitania, iaitu Selatan Perancis, Lembah Occitan di Itali, Monaco, dan di Lembah Aran di Sepanyol. Bahasa ini juga dituturkan di lingkungan linguistik Guardia Piemontese (Calabria, Itali). Bahasa ini hanya rasmi di Lembah Aran (dan di kawasan Catalonia, yang termasuk Aran).

Bahasa Occitan
occitan, lenga d'òc
Asli kepadaPerancis, Sepanyol, Itali, Monaco
Penutur bahasa
1,939,000
Indo-Eropah
  • Italik
    • Romawi
      • Italo-Barat
        • Barat
          • Bahasa-bahasa Gallo-Iberia
            • Gallo-Romawi
              • Occitano-Romawi
                • Bahasa Occitan
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Rasmi di Catalonia, Sepanyol
Dikawal selia olehConselh de la Lenga Occitana
Kod bahasa
ISO 639-1oc
ISO 639-2oci
ISO 639-3oci

Istilah "Provençal" juga digunakan untuk merujuk kepada Bahasa Occitan.

Occitania

Penamaan

Nama asal bahasa ini iaitu lenga d'òc ("bahasa òc") merujuk kepada ciri bahasa ini yang menggunakan perkataan òc (turunan bahasa Latin Pasar hoc "ini") bermaksud "ya" berbanding dengan bahasa Perancis yang dikelaskan sebagai suatu "bahasa oïl" (lingua d'oïl, kata oui atau bahasa lamanya oïl turunan lanjut ungkapan bahasa Latin hoc illud ("ini[lah] ia") atau bahasa-bahasa Sepanyol dan Itali yang diberi gelaran "bahasa si" (lingua di si, atau turunan kata sic "maka". Pemerhatian ciri yang berpincang sesama bahasa-bahasa Romawi ini pertama kali dicatatkan oleh Dante Alighieri dalam De vulgari eloquentia bertulis:[4]

...alii oc, alii si, alii vero dicunt oil...
("ada yang menyebut òc, ada yang menyebut , ada yang menyebut oïl...")

Perbandingan dengan bahasa-bahasa Romawi yang lain

Kata-kata umum dalam beberapa bahasa Romawi terpilih digandingkan maksud sepadan dalam bahasa Melayu
Bahasa LatinBahasa OccitanBahasa KatalanBahasa PerancisBahasa ItaliBahasa SepanyolBahasa PortugisBahasa RomaniaBahasa Melayu
cantarecantar (chantar)cantarchantercantarecantarcantarcânta"menyanyi"
capracabra (chabra, craba)cabrachèvrecapracabracabracapră"kambing"
clavisclauclauclef/cléchiavellavechavecheie"kunci"
ecclesia, basilicaglèisaesglésiaéglisechiesaiglesiaigrejabiserică"gereja" (melalui bahasa Portugis)
formaticum,
caseus (laras pasar)
formatge (hormatge)formatgefromageformaggioquesoqueijocaş"keju" (melalui bahasa Portugis)
lingualenga (lengua)llengualanguelingualengualíngualimbă"bahasa"
nox, noctisnuèch (nuèit, nuòch)nitnuitnottenochenoitenoapte"malam"
plateaplaçaplaçaplacepiazzaplazapraçapiaţă"dataran"
pons, pontispont (pònt)pontpontpontepuentepontepunte"jambatan"

Catatan

Lihat juga


Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno