Vatikan

Negara Bandar Vatikan (bahasa Itali: Città del Vaticano) merupakan sebuah negara kota yang dikelilingi bandar raya Rom di Itali. Ia merupakan negara yang paling kecil di dunia dari segi keluasan tanah - sebanyak 44 hektar (110 ekar atau 0.44 km persegi) - dan kependudukan, sebanyak 1000.[1] Negara kota ini dibentuk pada 1929 melalui Perjanjian Lateran antara pemerintah Itali dan Takhta Suci,[2] bidang kuasa kepada mazhab Roman Katolik dan Timur dari seluruh dunia yang wujud sejak awal agama Kristian lagi. Kota Vatikan merupakan pusat Takhta Suci dan pusat pentadbiran Gereja Roman Katolik sedunia.

Negara Bandar Vatican
نݢارا بندر ۏاتيکن
Città del Vaticano
Bendera Kota Vatican
Jata Kota Vatican
BenderaJata
Lagu kebangsaanInno e Marcia Pontificale
Ibu negara
dan bandar terbesar
Kota Vatican
Bahasa rasmiBahasa Latin, Itali, Perancis, Jerman
KerajaanMonarki Teokrasi
• Ketua Negara
Paus Franciscus
• Setiausaha Negara
Kardinal Pietro Parolin
• Gabenor Jeneral
Biskop Agung Giovanni Lajolo
Kemerdekaan
11 Februari 1929
Populasi
• Perkiraan 2019
1126 (229)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$78.23 million (229)
69,476 (8)
HDI (2019) 0.901
Ralat: Nilai IPM tidak sah · 16
Zon waktuUTC+1 (CET3)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan+379
DPT internet.va

Pemerintahan

Ketua negara

Paus merupakan ketua negara Kota Vatikan secara ex officio,[3] di mana peranan beliau bergantung kepada tugasnya sebagai biskop ketua keuskupan Rom. Istilah "Takhta Suci" yang berkaitan dengan jawatan beliau tidak merujuk kepada Kota Vatikan tetapi kepada pemerintahan kepaderian dan kerohanian Paus yang dilaksanakan secara besarnya melalui Kuria Rom.[4] Gelaran rasmi beliau mengikut perananya dalam Kota Vatikan ialah Sovrano dello Stato della Città del Vaticano ("Ketua Negara Kota Vatikan").

Hubungan luar

Negara ini merupakan kawasan negara yang diiktiraf di bawah undang-undang antarababgsa, namun Takhta Sucilah yang menguruskan hubungan diplomatik bagi pihaknya selain hubungan milik bidang kuasa itu sendiri yang memasuki perjanjian antarabangsa. Oleh itu, negara ini tiada perkhidmatan diplomatiknya sendiri.

Kota Vatikan merupakan salah satu negara dunia yang tidak dapat merumahkan kedutaan disebabkan kekurangan ruang. Kedutaan-kedutaan asing Takhta Suci terletak dalam kota Rom.

Saiz Kota Vatikan tiada kaitan dengan pengaruh meluas Takhta Suci sebagai suatu entiti yang berbeza dan ditubuhkan lebih awal lagi daripada negara tersebut.[5] Walau bagaimanapun, ia melibatkan diri dalam pertubuhan antarabangsa tertentu yang berperanan mengikuti geografi sesebuah kawasan sebagai ahli penuh mahupun ahli pemerhati, antaranya:[6][7]

Wilayah

Rangkuman wilayah Kota Vatikan termasuk Dataran Santo Peter, Basilika Santo Peter, Istana Apostolik dan sebagainya. Wilayah ini dikelilingi satu tembok yang juga merupakan sempadan antarabangasa antara Kota Vatikan dan negara Itali.

Demografi

Kewarganegaraan

Kewarganegaraan negara ini tidak berdasarkan jus sanguinis (kelahiran oleh warga sesebuah negara sungguhpun di luar kawasan negara tersebut) mahupun jus soli (kelahiran dalam kawasan negara tersebut) tetapi secara jus officii, yakni melalui penjawatan kerja dalam suatu keupayaan perkhidmatan kepada Takhta Suci. Status kewarganegaraan ini secara biasanya akan luput selepas tamat perkhidmatannya. Kewarganegaraan turut dilanjutkan kepada pasangan, ibu bapa dan keturunannya dengan syarat mereka duduk bersama pemegang kewarganegaraan tersebut.[9][10] Takhta Suci mengeluarkan pasport perkhidmatan serta diplomatik manakala Kota Vatkan lebih mengeluarkan pasport biasa kepada warganegaranya

Sesiapa sahaja yang terlucut kewarganegaraan Vatikannya tanpa memiliki apa-apa warganegaraan lain secara automatiknya menjadi warganegara Itali seperti yang termaktub pada Perjanjian Lateran.[11]

Terdapat 558 orang yang memiliki kewarganegaraan Vatikan termasuk Paus sendiri manakala sebanyak 246 orang yang menghuni negara itu tidak memiliki kewarganegaraan tersebut selewat 31 Disember 2005.

74% daripada 557 orang warga tersebut merupakan kakitangan gereja:

  • 58 orang kardinal yang mendiami kota Rom, kebanyakannya di luar kawasan Vatikan;
  • 293 orang paderi, ahli misi diplomatik Takhta Suci yang mendiami negara-negara lain,yang memebentuk separuh bilangan warga penduduk negara tersebut.
  • 62 orang paderi lain yang bekerja untuk Kota Vatikan namun tidak semestinya mendiami negara tersebut.

101 ahli Pengawal Swiss membentuk 18% keseluruhan penduduk Vatikan, dan terdapat hanya 55 orang biasa lain dengan kewarganegaraan Vatikan.[12][13]

Rujukan

Pautan luar

Atlas Wikimedia Vatican City