Mohd Faiz Subri

pemain bola sepak Malaysia

Mohd Faiz Subri, ASK, (lahir pada 8 November 1987) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Penang F.C. sebagai pemain tengah atau penyerang. Mohd Faiz merupakan pemain bola sepak pertama dari Benua Asia yang memenangi Anugerah Puskás FIFA 2016 yang mana diumumkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam majlis anugerah yang berlangsung di Zurich, Switzerland.

Faiz Subri
Faiz pada 2018
Maklumat peribadi
Nama penuhMohd Faiz bin Subri[1]
Tarikh lahir (1987-11-08) 8 November 1987 (umur 36)
Tempat lahirKedah, Malaysia
Ketinggian1.69 m (5 ka ​6 12 in)[1]
Posisi permainanSayap, Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Penang
Nombor13
Kerjaya remaja
2006–2009Kedah
Kerjaya Senior*
TahunPasukanKmcln(Gol)
2009Tambun Tulang14(6)
2010–2011Perlis34(5)
2012T-Team26(9)
2013Kelantan15(2)
2014Terengganu9(1)
2015–2019Pulau Pinang73(16)
2020Northern Lions0(0)
2021Kuala Kangsar FC0(0)
2022–Penang0(0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 28 Disember 2021
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 7 June 2016

Kehidupan awal

Faiz dilahirkan dan dibesarkan di Ayer Hitam, Kedah.[2] Beliau adalah yang ketiga daripada lima adik beradik. Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah di Kedah, di Sekolah Kebangsaan Tengku Laksamana dan Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Arau di Perlis.[3]

Kerjaya kelab

Kedah, Tambun Tulang, Perlis, T-Team

Faiz bermain bersama skuad muda Kedah FA dari 2006 hingga 2009. Dia beralih ke KSK Tambun Tulang, sebuah kelab di Perlis pada 2009 yang bermain di Liga FAM, dan juga skuad Piala Emas Raja-Raja Perlis.[4] Kemudian Faiz bersama skuad Perlis FA pada awal 2010.

Musim 2012, Faiz menandatangani kontrak satu tahun dengan pasukan T-Team FC.[5]

Kelantan, Terengganu

Pada 2013, Faiz menandatangani kontrak setahun dengan Kelantan FA bersama-sama bekas rakan sepasukannya Zairo Anuar, di mana dia menjaringkan satu gol menentang kelab bola sepak Vietnam, SHB Đà Nẵng dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala AFC 2013. Faiz berjaya membuat 28 penampilan dan 5 gol untuk Kelantan sebelum pemergiannya pada penghujung musim 2013.

Pada 2014, Faiz menandatangani kontrak selama setahun dengan Terengganu FA. Beliau berjaya membuat 14 penampilan dan 1 gol sepanjang musim bersama Terengganu FA.

Pulau Pinang

Selepas memendekkan tempohnya bersama Terengganu FA, Faiz menandatangani kontrak dengan Pulau Pinang FA bersama-sama rakan Terengganu FAnya Mazlizam Mohamad.[6] Beliau membantu Pulau Pinang FA mendapat tempat kedua dalam saingan Liga Premier Malaysia 2015 dan seterusnya pasukan itu dinaikkan pangkat ke Liga Super Malaysia 2016.

Pada 16 Februari 2016, Faiz menjaringkan gol sepakan percuma yang luar biasa dalam kemenangan 4–1 ke atas Pahang FA di Stadium Bandaraya di George Town. Video sepakan percumanya tidak lama kemudian menjadi tular di media sosial, dan dia telah dicalonkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk Anugerah Puskás FIFA lewat tahun itu.

Pada 2017, Faiz telah dianugerahkan Anugerah Puskás FIFA untuk gol sepakan percuma itu, menjadi orang Asia pertama yang memenangi anugerah antarabangsa untuk gol terbaik tahun ini.

Kuala Kangsar

Pada Mac 2021, Faiz menyertai Kuala Kangsar FC.[7]

Kerjaya antarabangsa

Pada tahun 2012 dan 2013, Faiz buat pertama kalinya dipanggil mewakili skuad kebangsaan Malaysia ketika dibawah kendalian Datuk K. Rajagopal. Walaupun dipanggil, beliau tidak pernah membuat penampilan dan seringkali memanaskan bangku simpanan. Pada Ogos 2015, beliau kembali dipanggil mewakili skuad kebangsaan dibawah kendalian Dollah Salleh. Beliau dipanggil berikutan aksinya yang mantap bersama Pulau Pinang FA.[8]

Gol sepakan percuma

Pada 16 Februari 2016, semasa perlawanan Liga Super Malaysia 2016 antara Pulau Pinang dan Pahang di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang, Faiz menjaringkan gol sepakan percuma yang luar biasa yang kemudian menjadi tular di media sosial kerana 'penerbangan menentang fizik'.[9][10] Sepakan percuma yang diambilnya digambarkan sebagai 'berpusing begitu hebat sehingga penjaga gawang... tidak berpeluang'.[11]

Gol sepakan percuma yang dijaringkannya telah dicalonkan untuk Anugerah Puskás FIFA pada tahun itu oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.[12] Pencalonan itu diterima oleh FIFA, dan Faiz kemudian berjaya sampai ke senarai pendek 3 teratas FIFA untuk Anugerah Puskás, mengalahkan bintang profesional lain seperti Lionel Messi dan Neymar.

Pada 9 Januari 2017, Faiz dianugerahkan Anugerah Puskás FIFA semasa The Best FIFA Football Awards di Zurich, Switzerland. Beliau memperoleh hampir 60% undi dalam talian, sementara Marlone dari Brazil dan Daniuska Rodriguez dari Venezuela masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.[13] Faiz Subri menjadi pemain terbaru yang mendapat anugerah ini selepas Cristiano Ronaldo (2009), Hamit Altintop (2010), Neymar (2011), Miroslav Stoch (2012), Zlatan Ibrahimović (2013), James Rodríguez (2014) dan Wendell Lira (2015).

Statistik kerjaya

Kelab

Sehingga 28 Oktober 2017[14][15]
KelabMusimLigaPiala FAPiala MalaysiaBenuaJumlah
KmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGolKmnclnGol
Tambun Tulang2009146146
Perlis20101321083225
Perlis201121310223
T–Team201226941613611
Kelantan2013152326041285
Terengganu2014910050141
Penang2015219212310
Penang201616210172
Penang201720220222
Jumlah kerjaya155361442544119845

Penghormatan

Kelantan

Penang

Individu

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar