Zat galian

Zat galian atau mineral merupakan unsur-unsur kimia yang diperlukan oleh benda hidup, selain empat unsur (karbon, hidrogen, nitrogen, dan oksigen) yang ada dalam molekul organik biasa. Istilah "mineral" tidak tepat sepenuhnya kerana takrifan ini bertujuan memerikan unsur kimia, bukan sebatian kimia ataupun bahan galian sebetulnya. Contoh zat galian: kalsium, magnesium, kalium, natrium, zink, dan iodin.

Para pakar diet mengesyorkan supaya unsur zat galian paling sesuai dibekalkan dengan menginges makanan-makanan tertentu yang kaya dengan unsur kimia yang berkenaan. Unsur-unsur ini terdapat dalam makanan itu sendiri (cth. kalsium dalam susu) ataupun dibubuh dalam makanan (cth, jus oren diperkuat dengan kalsium; garam beriodin, iaitu garam yang diperkuat dengan iodin). Penokok diet boleh dirumuskan untuk mengandungi beberapa unsur kimia berbeza (sebagai sebatian), gabungan vitamin dan/atau sebatian kimia yang lain, ataupun unsur yang tunggal (sebagai sebatian atau campuran sebatian), misalnya kalsium (sebagai karbonat, sitrat, dsb.) atau magnesium (sebagai oksida, dsb.), kromium (sebagai pikolinat).

Penekanan terhadap pemakanan bagi unsur kimia terbit daripada kepentingan menyokong tindakbalas biokimia metabolisme dengan komponen-komponen unsur yang diperlukan.[1] Terbukti bahawa jumlah pengambilan unsur kimia tertentu yang betul adalah perlu untuk mengekalkan kesihatan optimum. Pemakanan kita boleh memenuhi segala keperluan unsur kimia tubuh kita, tetapi penokok boleh digunakan sekiranya sesetengah keperluan (cth. kalsium yang banyak terdapat dalam hasil tenusu) tidak dapat dipenuhi oleh diet, ataupun timbulnya kekurangan kronik atau akut akibat jangkitan kuman, kecederaan, dsb.

Unsur kimia perlu

Sesetengah sumber menyatakan bahawa 16 unsur kimia diperlukan untuk menyokong proses biokimia manusia dengan memainkan peranan struktur dan fungi si samping menjadi elektrolit:[2] Kebanyakan unsur pemakanan agak rendah berat atomnya:

Jadual berkala yang terserlah unsur pemakanan

H He
LiBe BCNOFNe
NaMg AlSiPSClAr
KCaSc TiVCrMnFeCoNiCuZnGaGeAsSeBrKr
RbSrY ZrNbMoTcRuRhPdAgCdInSnSbTeIXe
CsBaLa*HfTaWReOsIrPtAuHgTlPbBiPoAtRn
FrRaAc**RfDbSgBhHsMtDsRg
 
 *CePrNdPmSmEuGdTbDyHoErTmYbLu
 **ThPaUNpPuAmCmBkCfEsFmMdNoLr
Empat unsur asas organikUnsur kuantitiUnsur surih perluPervasif, tetapi tidak dikenal pasti fungsi biologi dalam manusia

Unsur-unsur berikut memainkan peranan penting dalam proses biologi:

UnsurRDA/AIHuraianKategoriKekuranganLebihan
Kalium4700 mgKuantitielektrolit sistemik yang perlu untuk melaraskan ATP bersama natrium. Sumber pemakanan termasuk kekacang, kulit kentang, tomato, dan pisang.hipokalemiahiperkalemia
Klorin2300 mgKuantitidiperlukan untuk menghasilkan asid hidroklorik dalam perut dan dalam fungsi pam sel. Garam halus (natrium klorida) ialah sumber pemakanan utama.hiokloremiahiperkloremia
Natrium1500 mgKuantitielektroolit sistemik yang penting untuk melaraskan ATP bersama kalium. Sumber pemakanan termasuk garam halus (natrium klorida, sumber utama), sayur laut, susu, dan bayam.hiponatremiahipernatremia
Kalsium1000 mgKuantitidiperlukan untuk kesihatan otot, jantung dan sistem pencernaan, membina tulang, menyokong sintesis dan fungsi sel darah. Sumber pemakanan termasuk hasil tenusu, daging ikan bertulang dalam tin (salmon, sardin), sayur berdaun hijau, kekeras dan benih.hipokalsemiahiperkalsemia
Fosforus700 mgKuantitikomponen tulang (lihat apatit), sel, dalam pemprosesan tenaga dan pelbagai fungsi lain.[3] Biasanya dilihat sebagai fosfat dalam konteks biologi.[4]hipofosfatemiahiperfosfatemia
Magnesium420 mgKuantitidiperlukan untuk memproses ATP dan untuk tulang. Sumber pemakanan termasuk kekeras, kacang soya, dan jisim koko.hipomagnesemia,
kekurangan magnesium
hipermagnesemia
Zink11 mgSurihpervasif dan diperlukan untuk beberapa jenis enzim, seperti karboksipeptidase, dehidrogenase alkohol hati, dan anhidrase karbon.kekurangan zinkketoksikan zink
Besi8 mgSurihdiperlukan untuk kebanyakan protein dan enzim, terutamanya hemoglobin untuk menghindari anemia. Sumber pemakanan termasuk daging merah, sayur berdaun hijau, daging ikan (tuna, salmon), telur, buah-buahan kering, kekacang, bijian sempurna, dan bijian diperkaya.anemiabeban lebih ferum
Mangan2.3 mgSurihkofaktor dalam fungsi enzim.kekurangan manganmanganism
Kuprum900 µgSurihkomponen perlu bagi banyak enzim redoks, termasuk sikotrom c oksidase.kekurangan kuprumketoksikan kuprum
Iodin150 µgSurihdiperlukan bukan sahaja untuk sintesis hormon tiroid, thyroksin dan triiodotironin, serta mengelakkan goiter, bahkan juga, mungkin sebagai antioksidan untuk organ-organ luar tiroid seperti kelenjar susu dan ludah, serta mukosa gaster dan sistem keimunan (timus):
  • Iodin dalam biologi
kekurangan iodiniodisme
Selenium55 µgSurihkofaktor perlu untuk aktiviti enzim antioksidan sepertti glutation peroksidase.kekurangan seleniumselenosis
Molibdenum45 µgSurihxantina oksidase, aldehid oksidase, dan sulfit oksidase[5]kekurangan molibdenum

Unsur lain

Banyak lagi unsur yang dikatakan perlu, tetapi belum dipastikan. Bukti kukuh untuk keberkesanan unsur datang daripada penyifatan biomolekul yang mengandungi unsur yang boleh dikenal pasti dan teruji fungsinya. Satu masalah ketika mengenal pasti keberkesanannya adalah sesetengah unsur hanya tidak berbahaya pada kepekatan rendah, serta pervasif, maka kuranglah bukti keberkesanannya kerana sukar untuk meniru kekurangannya.[1]

UnsurHuraianLebihan
SulfurAgak banyak kuantiti sulfur yang diperlukan, tetapi tiada RDA,[6] kerana sulfur diperoleh daripada/digunakan untuk asid amino, justeru sewajarnya memadai dalam mana-mana diet yang cukup kandungan protein.(banyak dikaitkan dengan sebatian)
KobaltKobalt diperlukan dalam sintesis vitamin B12, tetapi disebabkan bakteria diperlukan untuk mensintesiskan vitamin, biasanya dianggap sebagai sebahagian kekurangan vitamin B12 daripada kekurangan unsur itu sendiri.Keracunan kobalt
NikelSekali-sekala terdapat kajian yang menegaskan keperluan nikel,[7] tetapi tiada RDA buat masa ini.Ketoksikan nikel
KromiumKromium adakalanya diperikan sebagai unsur perlu.[8][9] Dibayangkan dalam metabolisme gula dalam manusia, sehingga mencetuskan pasaran untuk tokokan kromium pijolinat, tetapi kekurangan bukti biokimia kukuh untuk fungsi fisiologinya.[10]Ketoksikan kromium
FluorinFluorin (sebagai fluorida) diperikan sebagai unsur perlu yang berkondisi, bergantung pada kepentingan yang diletakkan pada pencegahan penyakit kronik.[11][12]Keracunan fluorin
BoronBoron didapati sebagai perlu untuk penggunaan vitamin D dan kalsium dalam badan.[13]

Lihat juga

  • Makronutrien
  • Nutrien perlu
  • Kekurangan mikronutrien
  • Makanan kesihatan
  • Garam sel biokimia

Rujukan

Pautan luar