Hari AIDS Sedunia

Hari AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember setiap tahun untuk memupuk kesedaran mengenai wabak AIDS yang disebabkan oleh jangkitan HIV. Pada hari inilah menjadi kebiasaan untuk memperingati mangsa-mangsa yang terkorban akibat HIV/AIDS. Pegawai kerajaan dan kesihatan turut menyambut hari ini dengan berucap atau berforum mengenai AIDS. Sejak tahun 1995, Presiden Amerika Syarikat melakukan perisytiharan rasmi pada Hari AIDS Sedunia. Kerajaan negara-negara lain turut mengadakan ucapan yang seumpamanya.

Hari AIDS Sedunua
Riben Merah ialah lambang perpaduan sedunia bersama penghidap HIV-positif dan AIDS.
Diraikan oleh/di
Kesemua ahli Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu
Tarikh1 Disember
Setem AIDS

AIDS telah meragut lebih 25 juta nyawa sejak tahun 1981 hingga 2007,[1] sementara kira-kira 33.2 juta orang seluruh dunia menghidapi HIV pada tahun 2007,[2] menjadikan AIDS sebagai antara wabak-wabak pemusnah yang paling dahsyat dalam seluruh catatan sejarah. Sungguhpun rawatan antiretroviral semakun mudah didapati di merata dunia, namun wabak AIDS tetap mengorbankan kira-kira 2 juta nyawa pada tahun 2007,[3] yang mana 270,000 daripadanya berusia kanak-kanak.[4]

Tema

1988Communication
1989Youth
1990Women and AIDS
1991Sharing the Challenge
1992Community Commitment
1993Act
1994AIDS and the Family
1995Shared Rights, Shared Responsibilities
1996One World. One Hope
1997Children Living in a World with AIDS
1998Force for Change: World AIDS Campaign With Young People
1999Listen, Learn, Live: World AIDS Campaign with Children & Young People
2000AIDS: Men Make a Difference
2001I care. Do you?
2002Stigma and Discrimination
2003Stigma and Discrimination
2004Women, Girls, HIV and AIDS
2005Stop AIDS. Keep the Promise
2006Stop AIDS. Keep the Promise - Accountability
2007Stop AIDS. Keep the Promise - Leadership
2008Stop AIDS. Keep the Promise - Lead - Empower - Deliver
2009Universal Access and Human Rights [5]
2010Universal Access and Human Rights[6]
2011Getting to Zero
2012Getting to Zero
2013Getting to Zero
2014Getting to Zero
2015Getting to Zero

Rujukan

Pautan luar