Cermai
Cermai atau nama saintifiknya Phyllanthus acidus[2] ialah suatu pokok dengan buah beri kuning kecil yang boleh dimakan dalam keluarga Phyllanthaceae.
Cermai | |
---|---|
Buah | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Angiosperma |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Order: | Malpighiales |
Keluarga: | Phyllanthaceae |
Genus: | Phyllanthus |
Spesies: | P. acidus |
Nama binomial | |
Phyllanthus acidus | |
Sinonim | |
Phyllanthus distichus Müll.Arg. |
Botani
Pokok cermai adalah kecil mencapai tinggi 3-9 m.[2] Batangnya tidak banyak bercabang. Daunnya tunggal, berbentuk bujur telur, susunan berselang-seli di ranting kecil sehingga kelihatan seperti daun majmuk, pucuk muda berwarna hijau kekuningan campur kemerahan.
Bunganya muncul keluar dari batang dan dahan secara menjambak baik dengan jantina tunggal, baik jantan atau betina, mahupun ada kedua-duanya berwarna merah jambu.[2] Buahnya berbentuk bulat berlekuk enam; kulit dan isi berwarna kuning dengan rasa masam.
Khasiat
Daun cermai mengandungi banyak air, karbohidrat, saponin, flavonoid, tanin, polifenol, protein, lemak, dan serat. Manakala buah cermai pula mengandungi serat, mineral dan vitamin C.[3]
Memakan pucuk cermai dikatakan dapat merawat alahan kulit, penawar racun gigitan serangga biasa, lumbago, sengal-sengal peha, tekanan darah tinggi, dan kanser.[perlu rujukan] Buahnya pula dapat merawat sembelit.
Pokok cermai boleh didapati di ketinggian antara 0-1,000 meter. Ia mampu tahan pelbagai jenis tanah termasuk tanah berpasir.
Kegunaan
Buah cermai biasanya dimakan mentah bersama garam atau dijadikan jeruk (masin, masam ataupun manis). Buah muda boleh dijadikan ulam dengan ditumbuk bersama dengan sambal belacan dan dimakan bersama nasi.[2]
Pucuk mentah atau yang dicelur atau direbus boleh dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Rasa buahnya masam, dan pucuk pula masam dan sedikit kelat. Terdapat biji benih tunggal yang keras di tengah-tengahnya.[2]
Pembiakan
Pokok cermai merupakan pokok berumah satu. Ia berbunga dan berbuah kemuncaknya antara Januari hingga Mei di Karabia dan sepanjang tahun di Asia Tenggara. Bunga ini berbunga antara Februari hingga April di Florida. Buahnya matang antara 90-100 hari. Pokok cermai mula menghasilkan hasil yang banyak ketika berusia sekitar empat tahun.[perlu rujukan]
Galeri
- Gugusan buah cermai.
- Pokok cermai
- Daun pokok cermai
- Buah cermai
- Buah cermai
- Batang pokok cermai
- Perdu pokok cermai