Kubah Besi

Kubah Besi (Ibrani: כִּפַּת בַּרְזֶל, kippat barzel) ialah sejenis sistem pertahanan udara mudah alih pelbagai cuaca[8] yang dibangunkan oleh Rafael Advanced Defense Systems dan Israel Aerospace Industries.[7] Sistem pertahanan ini direka agar dapat memintas serta memusnahkan roket julat dekat dan selongsong meriam yang ditembak dari jarak 4 kilometer (km) sehingga 70 km dan bedilan yang mampu mencapai kawasan Israel yang berpenghuni.[9] Israel merancang mahu meningkatkan lagi julat pintasan Kubah Besi daripada 70 km sehingga 250 km serta mempelbagaikan lagi keupayaannya agar mampu memintas roket dari dua arah yang berlainan secara serentak.[10]

Kubah Besi
JenisC-RAM dan sistem pertahanan udara jarak pendek[1]
Tempat asalIsrael
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan2011–kini
Digunakan olehAngkatan Pertahanan Israel
Perang
Sejarah pengeluaran
Pereka
Direka2005
Pengeluar
Kos unit$50 juta per bateri[2]
$100,000–150,000 per pemintas[3]
Dihasilkan2011–kini
Jumlah dibina10 bateri dilancarkan[4] (dirancang 15 bateri dilancarkan)[5][6]
Spesifikasi
Berat90 kg (200 lb)[7]
Panjang3 m (9.8 ka)[7]
Diameter160 mm (6.3 in)[7]
Detonation
mechanism
Fius kehampiran[8]

KelajuanMach 2.2
Platform
pelancaran
Tiga/Empat pelancar, setiap satu dengan 20 pemintas.

Keberkesanan

Sejak penggunaan Kubah Besi pada April 2011, sistem ini berjaya memintas roket Katyusha milik tentera Palestin.[11] Pada Ogos tahun itu, Kubah Besi memintas 20 peluru berpandu dan roket yang dilancarkan ke Israel. Walaupun begitu, ada satu kes ketika sistem ini memintas empat buah roket yang dilancarkan ke Beersheba tetapi gagal memintas roket kelima, menyebabkan seorang terbunuh sementera beberapa orang lagi tercedera.[12]

Dalam operasi Pillar of Defense pada 2012, keberkesanan Kubah Besi dinilai sebanyak 75 ke 95 peratus oleh pihak Israel.[13] Menurut pegawai rasmi, dalam kira-kira seribu misil dan roket yang dilancarkan Hamas sejak permulaan operasi hingga 17 November 2021, Kubah Besi mengenal pasti dua pertiga misil/roket yang dilancarkan sebagai bukan ancaman, dan memintas kira-kira 90% daripada sekitar 300 yang lain.[14] Dalam operasi ini, jumlah korban Israel hanya tiga orang yang terbunuh ketika Kubah Besi mengalami kerosakan.[15]

Apabila dibandingkan dengan sistem pertahanan antiudara lain, darjat keberkesanan Kubah Besi adalah amat tinggi.[13] Penasihat pertahanan Steven Zaloga berkata bahawa kadar pemintasan sebanyak 90% menunjukkan tahap "yang amat tinggi", melebihi kadar lazim yang dijangka.[16] Slate melaporkan bahawa tahap keberkesanan adalah "tak terjangka" apabila dibandingkan dengan sistem pertahanan terdahulu seperti sistem pertahanan Patriot.[17] Wartawan pertahanan Mark Thompson menulis bahawa "kekurangan korban Israel mencadangkan bahawa Kubah Besi adalah perisai misil paling berkesan serta teruji yang pernah disaksikan dunia."[18]

Rujukan

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno