Krisis hutang Eropah

Krisis hutang Eropah berlaku sejak hujung 2009 hingga 2011 apabila pelabur enggan melabur kerana enggan berdepan dengan krisis hutang. Keadaan ini dihadapi oleh ahli 'Zon Euro' seperti Greece, Ireland ,Portugal dan Iceland. Keadaan ini hampir menyamai Krisis kewangan 2008 apabila keseluruhan sistem perbankan antarabangsa runtuh dan kerajaan tidak mampu menyelamatkan bank-bank. Krisis ini turut menyebabkan Krisis hutang Amerika Syarikat dan berjangkit ke negara-negara Asia. Krisis subprima menyebabkan banyak syarikat besar di AS perlu diselamatkan dan mendedahkan bank-bank pelaburan mereka.[1]

Pada Mei 2011, kebimbangan dan hilang keyakinan ini timbul semula ekoran dari pembiayaan semula hutang Greece. Ini kerana rakyat Greece menolak langkah-langkah penjimatan dan keluar ke jalanan untuk menyatakan bantahan mereka sehingga terjadinya rusuhan. Pada akhir Jun 2011, kerajaan Greece meluluskan pakej penjimatan baru dan barulah Kesatuan Eropah berjanji akan menyokong negara itu.Rakyat Greece membantah kerajaan Greece menerima bantuan kewangan 30 bilion euro (RM127 bilion) daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kesatuan Eropah .Masalah kewangan Greece boleh merebak ke seluruh Eropah.

Pada 9 Mei 2010, Menteri Kewangan Eropah meluluskan pakej menyelamat bernilai satu trilion dolar bagi memastikan kestabilan kewangan di seluruh Eropah . Pada 2 Mei 2010, Negara Zon Euro dan Tabung Kewangan Antarabangsa setuju memberi pinjaman € 110 bilion kepada Greece dengan jaminan ketat.Greece berjanji akan menaikkan cukai, memotong bajet dan mengetatkan dasar fizikalnya. Bantuan ini diikuti dengan € 85 bilion pakej menyelamat kewangan Ireland pada bulan November, dan € 78 bilion untuk menyelamatkan Portugal pada Mei 2011.

Ini adalah krisis Zon Euro yang pertama sejak ditubuhkan pada 1999. Jelas sekali Zon Euro jauh dari kawasan mata wang optimum. Dolar dalam bahaya berbanding euro.

Standard and Poor’s (S&P) telah menurunkan penilaian (rating) hutang kerajaan bagi Portugal dan Sepanyol .

Kesan krisis hutang

Amerika Syarikat

Pasaran saham dunia termasuk Asia merosot.Wall Street juga kehilangan momentum. Saham AS mulai kehilangan momentum. Kelembapan di Wall Street adalah tanda bahawa pelabur masih terus bimbang berhubung pertumbuhan perlahan global dan krisis hutang Eropah.Harga minyak jatuh di bawah AS$99 setong .

Penangkapan Ketua Dana Mata Wang Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn, di New York atas tuduhan merogol .Beliau dalam cubaan menyelesaikan krisis hutang di Portugal dan Greece.

Jepun

Indeks Nikkei di Jepun turut susut. Syarikat Tokyo Electric Power Co memerlukan bantuan untuk membayar hutangnya. Saham Mitsubishi UFJ Financial Group Inc jatuh .Mizuho Financial Group dan Sumitomo Mitsui Financial Group Inc turut susut.TEPCO berhadapan kerugian kewangan susulan bencana alam, gempa bumi dan tsunami, pada 11 Mac 2011 yang merosakkan loji nuklearnya. Syarikat utiliti itu berusaha mengawal kebocoran radioaktif di loji Fukushima Dai-ichi. TEPCO cuba mendapatkan pinjaman 2 trilion yen (AS$24.8 bilion). [2]

Prestasi pengeluaran kereta Jepun seperti Toyota mampu pulih.Pengeluaran kenderaan Honda, Nissan dan Denso pembekal utama Toyota pulih perlahan.[3]

Malaysia

Pada 6 Ogos 2011, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin ekonomi tidak terjejas dengan krisis hutang Eropah dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat. Ini kerana ekonomi Malaysia bergantung kepada perdagangan dengan China dan India khususnya kelapa sawit dan petroleum. Pemintaan domestik akan jadi penampan dan Malaysia tidak terdedah terus kepada ekonomi Eropah.Kelembapan ekonomi AS disebabkan kadar pengangguran yang cukup tinggi iaitu 17 peratus. Kuasa beli rakyat AS akan berkurang dan eksport Malaysia ke AS dan Eropah akan terjejas. Kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) akan terjejas.Permintaan domestik dan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan menjadi penampan bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan ekonomi global.

[4][5]

Malaysia mampu berhadapan dengan Krisis Kewangan Asia 1997/1998 . Malaysia menolak bantuan IMF sedangkan Thailand dan Singapura serta Indonesia menjemput IMF.

Rujukan