Reza Shah
Rezā Shāh, atau Rezā Shāh Pahlavi (Parsi: رضا شاه پهلوی , re'zɑː 'ʃɑːh.e pæhlæ'viː), (16 Mac, 1878 – 26 Julai, 1944), adalah seorang Shah dari Negara Imperial Iran[1] bermula pada 15 Disember, 1925 sehingga beliau dipaksa melepaskan takhta oleh Inggeris-Soviet pada 16 September, 1941.
Rezā Shāh Pahlavi | |
---|---|
Pemerintahan | 15 Disember, 1925 - 16 September, 1941 |
Dimakamkan | Makam Reza Shah di Ray, Tehran, Iran |
Pendahulu | Ahmad Shah Qajar |
Pengganti | Mohammad Reza Pahlavi |
Pasangan | Tadj ol-Molouk |
Anakanda | Shams, Mohammad Reza, Ashraf, Ali Reza, Gholam Reza Pahlavi, Ahmad Reza, Mahmud Reza, Maryam, Hamid Reza Pahlavi |
Kerabat diraja | Dinasti Pahlavi |
Ayahanda | Abbas Ali |
Bonda | Noush-Afarin |
Pada tahun 1925, Reza Shah menjatuhkan Ahmad Shah Qajar, Shah terakhir dari Dinasti Qajar dan menubuhkan Dinasti Pahlavi. Beliau telah mewujudkan kerajaan autoritarian yang mengagungkan nationalisme, ketenteraan, sekularisme dan anti-komunisme serta digabungkan dengan penapisan dan propaganda negara yang ketat.[2] Dikenali sebagai seorang yang agak bijak meskipun kekurangan pendidikan formal, [3] Reza Shah telah memperkenalkan banyak reformasi sosio-ekonomi, menyusun semula tentera, pentadbiran kerajaan dan kewangan.[1] Bagi para penyokong beliau, zaman pemerintahan beliau membawa "undang-undang dan perintah, disiplin, kekuasaan pusat dan kemudahan-kemudahan moden - sekolah, keretapi, bas, radio, panggung wayang dan telefon".[4] Walau bagaimanapun, cubaan pemodenan yang beliau lakukan telah dikritik kerana "terlalu cepat"[5] dan "bersifat luaran",[6]dan zaman pemerintahan beliau adalah satu masa "penindasan, rasuah, pecukaian, kekurangan ketulenan" bersama-sama "keselamatan jenis negara polis." [4]. Namun begitu, bagi kebanyakan nasionalis Iran beliau dianggap "Bapa Pemodenan Iran".
Rujukan
Pautan luar
- IRANNOTES.com | High Quality IRANIAN Banknotes and Coins
- Economy in the Pahlavi period, Encyclopedia Iranica
- A Genealogy of the Pahlavi Dynasty he founded
Reza Shah Tarikh keputeraan: 15 Mac 1878 Tarikh kemangkatan: 26 Julai 1944 | ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Ahmad Shah Qajar | Shah Iran 1925–1941 | Diikuti oleh: Mohammad Reza Pahlavi |
Templat:IranPMs