Lava

Lava (Jawi: لاۏا) atau lahar (Jawi: لاهر) ialah cairan larutan magma pijar yang mengalir keluar dari perut bumi melalui kawah gunung berapi atau melalui celah rekahan bumi yang kemudian membeku menjadi batuan pelbagai bentuk. Semasa keluar dari lohong gunung berapi, lava merupakan cecair dengan suhu antara kira-kira 800 hingga 1,200 °C (1,470 hingga 2,190 °F).[1] Walaupun lava agak likat, dengan kelikatan kira-kira 100,000 kali lebih tinggi dari air, ia boleh mengalir agak jauh sebelum sejuk dan membeku, disebabkan sifat tiksotropi dan penipisan ricihnya.[2][3]

Satu pancutan lava setinggi 10 m yang terdapat di Hawaii, Amerika Syarikat.
Lava mampu menghancurkan seluruh penempatan dengan mudah. Dalam gambar ini, satu dari sekitar 100 buah rumah hancur oleh aliran lava di Kalapana, Hawaii pada 1990.

Sekiranya lava tersebut agak cair, lava akan meleleh jauh dari sumbernya membentuk aliran seperti sungai melalui lembah dan membeku menjadi batuan seperti lava ropi atau lava blok. Sekiranya lava agak pekat, lava tidak akan mengalir jauh dari sumbernya dan membentuk kubah lava serta pada bahagian pinggirnya membeku membentuk blok-blok lava tetapi suhunya masih tinggi. Apabila kedudukannya tidak stabil, asap panas terbentuk dari lava.

Jenis

ʻAʻā

Aliran ʻaʻā yang menyala melimpah atas aliran pāhoehoe di pantai Kilauea di Hawaii, Amerika Syarikat.

ʻAʻā (juga dieja aa, aʻa, ʻaʻa, dan a-aa) ialah salah satu jenis aliran lava asas. ʻAʻā ialah lava basalt dicirikan oleh permukaan kasar berkerikil terdiri daripada ketulan batu hangus. Lava ʻaʻā keluar pada suhu 1,050 hingga 1,150 °C (1,920 hingga 2,100 °F) atau lebih.[4][5] Permukaan aliran ʻaʻā longgar, pecab-pecah dan tajam menyebabkan kembara berjalan kaki sukar dan perlahan.[6] Perkataan jenis lava ini dari bahasa Hawaii bermaksud "bakar" atau "nyala";[7] istilah ini diperkenalkan dalam geologi oleh Clarence Dutton.[8][9]

Pāhoehoe

Aliran lava pāhoehoe di pulau Hawaii pada September 2007

Pāhoehoe (juga dieja pahoehoe, dari bahasa Hawaii [paːˈhoweˈhowe] bermaksud "lava licin"[10]) ialah lava basalt yang mempunyai permukaan licin, bergelombang, berlaun atau bertali-tali disebabkan pergerakan lava yang sangat cair di bawah kerak permukaan yang membeku. Istilah ini diperkenalkan dalam geologi oleh Clarence Dutton.[8][9]

Rujukan

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno