Pedro Almodóvar

Pedro Almodóvar Caballero (ˈpeðɾo almoˈðoβar kaβaˈʎeɾo; lahir 25 September 1949) adalah seorang pengarah, penulis skrip dan penerbit filem dari Sepanyol.

Pedro Almodóvar
Pedro Almodóvar (2008)
Kelahiran
Pedro Almodóvar Caballero

(1951-09-25) 25 September 1951 (umur 72)
PekerjaanPengarah filem
Tahun aktif1974 - kini
Laman web rasmihttp://www.pedroalmodovar.com

Beliau pembikin filem Sepanyol paling berjaya dan terkenal di dunia bagi generasinya. Filem-filem beliau sering dikaitkan dengan naratif yang kompleks, melodrama, banyak menggunakan unsur budaya pop, lagu popular, jenaka keras, warna-warna ketara dan hiasan licau. Filem-filemnya yang sering bertemakan keinginan, keghairahan, kekeluargaan dan identiti ini menjadi ikutan antarabangsa dan seterusnya menobatkan Pedro sebagai simbol penting pentas perfileman dunia.

Beliau juga merupakan peneraju syarikat penerbitan filem El Deseo S.A. bersama adik lelakinya Agustín Almodóvar yang juga telah menerbitkan hampir kesemua filem Pedro.

Biografi

Awal hidup

Pedro Almodóvar Caballero lahir pada 25 September, 1949 di Calzada de Calatrava, Sepanyol, di pekan kecil Ciudad Real, daerah Castile-La Mancha.

Kerjaya perfileman

Filemografi

  • Qué hace una chica como tú en un sitio como este? (1978)
  • Pepi, Luci, Bom y otras chicas del montón (1980)
  • Laberinto de pasiones (1982)
  • Entre tinieblas (1983)
  • ¿Qué he hecho yo para merecer esto? (1984)
  • Matador (1986)
  • La ley del deseo (1987)
  • Mujeres al borde de un ataque de nervios (1988)
  • ¡Átame! (1990)
  • Tacones lejanos (1991)
  • Kika (1993)
  • La flor de mi secreto (1995)
  • Carne trémula (1997)
  • Todo sobre mi madre (1999)
  • Hable con ella (2002)
  • La mala educación (2004)
  • Volver (2006)
  • Los abrazos rotos (2009)
  • La piel que habito (2011)
  • Los amantes pasajeros (2013)
  • Julieta (2016)
  • Dolor y gloria (2019)

Anugerah diraih

Anugerah César

TahunTajukKategoriKeputusan
1991Tacones Lejanos Filem Asing TerbaikMenang

Anugerah Goya

TahunTajukKategoriKeputusan
2002Hable con ellaSkor Muzik Asal Terbaik (Alberto Iglesias)Menang
2006VolverFilem Terbaik

Pengarah Terbaik
Pelakon Utama Wanita Terbaik
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Skor Muzik Asal Terbaik

Menang

Festival Filem Cannes

TahunTajukKategoriKeputusan
1999Todo Sobre Mi MadrePengarah Terbaik

Anugerah Penonton

Menang
2006VolverLakon Layar Terbaik

Pelakon Wanita Terbaik (untuk kesemua barisan pelakon wanita)

Menang

Anugerah Akademi

TahunTajukKategoriKeputusan
1988Mujeres al Borde de un Ataque de NerviosFilem Bahasa Asing TerbaikDicalonkan
1999Todo Sobre Mi MadreFilem Bahasa Asing TerbaikMenang

Anugerah BAFTA

TahunTajukKategoriKeputusan
1999Todo Sobre Mi MadreBest Film Not in the English Language
Best Original Screenplay
Menang
2002Hable con ellaBest Film Not in the English Language
Best Original Screenplay
Menang

Festival Filem Antarabangsa Berlin

TahunTajukKategoriKeputusan
1987La Ley del DeseoAnugerah TeddyMenang

Rujukan

Pautan luar