Sinéad O'Connor

Sinéad Marie Bernadette O'Connor [ʃɪˈneɪd oʊˈkɒnər;[2] syi-néid ou ko-nĕr] atau nama Islamnya Shuhada' Sadaqat Davitt[3][4][5][nota 1] (8 Disember 1966 - 26 Julai 2023)[4] ialah seorang pemuzik dan penyanyi dari Republik Ireland. Beliau mula dikenali pada tahun 1980-an dan awal 1990-an; lagi-lagi dengan penampilan penuh kontroversi lantang bersuara isu semasa yang dilihat tidak begitu selesa kepada orang ramai pada ketika itu seperti penyentuhan isu hak asasi wanita, perang dan penderaan kanak-kanak.

Sinéad O'Connor
O'Connor di Festival Interceltique
de Lorient
tahun 2013
sebelum beliau memeluk agama Islam
Latar belakang
Nama lahirSinéad Marie Bernadette O'Connor
Juga dikenali sebagai
Magda Davitt, Shuhada' Sadaqat[1]
Kelahiran (1966-12-08) 8 Disember 1966 (umur 57)
Glenageary, Kaunti Dublin, Ireland
Meninggal dunia26 Julai 2023(2023-07-26) (umur 56)
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • pemuzik
Instrumen
  • Vocals
  • guitar
  • bass
  • keyboards
  • percussion
  • low whistle
Tahun aktif1986–kini
Syarikat rakaman
  • Ensign
  • Vanguard
  • Chocolate and Vanilla
  • One Little Indian Records
  • Nettwerk
Pengkarya berkait
Ton Ton Macoute
Laman sesawang
SineadOConnor.com

Meskipun beliau dibesarkan beranutan agama Kristian mazhab Katolik Rom, beliau sering menyatakan kesangsian tinggi kepada keadaan dalam gereja dianggotainya, malah beliau pernah meminta pengucilan diri sendiri kepada pihak Paus Franciscus dalam surat terbuka kepada Paus tersebut pada Ogos 2018.[7] Beliau memeluk agama Islam pada Oktober 2018 atas keputusan dan budi bicara dan pertimbangan sendiri.[8][7]

Diskografi

Album studio

  • 1987: The Lion and the Cobra
  • 1990: I Do Not Want What I Haven't Got
  • 1992: Am I Not Your Girl?
  • 1994: Universal Mother
  • 2000: Faith and Courage
  • 2002: Sean-Nós Nua
  • 2005: Throw Down Your Arms
  • 2007: Theology
  • 2012: How About I Be Me (and You Be You)?
  • 2014: I'm Not Bossy, I'm the Boss

Rujukan

Nota kaki
Petikan

Bacaan lanjut

  • Guterman, Jimmy. Sinéad: Her Life and Music. Warner Books, 1991. ISBN 0-446-39254-5.
  • Hayes, Dermott. Sinéad O'Connor: So Different. Omnibus Press, 1991. ISBN 0-7119-2482-1.

External links