Gal Gadot

Pelakon, penerbit dan model fesyen wanita Israel

Gal Gadot (Ibrani: גל גדות; lahir 30 April 1985) ialah seorang pelakon, penerbit dan model fesyen wanita Israel. Sebagai seorang pelakon, Gadot dikenali dengan peranannya sebagai Gisele Yashar di dalam siri filem The Fast and the Furious. Pada tahun 2016, Gadot mula melakonkan watak Diana Prince / Wonder Woman di dalam siri filem DC Extended Universe, bermula dengan filem Batman v Superman: Dawn of Justice, disusuli sebagai watak utama di dalam filem Wonder Woman, Justice League (kedua-duanya 2017) dan Wonder Woman 1984 (2020).[2][3]

Gal Gadot
Gal Gadot 2016
Kelahiran (1985-04-30) 30 April 1985 (umur 38)
PekerjaanPelakon, Model, Penerbit
Tahun aktif2004 - kini
Ketinggian178 cm (5 ka 10 in)[1]
PasanganYaron Varsano (k. 2008)
Anak-anak2
Laman web rasmigalgadot.com

Pada tahun 2013, beliau disenaraikan sebagai model fesyen dengan pendapatan kedua tertinggi di Israel.[4] Beliau merupakan wajah jenama Gucci untuk wangian Bamboo.[5]

Pada tahun 2018, Gadot dimasukkan ke dalam senarai tahunan Time dari 100 orang yang paling berpengaruh di dunia, dan dia disenaraikan di kalangan pelakon yang paling berpenghasilan tinggi di dunia.[6][7]

Kehidupan awal

Gal Gadot lahir di Petah Tikva, Israel dan membesar di Rosh HaAyin.[8] Dalam Bahasa Ibrani, nama pertamanya bermaksud "ombak" dan nama keluarga beliau bermaksud "tebing sungai".[9] Ibu bapa beliau kedua-duanya dilahirkan di Israel dan mereka telah menukar nama keluarga mereka daripada "Greenstein" kepada "Gadot".[10] Bapa beliau, Michael Gadot ialah seorang jurutera manakala ibu beliau, Irit (née Weiss) ialah seorang guru. Beliau berketurunan Poland-Yahudi, Austria-Yahudi, Jerman-Yahudi dan Czech-Yahudi. Bermula umur 20 tahun, beliau berkhidmat selama dua tahun sebagai seorang askar dalam Pasukan Pertahanan Israel.[11]

Kerjaya

Gadot pada asalnya merancang untuk menjadi seorang peguam.[11] Walau bagaimanapun, ketika berumur 18 tahun, beliau memenangi pertandingan Miss Israel 2004 dan pergi ke Ecuador untuk bertanding dalam pertandingan Miss Universe. Gadot kemudiannya menyertai Pasukan Pertahanan Israel di mana beliau menyelesaikan khidmat ketenteraan selama dua tahun.[12]

Selepas meninggalkan tentera, Gadot mengambil jurusan undang-undang di sebuah universiti. Selepas menyelesaikan tahun pertamanya di universiti, seorang pengarah pemilihan pelakon melihat kadnya dan memanggilnya untuk menghadiri uji bakat untuk watak gadis Bond, Camille Montes dalam filem Quantum of Solace. Beliau gagal untuk mendapat watak tersebut yang diberikan kepada Olga Kurylenko (yang kemudiannya bersaing bersama Gadot untuk watak Wonder Woman). Selepas uji bakat untuk Quantum of Solace, pengarah pemilihan pelakon tersebut memilih Gadot untuk watak Gisele dalam filem Fast & Furious.

Pada tahun 2007, Gadot mengambil bahagian dalam sesi penggambaran Maxim, "Wanita daripada tentera Israel" dan beliau ditampilkan dalam muka hadapan New York Post. Pada bulan April 2012, Shalom Life menyenaraikan beliau di tempat ke-5 dalam senarai "50 wanita Yahudi paling berbakat, bijak, kelakar dan cantik di dunia", di belakang model, Bar Refaeli dan pelakon, Eva Green.[13] Pada tahun 2014, Gadot merupakan seorang daripada dua pelakon wanita Israel bersama Odeya Rush disenaraikan dalam wanita utama akan datang oleh majalah InStyle.[14]

Model

Beliau telah mengetuai kempen antarabangsa untuk rum Captain Morgan, pewangi Gucci dan produk penjagaan kulit Vine Vera. Beliau juga telah mengiklankan Jaguar Cars. Beliau merupakan wajah jenama Gucci untuk wangian Bamboo,[5] telefon pintar Huawei dan Miss Sixty. Beliau telah ditampilkan dalam muka hadapan Cosmopolitan, Glamour, Bride Magazine dan FHM. Gadot telah menjadi seorang model untuk Castro.[15] Pada tahun 2013, pendapatan tahunan model beliau dianggarkan sekitar 2.4 juta.[16]

Lakonan

Pada tahun 2008, Gadot membintangi drama Israel, Bubot. Beliau muncul sebagai Gisele dalam Fast & Furious, filem keempat dalam siri filem The Fast & the Furious.[17][18] Pada tahun 2010, beliau mempunyai peranan kecil dalam filem Knight and Day.[19] Pada awal tahun tersebut, beliau muncul dalam filem Date Night sebagai Natanya, teman wanita karakter Mark Wahlberg. Beliau menyambung wataknya sebagai Gisele dalam filem Fast Five. Pada tahun 2013, Gadot sekali lagi melakonkan watak Gisele dalam filem Fast & Furious 6.

Pada bulan Disember 2013, DC Entertainment mengumumkan bahawa Gadot telah dipilih untuk watak Wonder Woman dalam Batman v Superman: Dawn of Justice dan telah ditandatangani untuk dua filem sekuel termasuk Justice League dan filem solo Wonder Woman.[20][21][22] Gadot menerima latihan pedang, Kung Fu kickboxing (tomoi), capoeira dan jiu-jitsu Brazil sebagai persediaan untuk watak tersebut.[23] Lakonan Gadot sebagai adiwira tersebut telah dipuji sebagai bahagian terbaik dalam filem itu.[24]

Juga pada tahun 2016, beliau membintangi filem jenayah debaran arahan John Hillcoat, Triple 9 bersama-sama Kate Winslet dan Aaron Paul.[25] Beliau juga membintangi filem Criminal sebagai isteri karakter Ryan Reynolds.[26] Gadot melakonkan peranan utama dalam filem komedi, Keeping Up with the Joneses bersama-sama Isla Fisher dan Jon Hamm.[27]

Pada tahun 2017, Gadot membintangi filem solo untuk wataknya, Wonder Woman. Dia mengembalikan peranannya dalam Justice League, yang dikeluarkan pada bulan November 2017, dan merupakan penampilan yang ketiga dalam DC Extended Universe.[28][29][30] In 2017 Gadot was also invited to become a member of the Academy of Motion Picture Arts and Sciences.[31]

Gadot memberikan suara Shank dalam filem Walt Disney Animation Studios Ralph Breaks the Internet.[32]

Gadot juga akan membintangi Dwayne Johnson dan Ryan Reynolds dalam filem thriller Netflix Red Notice yang akan datang, ditulis dan diarahkan oleh Rawson Marshall Thurber.[33]

Kehidupan peribadi

Gadot berkahwin dengan teman lelakinya, seorang ahli perniagaan Israel, Yaron Varsano[34] semasa pengambaran Fast & Furious pada 28 September 2008. Pasangan ini memiliki sebuah hotel di daerah Neve Tzedek, Tel Aviv. Pada tahun 2015, suaminya, Yaron Varsano menjual hotel itu kepada Roman Abramovich dengan harga $26 juta.[35] Pada bulan November 2011, Gadot melahirkan anak pertama mereka, Alma.

Filemografi

Kunci
Menunjukkan produksi yang belum dikeluarkan

Filem

TahunTajukPerananPengarahNota
2009Fast & FuriousGisele YasharJustin Lin
2010Date NightNatanyaShawn Levy
Knight and DayNaomiJames Mangold
2011Fast FiveGisele YasharJustin Lin
2013Fast & Furious 6Justin Lin
2014Kicking Out ShoshanaMiritShay Kanot
2015Furious 7Gisele YasharJames Wan
2016Triple 9Elena VlaslovJohn Hillcoat
Batman v Superman: Dawn of JusticeDiana Prince / Wonder WomanZack Snyder
CriminalJill PopeAriel Vromen
Keeping Up with the JonesesNatalie JonesGrey Mottola
2017Wonder WomanDiana Prince / Wonder WomanPatty Jenkins
Justice LeagueZack Snyder
Joss Whedon (penampilan khas)
2018Ralph Breaks the InternetShank (suara)Rich Moore dan Phil Johnston
2019Between Two Ferns: The MovieDirinya sendiriScott AukermanKameo[36]
2020Wonder Woman 1984Diana Prince / Wonder WomanPatty JenkinsPenerbit
2021Death on the Nile Linnet Ridgeway-DoyleKenneth BranaghPra-produksi
Red Notice Rawson Marshall ThurberPos-produksi
Irena Slender Irena SlenderPra-produksi; juga penerbit

Televisyen

TahunTajukPerananNota
2007BubotMiriam "Merry" ElkayamSiri Israel
2009EntourageLisaEpisod: "Amongst Friends"
2009The Beautiful LifeOliviaEpisod: "The Beautiful Aftermath"
"The Beautiful Lie"
"The Beautiful Triangle"
2011AsfurKikaSiri Israel. Musim 2.
2012KatmanduYamit BareliSiri Israel
2012Eretz NehederetDiri sendiriRancangan Israel. Episod: "Musim 9, Episod 7"
2021Zack Snyder's Justice League Diana Prince / Wonder Woman4 episod

Rujukan

Pautan luar