T.O.P (penyanyi)

Penghibur Korea Selatan

Choi Seung-hyun (Hangul최승현; lahir 4 November 1987),[2] atau lebih dikenali sebagai nama pentasnya, T.O.P, merupakan penyanyi, pelakon dan penerbit rakaman Korea Selatan. Beliau merupakan salah seorang ahli kumpulan muzik boyband Korea Selatan Big Bang dan juga terlibat alam pelbagai drama dan filem, seperti I Am Sam (2007), Iris (2009), 19-Nineteen (2009), 71: Into the Fire (2010), Commitment (2013) dan Tazza: The Hidden Card (2014).

T.O.P
Kelahiran
Choi Seung-hyun

(1987-11-04) 4 November 1987 (umur 36)
Pekerjaan
Kerjaya muzik
Genre
Tahun aktif2006–kini
Syarikat rakaman
YG Entertainment[1]
Pengkarya berkait
Big Bang, Keluarga YG
Nama Korea
Hangul최승현
Hanja崔勝鉉
Perumian SemakanChoe Seung-hyeon
McCune–ReischauerCh'oe Sŭnghyŏn

Kolumnis, Jeff Benjamin dari Billboard K-Town menyifatkan T.O.P amat dikenali sebagai penyanyi rap bersuara low-timbre .[3]

Kehidupan dan kerjaya

2005-2006: Kehidupan awal dan kemunculan pertama bersama Big Bang

Big Bang di MTV Fast Forward, Thailand, Disember 2007

Sebelum penglibatannya bersama YG Entertainment, Seung-hyun merupan penyanyi rap bawah tanah di bawah nama Tempo, dan merupakan rakan karib G-Dragon, seorang lagi ahli Big Bang.[4] G-Dragon menyatakan bahawa mereka berdua ialah "rakan kejiranan sejak sekolah rendah” dan kerap menari dan menyanyikan rap bersama-sama.[5] Meskipun G-Dragon berpindah dan kedua-duanya “membawa haluan”, beliau menghubungi Seung-hyun sekali lagi apabila YG Entertainment sedang mencari bakat baru untuk mewujudkan sebuah kumpulan boyband.[5] Mereka berdua merakamkan beberapa demo dan menghantarnya kepada Yang Hyun-suk, Ketua Pegawai Eksekutif YG Entertainment, yang kemudiannya meminta Seung-hyun untuk ujibakat.[4] Seung-hyun pada awalnya ditolak oleh syarikat rakaman, yang menyifatkannya terlau “gempal” dan untuk memuatkan versi idealistik idola.[4] Seung-hyun kemudiannya menyatakan bahawa: “saya pulang ke rumah dan dan bekerja keras untuk menurunkan berat badan kerana saya mahu menyertai YG Entertainment”.[4] Enam bulan kemudian, beliau kembali untuk satu lagi ujibakat dan telah ditandatangani. Beliau dilaporkan telah hilang berat badan 20kg dalam masa 40 hari.[4] Choi Seung-hyun telah diberikan nama pentas T.O.P (Korea: 탑) oleh artis felo YG, Se7en. Beliau menjadi salah seorang daripada dua penyanyi rap dalam kumpulan Big Bang, bersama-sama dengan G-Dragon, Daesung, Seungri dan Jang-Hyun seung dan sebuah dokumentasi mengenai latihan mereka yang disiarkan untuk mempromosikan mereka.[6] So-1 telah digugurkan oleh label dan Big Bang membuat kemunculan sulung rasmi mereka dengan lima ahli.[7] Album pertama mereka, Since 2007 merupakan satu kejayaan yang membuahkan hasil,[8] dan termasuk lagu solo pertama T.O.P, “Big Boy”. Kumpulan ini mencapai kejayaan arus perdana melalui lagu “Lies” (Korea: 거짓말; Perumian Semakan Geojitmal), dari album mini 2007 mereka Always yang menduduki beberapa carta semasa pelancarannya. Single dari album ini, “Last Farewell” (Korea: 마지막 인사; Perumian Semakan: Majimak Insa) dari album mini Hot Issue dan “Day By Day” (Korea: 하루하루; Perumian Semakan: Haru Haru) dari album Stand Up juga menduduki tangga teratas carta.[9][10]

2007-2010: Perkembangan kerjaya solo, menerjah ke bidang lakonan dan GD & TOP

T.O.P membuat persembahan bersama G-Dragon pada 2011

Berikutan pelancaran single dan album kumpulan ini, T.O.P memulakan kerjaya solonya. Pada April 2007, beliau ditampilkan bersama rakan sekumpulannya, G-Dragon dan Taeyang menerusi lagu nyanyian Lexy, “Super Fly daripada albumnya, Rush. Kemudiannya, beliau muncul sebagai pelakon dalam muzik video Red Roc, “Hello”.[11] Beliau kemudiannya menjadi ahli kumpulan Big Bang yang pertama yang menceburi bidang lakonan, berlakon dalam drama KBS2, I Am Sam,[1] memegang watak sebagai Chae Musin, pelawan terbaik sekolah. Beliau juga mengambil peranan sebagai MC dalam rancangan Music Core untuk siaran MBC, pada 10 April 2007, hanya berhenti pada bulan April tahun berikutnya. Pada 2008, bekerjasama dengan penyanyi R&B, Gummy menerusi lagu “I’m Sorry” dari albumnya, Comfort, penyanyi veteran Uhm Jung-hwa untuk lagunya, “D.I.S.C.O” dan ZiA menerusi lagunya, “I Only See You”. Pada tahun yang sama, beliau dihantar ke jabatan teater di Universiti Dankook.[12]

T.O.P kemudiannya memperlahankan kerjaya solonya sementara menyertai Big Bang untuk aktiviti promosi mereka. Selepas lebih setahun mempromosikan produk kumpulan ini, beliau kembali ke bidang lakonan, memegang watak sebagai pembunuh yang bernama Vick dalam drama televisyen Korea,[13] Iris. [14] T.O.P juga merakamkan lagu “Halleujah” untuk runut bunyi drama tersebut, bersama Taeyang dan G-Dragon. Selepas Iris, T.O.P dan rakan Big Bangnya, Seungri muncul dalam drama suspens remaja, 19,[15] yang mana mereka mengeluarkan single, “Because”.

Penggambaran gambar promosi GD & TOP

Kemunculannya dalam filem 2010, 71: Into the Fire mendapat sambutan dan pujian, melayakkan beliau menerima beberapa anugerah termasuk Anugerah Populariti Hallyu dalam Anugerah Filem Grand Bell ke-47.[16] Filem ini juga memperoleh 1 juta tontonan dalam seminggu, menjadikan filem Korea Selatan pada 2010 untuk berbuat demikian.[17] Serentak, T.O.P mula membuat persediaaan untuk konsert solo pertamanya.[18] Semasa konsert Big Bang’s Big Show pada Januari 2010, T.O.P mempersembahkan single terbarunya, "Turn It Up". Mereka kemudiannya memuat naik video rasmi, yang memperoleh lebih dari sejuta tontonan dalam masa beberapa minit.[19] Beliau menjadi artis Korea pertama yang mempunyai lagunya dikeluarkan di seluruh dunia menerusi iTunes.

Pada 2010, YG Entertainment mengumumkan T.O.P dan rakan sekumpulannya dalam Big Bang, G-Dragon bakal melancarkan album kolaborasi di bawah nama GD & TOP.[20] Mendahului pelancaran album, duo ini mengadakan persembahan perdana seluruh dunia untuk album mereka di Times Square di Yeongdeungpo di Seoul, Korea Selatan,[21] yang juga disiarkan secara langsung di YouTube.[22] Untuk mempromosikan album, pasangan duo ini mengeluarkan tiga single "High High," "Oh Yeah," dan "Knock Out".[23] Semua tiga single ini mendahului pelancaran album. Single yang mencapai kejayaan komersial: "Knock Out" telah menduduki carta,[24] sementara "Oh Yeah" dan "High High" masing-masing menduduki di tangga No 2 dan No 3. [25][26] Album ini dikeluarkan pada malam Hari Krismas, dan membuat kemunculan pertama [27] dengan pra-pesanan sebanyak 200,000 salinan.[28]

2011-kini: Terus berlakon

T.O.P pada 2012
T.O.P di konsert Big Bang Alive World Tour

Pada tahun 2011, Big Bang menghentikan kegiatan mereka berikutan pengumuman album EP Tonight mereka kerana daesung terlibat dalam kemalangan jalan raya dan skandal marijuana G-Dragon. Beliau telah menghadiri 2011 MTV EMA dengan kumpulannya Big Bang, yang mereka memenangi kategori itu untuk Artis Seluruh Dunia Terbaik.[29]

Pada tahun 2012, T.O.P membintangi filem Commitment (juga dikenali sebagai Alumni), memegang watak anak seorang perisik Korea Utara yang dituduh.[30][31] Semasa penggambaran adegan pertempuran untuk filem itu, dia mengalami kecederaan belakang tangannya di atas serpihan kaca dan kemudiannya dimasukkan ke hospital untuk pembedahan. Penggambaran filem itu ditangguhkan selama beberapa minggu, walaupun kecederaannya beliau terus muncul dengan Big Bang sepanjang jelajah dunia mereka.[32] Kerana peranannya, beliau memenangi Anugerah Rookie di Anugerah Bintang Asia, yang diadakan semasa Festival Filem Antarabangsa Busan, satu-satunya pelakon Korea yang memenangi anugerah dalam majlis tersebut.

T.O.P telah dinamakan sebagai salah satu simbol seks pada tahun 2013.[33] Pada bulan November, beliau mengeluarkan satu single digital, "Doom Dada"[34] yang dia sendiri menganggap ia sebagai aneh dan pelik. Ia adalah single terbarunya selepas 3 tahun dengan pelancaran "Turn It Up" pada tahun 2010. Lagu ini dipersembahkan buat kali pertama di Anugerah Muzik Asia Mnet 2013 di Hong Kong.[35] Beliau kemudiannya ditampilkan dalam album Jepun artis England, Pixie Lott bersama-sama dengan G-Dragon untuk lagu "Dancing on My Own".[36] Pada tahun 2014, T.O.P memegang peranan watak utama Ham Dae-Gil dalam filem perjudian Korea Selatan, Tazza 2: The Hidden Card, kesinambungan kepada Tazza: The High Rollers.

Selepas memulakan debutnya sebagai pereka perabot pada tahun 2015 dengan kerjasama Vitra,[37] beliau telah dianugerahkan Anugerah Kebudayaan Visual di Anugerah Mata Prudential.[38]

Pada tahun 2015 beliau membintangi drama wen CJ E&M drama web The Secret Message bersama pelakon Jepun, Juri Ueno.

Pada masa ini beliau berada di Jerman untuk filemnya, "Out of Control", kerjasama jerman-cina.

Diskografi

Album kolaborasi
  • GD & TOP bersama G-Dragon (2010)
  • Play with GD & TOP bersama G-Dragon (2011)
  • Play "ZUTTER (GD & TOP)" bersama G-Dragon dalam MADE SERIES E (2015)

Single

TahunSingleKedudukan cartaAlbum
KOR
[39]
2006"Big Boy" (T.O.P solo)Since 2007
2007"Friend" (Feat. Taeyang)MBC TV Drama [Friend, Our Legend] OST
"Act Like Nothing's Wrong" (Feat. Kim Jieun)Always
2009"Hallelujah" (Feat. G-Dragon & Taeyang)18Iris OST
2010"Turn it Up"11Digital Single
"Because"19 OST
2011"Of All Days"89GD & TOP
"Oh Mom"27
2013"Doom Dada4Digital Single
2015"Hi Haruka"Secret Message OST

Single kolaborasi dan tampilan

TahunTajukKedudukan cartaAlbum
KOR
[40]
2006"Forever with You" (with G-Dragon Ft. Park Bom) Bigbang Vol.1
"We Belong Together" (with G-Dragon & Vxp Ft. Park Bom)
2007"Buckwild" (NBK Gray Ft. T.O.P)
2008"I'm Sorry" (Gummy Ft. T.O.P) Comfort
"D.I.S.C.O" (Uhm Jung-hwa Ft. T.O.P) D.I.S.C.O
"All I See is You" (ZiA Ft. T.O.P) Road Movie
"We Belong Together" English version (with G-Dragon Ft. Park Bom) With U
2010"Digital Bounce" (Se7en Ft. T.O.P) Digital Bounce
2011"High High" (with G-Dragon) 1GD & TOP
"Oh Yeah" (with G-Dragon Ft. Park Bom) 2
"Knock Out" (with G-Dragon) 3
"Intro" (with G-Dragon)
"Baby Goodnight" (with G-Dragon) 13
"Don't Go Home" (with G-Dragon) 22
2012"Dancing on My Own" (Pixie Lott Ft. T.O.P & G-Dragon) Young Foolish Happy (Deluxe Edition)
2013"Bubble Butt" (Major Lazer Ft. Bruno Mars, G-Dragon, T.O.P, Tyga and Mystic) 78Free the Universe (Asian Edition)
2015"Zutter" (with G-Dragon) 2Made
"—" menunjukkan keluaran yang tiada dalam carta atau tidak dikeluarkan di wilayah tertentu.

Filemografi

Filem

TahunTajukPerananCatatan
2008Story of MenDirinya sendiriKemunculan kameo
2009NineteenSeo Jeong-hun
201071: Into the FireOh Jang-beom
2011Iris the MovieVickAdaptasi filem Iris untuk Jepun
2013CommitmentLee Myeong-hoon / Kang Dae-ho
2014Tazza: The Hidden CardHam Dae-gilKesinambungan Tazza: The High Rollers
2016Out of Control[41]Tom YoungFilem Cina

Drama televisyen

TahunTajukPerananRangkaian
2007I Am Sam (TV series)Chae Mu-sinKBS2
2009IrisVickKBS2
2010HaruT.O.P
2015Secret Message[42]Woo-hyunCJ E&M Web Drama

Rancangan aneka

TahunTajukRangkaianCatatanVideo
2009Family OutingSBSTetamu, episod 34 dan 35[-]
2012Running ManSBSTetamu bersama BIGBANG, episod 84 dan 85[-]
2013Running ManSBSTetamu bersama Kim Yoo-jung, episod 170[-]
2015Running ManSBSTetamu bersama BIGBANG, episod 250[-]
2015Yu Huiyeol's SketchbookKBS2Tetamu bersama BIGBANG, episod 276KBS World TV
2015Happy TogetherKBS2Tetamu bersama BIGBANG, episod 398KBS World TV

Kemunculan muzik video

TahunTajuk laguPenyanyi
2007"Hello"Red Roc
2008"I'm Sorry"Gummy
"D.I.S.C.O"Uhm Jung-hwa
2011"I'm Sorry" (versi Jepun)Gummy

Anugerah dan penghargaan

TahunAnugerahKategoriKarya tercalonKeputusan
201047th Grand Bell AwardsHallyu Popularity[43]71: Into the FireMenang
Best New Actor[44]Tercalon
8th Korean Film AwardsBest New Actor[45]Tercalon
Style Icon AwardsNew Icon (Movie)[46]Menang
31st Blue Dragon Film AwardsBest New ActorMenang
Popularity AwardMenang
Max Movie AwardBest New Actor[47]Menang
5th Asian Film AwardsBest New Actor[48]Tercalon
201147th Baeksang Arts AwardsBest New Actor[49]Menang
Popularity Award[49]Menang
201317th BIFF Asia Star AwardsRookie Awards[50]CommitmentMenang
201450th Baeksang Arts AwardsPopularity AwardTercalon
Singapore Entertainment AwardsMost Popular K-pop Music VideoDoom DadaTercalon
2015Prudential Eye AwardsVisual Culture AwardHimselfMenang
52nd Grand Bell AwardsPopularity AwardTazza: The Hidden CardTercalon
20164th Drama Fever AwardsBest Feature FilmTazza: The Hidden CardWon
20164th Drama Fever AwardsBest SNS DramaSecret MessageWon

Kemenangan carta muzik

SBS's Inkigayo

TahunTarikhLagu
20119 Januari"High High" (GD&T.O.P)

Mnet's M! Countdown

TahunTarikhLagu
201030 Disember"Oh Yeah" (GD&T.O.P)
20116 Januari"High High" (GD&T.O.P)
201520 Ogos"Zutter" (GD&T.O.P)

Rujukan

Pautan luar