Tasik Malawi

Tasik Malawi (juga dikenal sebagai Tasik Nyasa di sebahagian besar negara, atau Tasik Nyassa, Niassa atau Lago Niassa di Mozambique), ialah salah satu Tasik-Tasik Besar Afrika di Afrika Timur. Tasik ini ialah tasik ketiga terbesar di Afrika dan serta kelapan terbesar di dunia, dan terletak di antara Malawi, Mozambique dengan Tanzania. Tasik ini juga merupakan kedua terdalam di Afrika, tetapi sifat tenang di pantai utara tidak memberikan tanda-tanda kedalamannya. Tasik ini dilaporkan merupakan habitat lebih banyak spesies ikan berbanding tasik-tasik lain di Bumi.[4]

Tasik Malawi
Fail:Otter Point, Cape Maclear (Malawi).jpg, Canoes on Lake Malawi.jpg, Cape McLear, Malawi (2498445835).jpg
Koordinat12°11′S 34°22′E / 12.183°S 34.367°E / -12.183; 34.367 34°22′E / 12.183°S 34.367°E / -12.183; 34.367
JenisTasik Lembah Celah
Aliran masuk utamaSungai Ruhuhu[1]
Aliran keluar utamaSungai Shire[1]
Negara lembanganMalawi, Mozambique, Tanzania
Panjang maksimum560 km[1] to 580[2]
Lebar maksimum75 km[1]
Luas permukaan29,600 km²[1]
Kedalaman purata292 m[3]
Kedalaman maksimum706 m[3]
Isi padu air8,400 km³[3]
Ketinggian permukaan500 meter dari paras laut
PulauLikoma dan Chizumulu
Rujukan[1][3]

Geografi

Tasik Malawi atau Tasik Nyaza memiliki panjang antara 560[1] ke 580 kilometer,[2] dan selebar sekitar 75 kilometer. Luas permukaan Tasik ini ialah sekitar 29,600 kilometer persegi[1] dari garis pantai tasik di barat Mozambique, Malawi timur dan selatan Tanzania. Sungai terbesar yang mengalir ke tasik ini ialah Sungai Ruhuhu. Tasik air tawar besar ini memiliki aliran keluar utama, yakni Sungai Shire, sebuah anak sungai yang mengalir ke Sungai Zambezi.[2]

Tasik Malawi terletak di Lembah Rengkahan Besar yang dibentuk oleh pembukaan lembah Afrika Timur, di mana plat tektonik Afrika sedang terbahagi menjadi dua. Tasik Malawi itu sendiri terbentuk sekitar 40,000 tahun [1] atau sekitar satu-dua juta tahun.[5]

Rujukan

Pautan luar