Pergi ke kandungan

iOS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
IOS
Laman rasmiwww.apple.com/ios/

iOS (sebelum ini iPhone OS) adalah sistem operasi peranti mudah alih yang dibangun dan diedarkan oleh Apple Inc. Pertama kali dikeluarkan pada tahun 2007 untuk iPhone dan iPod Touch, penggunaannya diperluaskan kepada iPad dan juga Apple TV. Tidak seperti sistem pengendalian peranti bergerak yang lain, Apple tidak memberi lesen kepada entiti lain untuk menggunakan iOS selain perantinya sendiri.

iOS berasal dari OS X, di mana ia juga berkongsi dengan asas Darwin, dan kerana ini boleh dikatakan sebagai sistem pengendalian Unix. iOS juga boleh dikatakan sebagai OS X versi peranti bergerak Apple.

Ia mempunyai 4 lapisan pengabstrakan. Lapisan sistem pengoperasian Core, lapisan Core Services, lapisan media dan lapisan Cocoa Touch.

Sejarahsunting sumber

Sistem pengendalian ini ditunjuk kepada umum semasa pengumuman iPhone yang pertama pada 9 Januari 2007. Pada waktu ini, Apple tidak memberi nama kepada sistem operasi ini sebaliknya hanya menyatakan "iPhone yang dilengkapi dengan OS X".[1] Pada mulanya, perisian pihak ketiga tidak dibenarkan untuk dijalankan secara terus dari perisian iPhone, sebaliknya perisian pihak ketiga akan dijalankan melalui pelayar web Safari membuatkan perisian-perisian ini dipanggil webapps[2].Pada Pertengahan Oktober 2007, Apple mengumumkan bahawa Kit Pembangunan Perisian (SDK) akan dikeluarkan bagi pembangun perisian membangunkan perisian untuk iPhone.[3] Pada 6 Mac 2008, Apple mengeluarkan beta yang pertama bersama dengan nama yang baru "iPhone OS".[4]

Apple memperluaskan lagi senarai peranti yang disokong dengan memperkenalkan iPod Touch pada September 2007[5] dan iPad pada 2010.[6]

Pada Jun 2010, Apple menamakan semula iPhone OS kepada "iOS".[7] Cisco Systems adalah pemegang tanda dagangan "iOS". Untuk mengelakkan tuntutan mahkamah, Apple memperoleh tanda dagangan ini daripada Cisco.[8]

Ciri-cirisunting sumber

Menu Utamasunting sumber

Menu utama memaparkan ikon-ikon aplikasi dan terdapat tempat di bahagian bawah skrin yang dipanggil "dok". Pengguna akan dibawa ke menu utama apabila menekan butang utama. Terdapat bar status di bahagian atas yang memaparkan masa, tahap bateri dan kekuatan isyarat selular.

iOS 3 memperkenalkan fungsi Carian Spotlight dan berapa di "mukasurat" di bahagian paling kiri. Pengguna menggunakan fungsi ini untuk mencari fail media, aplikasi, e-mel, kenalan, mesej, peringatan dan kalendar.[9]

      iOS 4, pengguna boleh memilih gambar untuk digunakan sebagai latar belakang menu utama. Walau bagaimanapun, bukan semua peranti disokong terutamanya model-model sebelum iDevice generasi ketiga (iPhone 3GS, iPod Touch Generasi ketiga). iPad pula mempunyai fungsi ini sejak iOS 3.2.[9]

Foldersunting sumber

Ciri folder diperkenalkan dalam iOS 4. Apabila satu aplikasi lain diheretkan ke atas aplikasi yang lain, ia akan membentuk satu folder yang baru. Menambah aplikasi ke dalam folder juga sama caranya dengan bilangan tertinggi aplikasi untuk satu folder ialah 12 untuk iPhone 4S, iPhone sebelumnya dan juga iPod Touch, 16 untuk iPhone 5 dan 20 untuk iPad. Nama folder akan dipilih secara automatik mengikut kategori aplikasi, tetapi pengguna juga boleh menamakan sendiri folder tersebut.

Pusat Pemberitahuansunting sumber

Pusat Pemberitahuan (notification center) diperkenalkan dalam iOS 5. Pemberitahuan boleh dilihat dengan meleret turun dari bahagian atas skrin. Jika pengguna menyentuh salah satu pemberitahuan, aplikasi yang berkenaan akan dibuka.

Penugasan Berbilangsunting sumber

Sebelum iOS 4, penugasan berbilang (multitasking) terhad kepada beberapa aplikasi Apple sahaja. Bermula dengan iOS 4 (peranti generasi ketiga dan terbaru sahaja), penugasan berbilang disokong melalui tujuh API di latarbelakang.[9][10]

  1. Audio latarbelakang - membenarkan aplikasi terus berfungsi selagi ia memainkan audio atau video
  2. Suara melalui Protokol Internet - Aplikasi dihentikan semasa tiada panggilan.
  3. Lokasi latarbelakang - Aplikasi diberitahui mengenai pertukaran lokasi.
  4. Pemberitahuan tolak - Server akan menolak pemberitahuan ke peranti pengguna setiap masa
  5. Pemberitahuan tempatan - aplikasi akan menghantar pemberitahuan secara berjadual
  6. Penyelesaian tugasan - aplikasi akan meminta sistem untuk memberikan sedikit masa untuk menyiapkan tugasan.
  7. Pertukaran aplikasi dengan pantas - aplikasi tidak menjalankan apa-apa kod dan boleh dibuang dari ingatan bila-bila masa

Tiga lagi API baru diperkenalkan dalam iOS 5

  1. Newsstand - aplikasi boleh memuat turun kandungan dan sedia untuk digunakan[11]
  2. Aksesori luaran - Aplikasi berhubung dengan aksesori luaran dengan selang waktu tertentu[11]
  3. Aksesori bluetooh - Aplikasi berhubung dengan aksesori bluetooth dengan selang waktu tertentu[11]

Menukar aplikasisunting sumber

Pengguna boleh menukar aplikasi dengan menekan butang utama dua kali dan boleh mengaktifkan penukar aplikasi yang terletak di bahagian bawah skrin.

Sirisunting sumber

Siri adalah pembantu peribadi pintar dan navigasi pengetahuan yang berfungsi sebagai aplikasi dalam peranti yang disokong. Siri, boleh diarah untuk melakukan tugas melalui input suara. Tugasan siri termasuklah membuat panggilan, membuka aplikasi, menghantar mesej, membuka laman sesawang, mencari maklumat sukan, memandu arah dan mencari lokasi serta menjawab soalan pengetahuan am.[12]

Siri hanya disediakan pada peranti iPhone 4S, iPod Touch generasi ke-5, iPad Mini, iPad generasi ketiga (dengan sokongan iOS 6[13]) dan peranti generasi selepasnya. Buat ketika ini, tiada sokongan Bahasa Melayu.

Versi iOSsunting sumber

Berikut dinyatakan secara ringkas versi-versi iOS yang telah dikeluarkan.

iPhone OS 1.xsunting sumber

Merupakan versi terawal iPhone OS, didatangkan bersama dengan iPhone.

VersiTarikh dikeluarkanNota
1.029 Jun 2007iPhone dan iPhone OS dikeluarkan
1.0.131 Julai 2007
1.0.221 Ogos 2007
1.114 September 2007iPod Touch (generasi pertama) dikeluarkan
1.1.127 September 2007Sokongan video keluar ke TV
1.1.212 November 2007
1.1.315 Januari 2008Aplikasi Mel, Peta, Saham dan Nota untuk iPod Touch
1.1.426 Februari 2008
1.1.515 Julai 2008untuk iPod Touch Sahaja

iPhone OS 2.Xsunting sumber

iPhone 2.0 dikeluarkan bersama dengan iPhone 3G. Pengguna peranti yang menggunakan iPhone OS 1.X boleh meningkatkan sistem pengendalian mereka ke versi ini. Dalam versi ini App Store diperkenalkan, dan aplikasi dari pihak ketiga boleh didapati.

VersiTarikh dikeluarkanNota
2.011 Julai 2008
  • Keluaran pertama untuk iPhone 3G
  • Bayaran $9.95 untuk peningkatan peranti iPod Touch
  • Penambahan bahasa sokongan
  • Penambahbaikan sokongan video untuk iPod
2.0.14 Ogos 2008
2.0.218 Ogos 2008
2.19 September 2008
(iPod Touch)
12 September 2008
(iPhone)
  • Percuma untuk ipod Touch dengan iOS 2.0
  • Keluaran pertama untuk iPod Touch (Generasi kedua) (sebagai 2.1.1)
2.221 November 2008
  • Percuma untuk ipod Touch dengan iOS 2.0
  • Penambahan bahasa sokongan
2.2.127 Januari 2009

iPhone OS 3.Xsunting sumber

3.0 datang bersama iPhone 3GS. Keluaran ini juga menyaksikan sokongan untuk peranti generasi pertama iPhone dan iPod Touch (generasi pertama) menerima sokongan yang terhad.

VersiTarikh dikeluarkanNota
3.017 Jun 2009
  • Keluaran pertama untuk iPhone 3GS
  • Tidak semua ciri disokong untuk peranti iPhone dan iPod Touch (generasi pertama)
  • $4.95 untuk peningkaan sistem pengendalian iPod Touch
  • Keupayaan bluetooth dibenarkan untuk iPod Touch (generasi kedua)
  • Penambahan bahasa sokongan
3.0.131 Julai 2009
3.19 September 2009
  • Keluaran pertama untuk iPod Touch (generasi kedua) (model 8GB)
  • Keluaran pertama untuk iPod Touch (generasi ketiga) (sebagai versi 3.1.1)
  • Peningkatan percuma untuk iPod Touch yang menggunakan 3.0
  • $4.95 untuk peningkaan sistem pengendalian iPod Touch
3.1.28 Oktober 2009
3.1.32 Februari 2010Keluaran terakhir untuk iPhone dan iPod Touch (generasi pertama)
iPad sahaja
3.23 April 2010Keluaran pertama untuk iPad
3.2.115 Julai 2010
3.2.211 Ogos 2010


iOS 4.Xsunting sumber

iOS 4.0 adalah iOS yang pertama yang tidak menyokong beberapa peranti. iOS ini juga adalah iOS yang pertama dimana pengguna iPod Touch tidak perlu membayar untuk peningkatan ke iOS ini.
iOS 4.2.1 menyokong iPad. Ia juga adalah yang terakhir buat iPhone 3G dan iPod Touch (generasi kedua).
iOS 4.2 tidak dikeluarkan kerana mempunyai masalah Wi-Fi, dan diganti dengan iOS 4.2.1. [14]


VersiTarikh dikeluarkanNota
iPhone dan iPod Touch sahaja
4.021 Jun 2010
  • Keluaran pertama untuk iPhone 4
  • Sokongan terhad untuk iPhone 3G dan iPod Touch (generasi kedua)
4.0.115 Julai 2010Untuk iPhone sahaja
4.0.211 Ogos 2010
4.18 September 2010Keluaran pertama untuk iPod Touch (generasi keempat)
iPhone, iPod Touch dan iPad
4.2Tiada

iPad

  • Sokongan 4.x untuk iPad
  • Tukaran fungsi suis kunci putaran kepada senyap
4.2.122 November 2010
  • menggantikan iOS 4.2
  • Keluaran terakhir untuk iPhone 3G dan iPod Touch (generasi kedua)
iPhone 4 (CDMA) sahaja
4.2.57 Februari 2011Sokongan jaringan CDMA
4.2.610 Februari 2011
4.2.714 April 2011
4.2.84 Mei 2011
4.2.915 Julai 2011
4.2.1025 Julai 2011
iPhone (GSM), iPod Touch dan iPad sahaja
4.39 Mac 2011Keluaran pertama untuk iPad 2
4.3.125 Mac 2011
4.3.214 April 2011
4.3.34 Mei 2011
4.3.415 Julai 2011
4.3.525 Julai 2011

iOS 5.Xsunting sumber

iOS 5 dikeluarkan pada 12 Oktober 2011.Apple telah mengesahkan bahawa beberapa pepijat hayat bateri telah memberi kesan negatif terhadap hayat bateri dalam iOS 5[15]. Pepijat ini dikatakan telah dibaiki dalam 5.0.1 tetapi ia dikatakan masih wujud.[16]


VersiTarikh dikeluarkanNota
5.012 Oktober 2011Keluaran pertama untuk iPhone 4S
5.0.110 November 2011
5.17 Mac 2012Keluaran pertama untuk iPad (generasi ketiga)
5.1.17 Mei 2012Keluaran terakhir untuk iPad (generasi pertama) dan iPod Touch (generasi ketiga)

iOS 6.Xsunting sumber

iOS 6 tidak menyokong peranti sebelum iPod Touch (generasi keempat), iPhone 3GS, dan iPad 2.
iOS 6 memperkenalkan aplikasi peta yang baru, Maps oleh Apple. Walau bagaimanapun, terdapat banyak pepijat didalam aplikasi ini yang membuatkan aplikasi ini tidak memaparkan peta dengan betul.

VersiTarikh dikeluarkanNota
6.019 September 2012
  • Keluaran pertama untuk iPhone 5, iPod Touch (generasi kelima), iPad (generasi keempat) dan iPad Mini.
  • Tidak semua ciri disokong untuk iPhone 3GS, iPhone 4, iPod Touch (generasi keempat) dan iPad 2.
6.0.11 November 2012
6.0.219 Disember 2012Untuk iPhone 5 dan iPad Mini sahaja[17]

iOS 7.xsunting sumber

iOS 8.xsunting sumber

Rujukansunting sumber

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno