Pride and Prejudice

Pride and Prejudice ("Lagak Wasangka") ialah sebuah novel romantik komedi berbahasa Inggeris terbit 1813 karya Jane Austen.

Pride and Prejudice
Umum
PengarangJane Austen (asalnya diterbitkan di bawah catatan "seorang wanita.")
NegaraUnited Kingdom
BahasaBahasa Inggeris
GenreNovel
Penerbitan
PenerbitT. Egerton, Whitehall
Tarikh penerbitan
28 Januari 1813
Jenis media
Cetakan (Kulit buku keras & Kulit buku lembut)
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN NA Invalid ISBN
Kronologi
'Sense and Sensibility''Mansfield Park'

Austen memulakan penulisan manuskrip asal antara tahun-tahun 1796 dan 1797 dengan judul awalnya First Impressions ("Tanggapan Pertama"). Ia diterbitkan dalam tajuk baharu selepas pengemaskinian pada 28 Januari 1813.

Watak-watak utama

  • Elizabeth Bennet - protagonist dalam buku novel ini.
  • Fitzwilliam Darcy - cinta kedua Elizabeth.
  • Mr. Bennet - bapa Elizabeth dan ketua keluarga Bennet.
  • Mrs. Bennet - ibu Elizabeth dan isteri En. Bennet yang berperwatakan sangat teruja dan tamak.
  • Jane Bennet - kakak sulung Elizabeth Bennet, dia dikatakan sebagai yang paling cantik dalam kalangan adik-beradik ini.
  • Lydia Bennet - adik bongsu Elizabeth Bennet yang suka memberontak.
  • Charles Bingley - sahabat dekat Darcy yang kaya budi dan harta. Dia tertarik dengan Jane Bennet
  • William Collins - sepupu Mr Bennet. Dia seorang agamawan.
  • George Wickham - seorang askar yang merupakan pesaing Fitzwilliam Darcy. Mendiang ayahnya bekerja menguruskan estet Darcy.
  • Mary Bennet - kakak tengah Elizabeth.
  • Catherine "Kitty" Bennet - adik Elizabeth tapi kakak Lydia. Sangat rapat dengan Lydia.
  • Charlotte Lucas - jiran dan sahabat baik Elizabeth.
  • Georgiana Darcy - adik perempuan Fitzwilliam Darcy.

Adaptasi

Filem
Siri televisyen
  • Siri TV tahun 1980 dibintangi Elizabeth Garvie dan David Rintoul.
  • Siri TV tahun 1995 produksi BBC dibintangi oleh Jennifer Ehle dan Colin Firth
Pementasan teater
  • First Impressions - teater muzikal Broadway.

Senarai terjemahan

Versi bahasa Malaysia
  • Angkuh dan Prasangka. Diterjemahkan oleh Irni Fazrita Farid. Kuala Lumpur: Biblio Press. 2021.[1]

Rujukan

Pautan luar

Templat:Jane Austen novels