Liga Super Malaysia

(Dilencongkan dari Liga Super)

Liga Super Malaysia (Jawi: ليݢ سوڤر مليسيا) merupakan pertandingan bola sepak tahap tertinggi di Malaysia. Ia menggantikan Liga-M sebagai bahagian tertinggi suatu masa dahulu. Liga Super Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2004, yang merupakan kesinambungan kepada Liga-M sebelumnya yang bermula semenjak 1982. Sebenarnya pertandingan Liga Super Malaysia agak lewat bermula di Malaysia, walaupun bola sepak telah lama bertapak di Malaysia iaitu semenjak lahirnya kejohanan Piala Malaysia pada 1921. Terdapat 12 kelab akan berentap di dalam Liga Super Malaysia dan 2 kelab terbawah biasanya akan disingkirkan ke Liga Perdana Malaysia. Pada tahun 2015, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memutuskan untuk menswastakan Liga Super Malaysia dan mencipta MSL Sendirian Berhad (atau MSL Proprietary Limited) untuk melihat aspek pemasaran permainan ini.

Malaysia Super League
Liga Super Malaysia
ليݢ سوڤر مليسيا
马来西亚超级足球联赛
மலேசியன் சூப்பர் லீகா
Fail:Malaysia Super League logo.png
NegaraMalaysia Malaysia
Konfederasi AFC
Ditubuhkan2004; 20 tahun yang lalu (2004)
Divisyen1
Bilangan pasukan14 Kelab
Disingkirkan keLiga Premier Malaysia
ArasTahap 1
Piala domestik
Piala antarabangsa
Juara semasa Johor Darul Ta'zim (2023)
Kejuaraan terbanyak Johor Darul Ta'zim
(10 Trofi)
Tapak sesawangLaman Rasmi
2024–25

Bermula Liga Super Malaysia pada tahun 2004, Liga Super Malaysia pernah menggunakan 8 kelab yang mana setiap kelab akan bermain 3 pusingan (21 perlawanan). Dua pusingan yang pertama dimainkan berdasarkan format tuan rumah dan pelawat manakala pusingan ketiga akan dihoskan oleh stadium yang mempunyai bilangan penonton yang lebih besar berdasarkan dua pusingan terawal.

Bermula Liga Super Malaysia pada tahun 2009, Liga Super Malaysia mempunyai 14 kelab yang menyaksikan format tuan rumah dan pelawat sahaja digunakan 2 pusingan (26 perlawanan). Selain itu, setiap pasukan juga tidak dibenarkan memiliki pemain asing.

Bermula Liga Super Malaysia pada tahun 2012, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memutuskan untuk membuka kembali peluang untuk menggunakan 4 pemain import dengan 1 daripadanya adalah kuota pemain dari negara Asia.

Sejarah

Trofi 2004—2016

Liga Super Malaysia telah bermula sejak tahun 1982. Liga Super Malaysia pada masa itu digunakan sebagai peringkat kelayakan ke Piala Malaysia. Sejak itu, kejohanan Liga Super Malaysia menjadi salah satu pertandingan terpenting dalam kalendar bola sepak Malaysia. Pada awalnya hanya pasukan negeri, Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan pasukan jemputan seperti Singapura dan Brunei menyertai Liga Super Malaysia. Apabila pertandingan secara profesional diperkenalkan pada 1996, terdapat kelab mula menyertai Liga Super Malaysia.

Pada tahun 1989 hingga 1993, Liga Super Malaysia dikenali sebagai Liga Semi-Pro Malaysia . Pada tahun 1994 hingga 2003, nama Liga Semi-Pro ditukar kepada Liga M.

Nama Liga

Senarai nama Liga Malaysia diasaskan pada 1982, nama bagi Liga Malaysia sering diubah mengikut format pertandingan.

MusimNama
2004 - kiniLiga Super Malaysia
1998 - 2003Liga Perdana 1
1994 - 1997Liga Perdana
1989 - 1993Liga Semi-Pro Divisyen 1
1982 - 1988Liga Malaysia

Jumlah kelab Liga

Jumlah kelab Liga Malaysia juga sering berubah-ubah. Pada 2004, perubahan drastik dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan membenarkan hanya 8 kelab bertanding di Liga Super Malaysia. Manakala 16 kelab bersaing di Liga Premier Malaysia yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Selepas tiga musim Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali lagi mengubah jumlah kelab kepada 13 kelab. Pada musim 2008, FIFA mengkritik format Liga Malaysia yang digunakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima kritikan tersebut dan mereka menambah jumlah kelab kepada 14 kelab. Bermula tahun 2013, jumlah kelab kembali dikurangkan kepada 12 kelab di mana sistem perlawanan play off diperkenalkan. Jadual di bawah adalah jumlah penyertaan kelab ke Liga Malaysia utama di Malaysia sejak tahun 1982.

MusimJumlah Pasukan
2004 - 20068 Kelab
2003, 2007 - 200813 Kelab
2002, 2009 - 2012, 202314 Kelab
1998, 2000 - 2001, 2013 - 202212 Kelab
1995 - 199715 Kelab
1990 - 1993, 199910 Kelab
19899 Kelab
1985 - 198817 Kelab
1982 - 1984, 1994, 2024-2516 Kelab

Penajaan Liga

MusimPenajaPenjenamaan Liga
2023AstroAstro Liga Super Malaysia
2022UnifiUnifi Liga Super Malaysia
2021Pusat Pakaian Hari-Hari (PPHH)PPHH Liga Super Malaysia
2020CIMBCIMB Liga Super Malaysia
2019
-
Liga Super Malaysia
2018UnifiUnifi Liga Super Malaysia
2015 - 2017
-
Liga Super Malaysia
2012 - 2014AstroAstro Liga Super Malaysia
2011
-
Liga Super Malaysia
2005 - 2010TMTM Liga Super Malaysia
1989 - 2004DunhillDunhill Liga Super Malaysia

Pencapaian Terbaik

Pencapaian terhebat untuk Liga Super diberi kepada pasukan yang memenangi 2 trofi (double) dan 3 trofi (treble) pada musim yang sama. Ianya merangkumi Liga Super Malaysia, Piala FA Malaysia dan Piala Malaysia.

Juara 'quadruple' (empat trofi) semusim

TahunPasukanKejohanan
2022-23 Johor Darul Ta'zimLiga Super, Piala Sumbangsih, Piala FA & Piala Malaysia

https://www.search.com.vn/wiki/ms/Liga_Super_Malaysia#/editor/6

Kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menyapu bersih empat (4) piala iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia dalam satu musim buat kali kedua berturut-turut pernah dicatatkan dalam sejarah bola sepak tanah air.

Juara 'triple' (tiga trofi) semusim

TahunPasukanKejohanan
2019 Johor Darul Ta'zimLiga Super, Piala Sumbangsih & Piala Malaysia
2016 Johor Darul Ta'zimLiga Super, Piala Sumbangsih & Piala FA
2014 PahangPiala Sumbangsih, Piala FA & Piala Malaysia
2012 KelantanLiga Super, Piala FA & Piala Malaysia
2009 SelangorLiga Super, Piala Sumbangsih & Piala FA
2007-08 KedahLiga Super, Piala FA & Piala Malaysia
2006-07 KedahLiga Super, Piala FA & Piala Malaysia
1997 SelangorPiala Sumbangsih, Piala FA & Piala Malaysia

Juara 'double' (dua trofi) semusim

TahunPasukanKejohanan
2021 Johor Darul Ta'zimLiga Super, Piala Sumbangsih
2020 Johor Darul Ta'zimLiga Super, Piala Sumbangsih
2018 Johor Darul Ta'zimLiga Super, Piala Sumbangsih
2017 Johor Darul Ta'zimLiga Super & Piala Malaysia
KedahPiala Sumbangsih & Piala FA
2015 Johor Darul Ta'zimLiga Super, Piala Sumbangsih
2011 KelantanLiga Super, Piala Sumbangsih
2010 SelangorLiga Super, Piala Sumbangsih
2005 SelangorPiala FA & Piala Malaysia
2002 SelangorPiala Sumbangsih & Piala Malaysia
2001 TerengganuPiala Sumbangsih & Piala Malaysia
1996 SelangorPiala Sumbangsih & Piala Malaysia
1992 PahangPiala Sumbangsih & Piala Malaysia

Senarai Juara

Semenjak diasaskan pada 2004, lapan (8) pasukan telah menjuarai Liga Super Malaysia dengan Pahang menjadi juara yang pertama. Kedah menjadi pasukan pertama yang menjuarai liga untuk dua musim berturut-turut (2007-2008) diikuti oleh pasukan Selangor (2009-2010), Kelantan (2011-2012) dan terbaru pasukan Johor Darul Ta'zim (2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020, 2021, 2022, 2023) menjadi pasukan pertama yang menjuarai Liga ini 10 musim berturut-turut.

MusimJuaraNaib JuaraTempat Ketiga
2023 Johor Darul Ta'zim Selangor Sabah
2022 Johor Darul Ta'zim Terengganu Sabah
2021 Johor Darul Ta'zim Kedah Pulau Pinang
2020 Johor Darul Ta'zim Kedah Terengganu
2019 Johor Darul Ta'zim Pahang Selangor
2018 Johor Darul Ta'zim Perak PKNS
2017 Johor Darul Ta'zim Pahang Felda United
2016 Johor Darul Ta'zimFelda United Kedah
2015 Johor Darul Ta'zim Selangor Pahang
2014 Johor Darul Ta'zim Selangor Pahang
2013 LionsXII Selangor Johor Darul Ta'zim
2012 Kelantan LionsXII Selangor
2011 Kelantan Terengganu Selangor
2010 Selangor Kelantan Terengganu
2009 Selangor Perlis Kedah
2007-08 Kedah Negeri Sembilan Johor FC
2006-07 Kedah Perak DPMM FC
2005-06 Negeri Sembilan Telekom Melaka FC Perak
2005 Perlis Pahang Perak
2004 Pahang Public Bank FC Perlis

Pasukan Terbaik

Jadual di bawah adalah senarai bilangan kemenangan kejohanan oleh pemenang sejak tahun 2004.

#KelabGelaran
1 Johor Darul Ta'zim10
2 Selangor2
Kelantan2
Kedah Darul Aman2
5 LionsXII1
Negeri Sembilan1
Perlis1
Sri Pahang1

Anugerah

Penjaring Terbanyak

MusimPemainPasukanGol
2023 Ayron del Valle Selangor23
2022 Bergson da Silva Johor Darul Ta'zim29
2021 Ifedayo Olusegun Selangor26
2020 Ifedayo Olusegun Selangor12
2019 Kpah Sherman PKNS FC14
2018 Rufino Segovia Selangor19
2017 Mohammed Ghaddar Johor Darul Ta'zim
Kelantan
23
2016 Jorge Pereyra Díaz Johor Darul Ta'zim18
2015 Dramane Traore PDRM20
2014 Paulo Rangel Selangor16
2013 Marlon Alex James ATM16
2012 Jean-Emmanuel Effa Owona
Francis Forkey Doe
Negeri Sembilan
Terengganu
15
2011 Abdul Hadi Yahya Terengganu20
2010 Mohd Ashaari Shamsuddin Terengganu18
2009 Mohd Nizaruddin Yusof Perlis18
2007-08 Marlon Alex James Kedah23
2006-07 Keita Mandjou
Mohd Shahrazen Said
Perak
DPMM Brunei
21
2005-06 Keita Mandjou Perak17
2005 Julio Cesar Rodriguez
Zacharia Simukonda
Sabah
Perlis
18
2004 Indra Putra Mahayuddin Pahang15
2003 Phillimon Chepita Perlis23
2002 Muhamad Khalid Jamlus Perak17
2001 Norizam Ali Hassan Perak13
2000 Azizul Kamaluddin Pahang12
1999 Azman Adnan Pulau Pinang13
1998 Viatcheslav Melnikov Pahang17
1997 Laszlo Repasi Perak19
1996 Scott Ollerenshaw Sabah18
1995 Scott Ollerenshaw Sabah22
1994 Mohd Hashim Mustapha Kelantan25
1993 Mohd Hashim Mustapha Kelantan13
1992 Zainal Abidin Hassan Pahang12
1991 Abbas Saad Johor11
1990 Alistair Edwards Singapura13
1989 Zainal Abidin Hassan Selangor12

Lihat juga

Pautan luar