Nombor E

Nombor E merupakan kod-kod untuk bahan yang boleh digunakan sebagai bahan tambahan makanan untuk kegunaan dalam Kesatuan Eropah[1] dan Switzerland. Huruf "E" mewakili perkataan "Europe", yakni bermaksud Eropah.[2] Nombor-nombor ini selalu dijumpai pada label makanan yang dihasilkan di bawah Kesatuan Eropah.[3] Penilaian keselamatan dan kelulusan adalah di bawah tanggungjawab Lembaga Keselamatan Makanan Eropah.[4]

Larutan E101 riboflavin (juga dikenali sebagai vitamin B2)
Hablur E621 Mononatrium glutamat, sejenis penambah perisa

Kewujudan satu senarai tunggal yang disatukan bagi bahan tambahan makanan mula dipersetujui pada tahun 1962 dengan cetakan berwarna. Pada tahun 1964, panduan untuk bahan pengawet ditambahkan, diikuti tahun 1970 untuk pengantioksida dan tahun 1974 untuk pengemulsi, penstabil, bahan pemekat dan agen pengegelan.[5]

Skema penomboran

Skema penomboran ditentu berdasarkan Sistem Penomboran Antarabangsa (INS) dan dimuktamadkan oleh jawatankuasa Codex Alimentarius,[6] walaupun hanya satu subset daripada bahan tambahan INS diluluskan untuk kegunaan di Kesatuan Eropah sebagai bahan tambahan makanan. Nombor E juga digunakan pada pelabelan makanan dalam bidang kuasa yang lain, termasuk Cooperation Council for the Arab States of the Gulf, Australia, sebahagian dari Canada (seperti Quebec), Africa Selatan, bandar New York, New Zealand[7] dan Israel. Penggunaan nombor ini semakin meningkat, walaupun masih jarang, pada pembungkusan makanan di Amerika Utara,[8] terutama di Kanada (di bahagian luar yang luas Quebec dan Maritimes) pada pembungkusan produk yang diimport dari Eropah.

Penyalahtafsiran

Di sebahagian negara Eropah, "nombor E" kekadang digunakan secara tidak rasmi sebagai istilah pejoratif untuk bahan tambahan makanan, dan produk-produk mungkin dipromosikan sebagai "bebas dari nombor E". Hal ini tidak benar, kerana banyak komponen makanan asli mengandungi nombor E (dan nombor semata-mata adalah sinonim bagi komponen kimia), seperti vitamin C (E300) dan likopena (E160d).

Klasifikasi mengikut julat nombor

Julat nombor ESubjulatButiran
100–199 (senarai penuh)
Pewarna
100–109kuning
110–119jingga
120–129merah
130–139biru & ungu lembayung
140–149hijau
150–159perang & hitam
160–199emas dan lain-lain
200–299 (senarai penuh)
Bahan pengawet
200–209sorbat
210–219benzoat
220–229sulfit
230–239fenol & format (metanoat)
240–259nitrat
260–269asetat (etanoat)
270–279laktat
280–289propionat (propanoat)
290–299lain-lain
300–399 (full list)
Pengantioksida & Pengawal keasidan
300–305askorbat (vitamin C)
306–309tokoferol (vitamin E)
310–319galat & eritorbat
320–329laktat
330–339sitrat & tartrat
340–349fosfat
350–359malat & adipat
360–369suksinat & fumarat
370–399lain-lain
400–499 (senarai penuh)
Bahan pemekat, penstabil & pengelmulsi
400–409alginat
410–419gam semulajadi
420–429agen semula jadi yang lain
430–439sebatian polioksietena
440–449pengemulsi semulajadi
450–459fosfat
460–469sebatian selulosa
470–489asid lemak & sebatiannya
490–499lain-lain
500–599 (full list)
Pengawal keasidan pH & agen antikerakan
500–509asid mineral & bes
510–519klorida & sulfat
520–529sulfat & hidroksida
530–549sebatian logam alkali
550–559silikat
570–579stearat & glukonat
580–599lain-lain
600–699 (senarai penuh)
Penambah perisa
620–629glutamat & guanilat
630–639inosinat
640–649lain-lain
700–799 (senarai penuh)
Antibiotik
700–713
900–999 (senarai penuh)
Bahan beraneka
900–909lilin
910–919pengacaan sintetik
920–929agen penambahbaikan
930–949gas pembungkusan
950–969pemanis
990–999agen pembusa
1100–1599 (full list)
Bahan kimia tambahan
1100–1599Bahan kimia baru yang tidak jatuh ke dalam skema klasifikasi piawai

Tambahan: Tidak semua contoh-contoh kelas jatuh ke dalam julat angka yang diberikan. Selain itu, banyak bahan kimia, terutamanya dalam julat E400-499, mempunyai pelbagai kegunaan.

Rujukan

Pautan luar