Meridian perdana (Greenwich)

0°00′05.31″W / 51.4778111°N 0.0014750°W / 51.4778111; -0.0014750

Meridian perdana, berpusat di Balai Cerap Diraja, Greenwich, di London,[1] telah ditubuhkan oleh Sir George Airy pada tahun 1851. Menjelang 1884, lebih dua pertiga daripada semua kapal dan tanan menggunakannya sebagai rujukan meridian pada carta dan peta mereka. Pada bulan Oktober tahun itu, atas perintah Presiden A.S. Chester A. Arthur, 41 orang perwakilan dari 25 buah negara bertemu di Washington, D.C., Amerika Syarikat, untuk Persidangan Meridian Antarabangsa. Persidangan ini memilih meridian yang melalui Greenwich sebagai meridian perdana rasmi kerana popularitinya.[note 1][2] Walau bagaimanapun, Perancis berkecuali dari mengundi, dan peta Perancis terus menggunakan meridian Paris untuk beberapa dekad. Pada abad ke-18, ahli perkamusan London Malachy Postlethwayt menerbitkan peta Afrika menunjukkan "Meridian London" merentasi Khatulistiwa beberapa darjah barat meridian Paris dan Accra, Ghana.[3]

Pelancong mengambil gambar dengan monumen Meridian Perdana
Laser disuluh dari Balai Cerap Diraja di Greenwich menandakan meridian perdana.

Meridian hari ini

Sehingga 2017 meridian Greenwich melalui:

Lihat juga

Catatan

Rujukan

Pautan luar

International Conference Held at Washington for the Purpose of Fixing a Prime Meridian, sebuah buku elektronik bebas di Projek Gutenberg