Rencana pilihan di Wikipediaرنچان ڤيليهن ويكيڤيديا
Laman ini menonjolkan beberapa rencana yang telah dipaparkan di Laman Utama yang kami rasa telah dikarang dengan baik. Walau bagaimanapun, memandangkan terdapat banyak rencana dalam Wikipedia, bukanlah mudah untuk memantau kesemuanya. Sebelum sesebuah rencana dimasukkan, ia mestilah terlebih dahulu melepasi satu proses penapisan di Wikipedia; rencana dipilih mengikut gaya, prasa, dan kesempurnaan. Ketika ini, rencana hanya ditukar sekali pada setiap bulan.
Menariknya, kini kami mempunyai 227 buah rencana yang diklasifikasikan sebagai rencana pilihan, ia adalah rencana-rencana pilihan yang dari keseluruhan 372,693 rencana ilmiah pelbagai bidang dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
Satu bintang kecil ini () pada atas hujung kanan pada laman rencana menunjukkan rencana itu telah terpilih sebagai rencana pilihan.
Akhir sekali, walaupun kami memikirkan berikut sebagai antara rencana yang terbaik, kami sentiasa bekerjasama untuk menambahbaikkannya, jadi sentiasalah dampingi laman yang terkini.