Senozoik

Senozoik merupakan nama untuk era geologi Bumi yang terkini, mewakili 66 juta tahun terkini dari sejarah geologi Bumi. Ia bercirikan dominasi haiwan mamalia, burung dan tumbuhan berbunga (angiosperma). Era ini merupakan era terbaharu daripada tiga era geologi pada eon Fanerozoik, didahului oleh era Mesozoik dan era Paleozoik. Era Senozoik bermula dengan peristiwa kepupusan Kapur-Paleogen dengan begitu banyak spesies termasuk dinosaur bukan unggas menjadi pupus, dan peristiwa ini dikaitkan oleh pakar geologi dengan hentaman asteroid besar yang dikenali sebagai hentaman Chicxulub.

Senozoik
66.0 – 0 Ma
Mendapan batu dari era Senozoik (Torre Sant'Andrea, Salento, Itali)
Kronologi
Peristiwa pada era Senozoik
lihat • bincang • sunting
-70 —
-60 —
-50 —
-40 —
-30 —
-20 —
-10 —
0 —
Garis masa anggaran bagi peristiwa-peristiwa Senozoik.
Skala paksi: juta tahun sebelum masa kini.
Etimologi
Keformalan namaFormal
Nama panggilanZaman Mamalia
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiEra
Unit stratigrafiEratem
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahLapisan kaya dengan iridium yang berkaitan dengan impak meteorit besar dan perisitwa kepupusan K-Pg extinction event selanjutnya.
Sempadan bawah GSSPKeratan El Kef, El Kef, Tunisia
36°09′13″N 8°38′55″E / 36.1537°N 8.6486°E / 36.1537; 8.6486
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP1991
Takrif sempadan atasN/A
Sempadan atas GSSPN/A
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSPN/A

Era Senozoik juga dikenali sebagai Zaman Mamalia kerana haiwan daratan yang mendominasi kedua-dua hemisfera merupakan haiwan mamalia, yang terdiri daripada euteria (haiwan mamalia berplasenta) di hemisfera utara dan metateria (haiwan mamalia berkantung, kini hanya terhad pada benua Australia dan sebahagian daripada benua Amerika Selatan) di hemisfera selatan. Kepupusan pelbagai kumpulan haiwan membenarkan mamalia dan burung mengalami percambahan spesies sehingga mendominasi kehidupan di Bumi. Benua-benua juga bergerak sehingga ke kedudukan pada masa kini pada era ini.

Iklim pada awal era Senozoik adalah lebih panas berbanding hari ini, terutamanya sewaktu Maksimum Suhu Paleosen-Eosen. Namun, peralihan dari Eosen ke Oligosen dan pengglasieran Kuarterner mengering dan menyejukkan Bumi.

Rangka dari zaman Oligosen, Senozoik.

Penamaan

Senozoik diterbit dari dua perkataan Yunani kainós (καινός 'baharu') dan zōḗ (ζωή 'kehidupan').[1] Nama tersebut dicadangkan pada tahun 1840 oleh ahli geologi British John Phillips (1800–1874), yang pada asalnya mengeja perkataan tersebut sebagai Kainozoic.[2][3][4] The era is also known as the Cænozoic, Caenozoic, or Cainozoic (/ˌk.nəˈz.ɪk, ˌk-/).[5][6]

Dari segi makna nama ini, era Senozoik (lit. kehidupan baharu) berpadanan dengan era Mesozoik (bermakna 'kehidupan pertengahan') dan era Paleozoik (bermakna 'kehidupan kuno'), serta eon Proterozoik (bermakna 'kehidupan terdahulu').

Pembahagian

Senozoik terbahagi kepada tiga tempoh, yakni Paleogen, Neogen dan Kuarterner; serta tujuh epok: Paleosen, Eosen, Oligosen, Miosen, Pliosen, Pleistosen, dan Holosen. Tempoh Kuarterner telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Stratigrafi Antarabangsa pada Jun 2009.[7] Pada tahun 2004, tempoh Tertier telah digantikan dengan Tempoh Paleogen dan Tempoh Neogen. Penggunaan umum epok pada era Senozoik membantu ahli paleontologi mengurus dan mengumpul peristiwa besar yang berlaku pada jangka masa singkat dengan lebih baik. Pengetahuan berkaitan era ini adalah lebih terperinci berbanding mana-mana era terdahulu disebabkan era ini secara relatifnya lebih muda dengan batuan yang lebih terpelihara.

Lihat pula

Bacaan lanjut

  • British Caenozoic Fossils, 1975, The Natural History Museum, London.
  • Geologic Time, by Henry Roberts.


Skala waktu geologi: eon dan era
(dalam juta tahun)

PaleoproterozoikMesoproterozoik

HadeanArkeanProterozoikFanerozoikPrakambriaera %28geologi%29aeon

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno