Ribosom

Ribosom merupakan mesin molekul rumit didapati dalam semua sel hidupan yang berfungsi sebagai tapak sintesis protein biologi (translasi). Ia menghubungkan bersama komponen-komponen asid amino mengikut urutan yang diperincikan oleh molekul RNA pengutus (mRNA). Ia terdiri daripada dua komponen utama: subunit ribosom kecil yang membaca RNA dan subunit besar yang menghubungkan asid amino membentuk rantaian polipeptida. Setiap subunit terdiri daripada lebih banyak molekul RNA ribosom (rRNA) dan pelbagai jenis protein ribosom (r-protein atau rProtein[1][2][3]).

Struktur

Ribosom merupakan organel yang amat kecil - ribosom prokariot mempunyai diameter berukuran 20 nm (200 Å) dan terdiri daripada 65% rRNA dan 35% protein ribosom.[4] Ribosom eukariot pula berdiameter antara 25 and 30 nm (250–300 Å) dengan nisbah rRNA ke protein yang hampir kepada 1.[5]

Fungsi

  • Sebagai tapak sintesis protein.
  • Protein yang dihasilkan oleh ribosom pada jalinan endoplasma kasar dirembeskan dalam bentuk enzim atau hormon.
  • Protein yang dihasilkan oleh ribosom bebas digunakan oleh sel itu untuk tumbesaran dan memangkinkan tindak balas yang dijalankan di dalam sel itu.

Lihat juga

Bahagian lain di dalam sel:

Rujukan

Pautan luar

Organel sel
Akrosom | Dinding sel | Membran sel | Kloroplas | Silium/Flagelum | Sentrosom | Sitoplasma | Retikulum endoplasma | Jasad / perkakas Golgi | Lisosom | Melanosom
Mitokondrion | Miofibril | Nukleus | Parentesom | Peroksisom | Plastid | Ribosom | Vakuol | Vesikel