Squid Game

Squid Game (Hangul오징어게임; RROjingeo Geim; lit. "Permainan Sotong") adalah siri televisyen drama survival Korea Selatan yang ditulis dan diarahkan oleh Hwang Dong-hyuk untuk servis penstriman Netflix. Siri sembilan episod tersebut, yang dibintangi oleh Lee Jung-jae, Park Hae-soo dan Wi Ha-joon, menceritakan kisah sekumpulan orang yang mempertaruhkan nyawa mereka dalam permainan kelangsungan hidup misteri dengan hadiah 45.6 bilion.[2][3] Ia dilancarkan dalam pelantar Netflix ke seluruh dunia pada 17 September 2021.[4][5]

Squid Game
Logo Squid Game
Genre
PenciptaNetflix
Ditulis olehHwang Dong-hyuk
PengarahHwang Dong-hyuk
Dibintangi oleh
PenggubahJung Jae-il
Negara asalKorea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod9 (Senarai episod)
Penerbitan
Pemasangan kamera
Kamera pelbagai
Tempoh siaran32–63 minit
Syarikat penerbitan
Siren Pictures Inc.[1]
Syarikat pengedaran
Netflix
Penyiaran
Saluran asalNetflix
Format gambar
Format audioDolby Atmos
Siaran asal17 September 2021 (2021-09-17)

Netflix mengumumkan jalannya membikin musim kedua untuk siri ini pada bulan Jun 2022[6][7] yang dirancang bakal ditayangkan pada lewat tahun 2023 atau awal tahun 2024.

Sinopsis

456 orang yang kesemuanya berdepan masalah kewangan meruncing dalam hidup, ditawarkan bermain dalam sebuah pertandingan yang penuh misteri terdiri dari pusingan permainan kanak-kanak tradisional tetapi dengan penuh risiko berbahaya. Mereka perlu mempertaruhkan nyawa mereka untuk bersaing untuk mendapatkan hadiah 45.6 bilion, yang hanya akan dimenangi oleh seorang pemenang.

Barisan pelakon

Watak utama

Sumber:[8]

  • Lee Jung-jae sebagai Seong Gi-hun (No. 456)[9]
Seorang pemandu lori dan kaki judi. Dia tinggal bersama ibunya dan berjuang untuk menyara anak perempuannya bagi menghalangnya berpindah ke Amerika Syarikat bersama bekas isterinya. Dia mengambil bahagian dalam Permainan untuk menyelesaikan hutangnya yang banyak.
  • Park Hae-soo sebagai Cho Sang-woo (No. 218)
Bekerja dalam bidang pelaburan di salah sebuah syarikat sekuriti. Dia adalah junior kepada Gi-hun, dan merupakan pelajar pintar yang memasuki Universiti Kebangsaan Seoul, tetapi sekarang dikehendaki oleh polis kerana bertindak menyalahgunakan wang dari pelanggannya.
  • Oh Young-soo sebagai Oh Il-nam (No. 001)
Seorang lelaki tua yang menghidap penyakit barah otak yang lebih suka bermain Permainan daripada menunggu ajal menjemputnya di dunia luar.
  • Jung Ho-yeon sebagai Kang Sae-byeok (No. 067)
Seorang pelarian yang berasal dari Korea Utara yang memasuki Permainan untuk mengupah broker yang dapat mencari dan mengambil anggota keluarganya yang masih hidup dari negara komunis itu.
  • Heo Sung-tae sebagai Jang Deok-su (No. 101)
Seorang samseng yang menyertai Permainan untuk membayar kembali duit milik ketua kumpulan gangster yang dicurinya.
  • Anupam Tripathi sebagai Abdul Ali (No. 199)
Seorang pekerja asing dari Pakistan yang menyertai Permainan untuk menampung kehidupan keluarganya yang mempunyai seorang bayi kecil setelah majikannya gagal membayar gajinya selama berbulan-bulan.
  • Kim Joo-ryoung sebagai Han Mi-nyeo (No. 212)
Seorang wanita bermulut celupar dan gemar mengadu domba yang mengaku dirinya sebagai ibu tunggal yang miskin.[10]

Watak sokongan

  • Yoo Sung-joo sebagai Byeong-gi (No. 111)
Seorang doktor yang secara diam-diam bekerja dengan sekumpulan pengawal di dalam Permainan untuk memperdagangkan organ peserta yang mati sebagai pertukaran maklumat mengenai permainan yang akan datang.
  • Lee Yoo-mi sebagai Ji-yeong (No. 240)
Seorang wanita muda yang baru dibebaskan dari penjara setelah membunuh ayahnya yang sering menderanya.
  • Kim Si-hyun sebagai No. 244
Seorang paderi yang kembali beriman dalam Permainan ini.

Watak kecil

  • Lee Sang-hee sebagai No. 017
Pembuat kaca dengan pengalaman lebih dari 30 tahun.
  • Kim Yun-tae sebagai No. 069
Seorang pemain yang menyertai Permainan dengan isterinya, No. 070
  • Lee Ji-ha sebagai No. 070
Seorang pemain yang menyertai Permainan dengan suaminya, No. 069
  • Kwak Ja-hyoung sebagai No. 278
Seorang pemain yang bergabung dengan kumpulan Deok-su dan bertindak sebagai anak buahnya.

"Kakitangan" Permainan

Orang awam

  • Wi Ha-joon sebagai Hwang Jun-ho
Seorang pegawai polis yang menyelinap ke dalam Permainan untuk mencari abangnya yang hilang.[12]
  • Kim Young-ok sebagai ibu Gi-hun
  • Jo A-in sebagai Seong Ga-yeong, anak perempuan Gi-hun
  • Kang Mal-geum sebagai bekas isteri Gi-hun dan ibu Ga-yeong
  • Park Hye-jin sebagai ibu Sang-woo
  • Park Si-wan sebagai Kang Cheol, adik lelaki Sae-byeok

Produksi

Pembikinan

Pada 2 September 2019, Netflix mengumumkan melalui siaran akhbar bahawa ia akan mengedarkan siri asal Korea yang lain, pada mulanya berjudul Round Six yang bakal ditulis dan dihasilkan oleh Hwang Dong-hyuk. Cerita ini diilhamkan oleh permainan kanak-kanak Korea yang popular dari tahun 1970-an dan 1980-an yang dikenali dengan nama setempat diterjemahkan kepada tajuk siri akhir ini.[13][14]

Pemilihan pelakon

Pemilihan pelakon siri ini telah disahkan pada 17 Jun 2020.[15]

Penerimaan

Sambutan penonton

Menurut Flix Patrol, Squid Game berada di tempat kedua dalam kategori global 'TOP TV Shows on Netflix' di bawah drama Inggeris Sex Education di kedudukan global Netflix pada 20 September. Ini adalah ranking tertinggi yang dicapai oleh sebuah drama Korea di Netflix.[16][17]

Penerimaan kritis

Pengagregat ulasan Rotten Tomatoes memberikan siri ini penilaian 100% berdasarkan 7 ulasan, dengan penilaian purata 8.50 daripada 10.[18]

Rujukan

Pautan luar