Blade Runner 2049

Blade Runner 2049 merupakan filem cereka sains neo-noir Amerika Syarikat tahun 2017 yang diarahkan oleh Denis Villeneuve serta ditulis oleh Hampton Fancher dan Michael Green. Ia merupakan kesinambungan kepada filem Blade Runner (1982). Filem ini dibintangi oleh Ryan Gosling, Harrison Ford, Ana de Armas, Sylvia Hoeks, Robin Wright, Mackenzie Davis, Carla Juri, Lennie James, Dave Bautista, dan Jared Leto.

Blade Runner 2049
Logo filem
PengarahDenis Villeneuve
Lakon layar
  • Hampton Fancher
  • Michael Green
Cerita olehHampton Fancher
BerdasarkanWatak dari Do Androids Dream of Electric Sheep? oleh
Philip K. Dick
Dihasilkan oleh
  • Andrew A. Kosove
  • Broderick Johnson
  • Bud Yorkin
  • Cynthia Sikes Yorkin
Dibintangi
SinematografiRoger Deakins
Disunting olehJoe Walker
Muzik oleh
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 3 Oktober 2017 (2017-10-03) (Dolby Theatre)
  • 6 Oktober 2017 (2017-10-06) (AS)
Masa tayangan
163 minit[3]
NegaraAS
Bajet$150–185 juta[4][5][6]
Pecah panggung$255.2 juta[6]

Pelakon

Ulasan kritis

Blade Runner 2049 menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Berdasarkan Rotten Tomatoes, filem ini mendapat penarafan 87%, berdasarkan 365 ulasan, dengan penarafan rata-rata 8,2/10.[7] Berdasarkan Metacritic, filem ini mendapat skor 81 dari 100, berdasarkan 54 kritikan, menunjukkan "perakuan sejagat".[8] Berdasarkan CinemaScore, filem ini mendapat nilai "A-" dari penonton filem untuk skala A+ hingga F.[9]

Pecah panggung

Filem ini meraih $92.054.159 di Amerika Utara dan $167.185.499 di negara lain. Jumlah pendapatan yang dihasilkan oleh filem ini mencapai $259.239.658, melebihi anggaran penerbitan filem $150 juta.[6]

Pada pembukaan hujung minggu, filem ini mendapat $31.525.000, menempati kedudukan teratas di pecah panggung.[6]

Rujukan

Pautan luar