Helicobacter pylori

Jangkitan Helicobacter pylori ialah sejenis jangkitan yang biasanya berlaku pada perut dan berpunca dari bakteria Helicobacter pylori.[1] Jangkitan ini biasanya tidak mempunyai gejala; tetapi boleh mengakibatkan gastritis (keradangan perut) atau ulser perut.[2] Gejala-gejala terlibat mungkin termasuk sakit perut, loya dan pedih ulu hati.[1] Jangkitan juga dikaitkan dengan gastritis atropik, kanser gastrik dan limfoma jenis limfoid mukosa (MALT).[2][1]

Jangkitan Helicobacter pylori
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Jangkitan H. pylori, Campylobacter pylori
Pewarnaan imunohistokimia H. pylori (warna perang) yang diperoleh dari biopsi perut
PengkhususanPenyakit berjangkit, gastroenterologi
GejalaSakit perut, loya, pedih ulu hati[1]
KerumitanGastritis, ulser perut, kanser perut[2]
PuncaHelicobacter pylori, yang tersebar melalui cara tinja-mulut atau mulut-mulut[2]
Ujian pernafasan urea, cerakin antigen tinja, ujian urease pantas, biopsi tisu[2]
Penyakit seliak, Penyakit Crohn, penggunaan ubat NSAID, Intoleransi laktosa[1]
Rawatan perubatan
Perencat pam proton, bismut subsalisilat, metronidazola, tetrasiklina[2]
Kekerapan60% (2015)[3]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bakteria yang berkait rapat dengan jangkitan ini dipercayai merebak kebanyakannya melalui laluan tinja-mulut dan mungkin mulut-mulut.[2] Antara faktor-faktor risiko terlibat termasuklah penetapan di kawasan yang penyakit itu biasa berlaku dan kemiskinan.[2][1] Helicobacter pylori ialah bakteria gram-negatif, bermikroaerofil, berbentuk batang melengkung.[2] Diagnosis penyakit ini adalah melalui ujian nafas urea, ujian antigen najis, ujian urease pantas, atau biopsi tisu.[2] Serologi mungkin menunjukkan sama ada jangkitan semasa atau jangkitan lampau.[2]

Kes penyakit yang tanpa kewujudan gejala tidak memerlukan rawatan khusus.[2] Namun sekiranya berlaku sebaliknya, gabungan perencat pam proton (PPI), bismut subsalisilat, metronidazola dan tetrasiklina boleh digunakan.[2] Jika bakteria tersebut mempunyai rintangan ubat-ubatan yang rendah pada kawasan yang dikenal pasti, klaritromisin, dan amoksisilin atau metronidazola boleh digunakan.[2] Vaksin H. pylori sedang dibangunkan pada 2015.[1]

Dianggarkan 60% daripada penduduk dunia telah dijangkiti pada tahun 2015, dengan perkara ini lebih biasa berlaku di negara-negara membangun.[3][2] Jangkitan ini selalunya bermula pada zaman kanak-kanak.[1] Kira-kira 5% kanak-kanak di bawah 10 tahun di Amerika Syarikat terjangkit.[1] Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, kadar penyakit ini telah menurun di banyak negara.[4] Bakteria ini mula dikenal pasti pada tahun 1982 oleh doktor Australia Barry Marshall dan Robin Warren.[5] [6]

Rujukan