Sukan Olimpik Musim Panas 2008

(Dilencongkan dari Sukan Olimpik Beijing 2008)

Sukan Olimpik 2008 (Tulisan Jawi: سوكن اوليمڤيك بيجيڠ 2008) atau secara rasminya dalam bahasa Inggeris: Games of the XXIX Olympiad (Sukan Olimpiad XXIX) merupakan sukan antarabangsa utama yang diadakan di Beijing, Republik Rakyat China dari 8 Ogos hingga 24 Ogos 2008. Seramai 11,028 atlet dari 204 negara (JOK) bertanding dalam 302 acara dalam 28 sukan. Upacara perasmian bermula tepat pada jam 08:08:08 pm CST (12:08:08 UTC) di Stadium Nasional Beijing. Ini merupakan kali pertama China menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, serta kali ketiga bagi negara Asia, selepas Tokyo pada 1964 dan Seoul pada 1988.

Sukan Olimpik XXIX
Hos BandarBeijing, China
Cogan kata同一個世界同一個夢想 (Cina Tradisional
One World, One Dream (Inggeris)
Negara204
Atlet11,028[1]
Acara302 dalam 28 sukan
Pembukaan8 Ogos 2008
Penutupan24 Ogos 2008
Dibuka oleh
Kawah Obor
Li Ning
StadiumStadium Nasional Beijing
Musim Panas
Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 2008
Sukan Olimpik 2008
IOC COC BOCOG

Terdapat banyak juga acara sukan yang dipertandingkan di luar Beijing iaitu bola sepak (di Qinhuangdao, Shenyang, dan Tianjin), ekuestrian (di Hong Kong), dan kapal layar (di Qingdao). Ia Olimpik yang ketiga yang dianjurkan dua negara NOC berlainan (Hong Kong dan tanah besar China menganjurkan Olimpik bersama).

Beijing dipilih sebagai tuan rumah oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 13 Julai 2001. Logo rasmi temasya sukan (dinamai "Beijing Menari") menyerupai perkataan 京 (pinyin: jīng, ibu kota), merujuk kepada bandar raya Beijing. Beberapa JOK baru juga didaftarkan oleh IOC.

Kerajaan China menjayakan temasya ini dengan dilengkapi prasarana baru dan sistem pengangkutan yang canggih.[2][3] Sebanyak 37 lokasi digunakan untuk mengadakan temasya ini di samping 12 lokasi yang baru dibina. China yang dipilih sebagai tuan rumah menjadi medan kritikan dan tohmahan oleh segelintir ahli politik dan NGO yang menyelar akan rekod hak asasi manusia di China.[4][5] China dan yang lain, sementara itu, memberikan amaran supaya tidak mempolitikkan Sukan Olimpik.[6][7]

Temasya ini memperlihatkan 43 rekod dunia yang baru dan 132 rekod Olimpik yang baru dipecahkan.[8] 87 negara direkodkan memenangi sekurang-kurangnya satu pingat semasa temasya ini berlangsung. Michael Phelps memecahkan rekod dalam memenangi banyak pingat emas dalam seseuatu temasya Olimpik dan pingat emas terbanyak bagi kerjaya seseorang atlet Olimpik. Usain Bolt menggondol gelaran tradisi iaitu "Manusia Terpantas di Dunia" dengan mencatat rekod dunia dalam perlumbaan acara 100m dan 200m.

Proses pemilihan tuan rumah

Jam Countdown

Beijing telah dipilih menjadi tuan rumah pada 13 Julai 2001, semasa Sesi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa ke-112 berlangsung di Moscow, menewaskan Toronto, Paris, Istanbul, dan Osaka. Sebelum pengundian itu, lima bandar raya lain—Bangkok, Cairo, Havana, Kuala Lumpur, dan Seville—diterima bidaannya oleh IOC tetapi gagal disenarai pendek pada 2000. Susunan pengundian seperti berikut:

Keputusan pemilihan tuan rumah Olimpik 2008
Bandar rayaNOCPusingan 1Pusingan 2
Beijing  Republik Rakyat China4456
Toronto  Kanada2022
Paris  Perancis1518
Istanbul  Turki179
Osaka  Jepun6

Pada pusingan pertama pengundian, Beijing mendahului jumlah undiannya berbanding empat pencalonan yang lain. Osaka hanya memperoleh enam undian dan telah disingkirkan. Pada pusingan kedua, Beijing memperoleh undian majoriti mutlak, penyingkiran memerlukan pusinga berikut.[9]

Setelah memenangi bidaan, Perdana Menteri China Li Lanqing membuat kenyataan pada 17 Ogos 2001: "Kejayaan membida Sukan Olimpik 2008 adalah satu contoh pengiktirafan antarabangsa terhadap kestabilan sosial dan pemesatan ekonomi China serta kesejahteraan hidup rakyat China." Sebelum itu, Beijing melakukan bidaan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2000. Beijing menjadi pendahulu pusingan pertama, tetapi tewas di tangan Sydney pada pusingan akhir pada 1993.

Persediaan

Gelanggang acara

Sebanyak 31 stadium baru dalam Beijing telah dibina dalam persediaan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2008. Enam stadium di luar Beijing serta 59 pusat latihan juga diperbaiki atau dibina. Stadium-stadium utama termasuklah Stadium Nasional Beijing, Stadium Tertutup Nasional Beijing, Pusat Akuatik Nasional Beijing, Pusat Konvensyen Hijau Olimpik, Pusat Kebudayaan dan Sukan Wukesong Beijing dan sebagainya. 85 peratus daripada belanjawan pembinaan, iaitu sebanyak AS$2.1 bilion dibekalkan oleh sektor swasta melalui pembidaan dan tender.

Acara ekuestrian akan diadakan di Hong Kong kerana tempat lain di China tidak mampu menjamin kawasan bebas penyakit kuda. Acara-acara sukan lain juga akan diadakan di bandar Qingdao, Tianjin, Shanghai dan Qinhuangdao mengikut kesesuaian.[10]

Stadium Nasional Beijing

Stadium Nasional Beijing.

Stadium utama Sukan Olimpik 2008 ialah Stadium Nasional Beijing, yang diberi nama samaran "sarang burung" kerana bentuk rupanya.[11] Kerja pembinaan stadium ini bermula pada 24 Disember 2003. Kerajaan China telah menjemput arkitek dari seluruh dunia untuk mereka bentuk stadium yang baru ini. Reka bentuk syarikat arkitek Switzerland, Herzog & de Meuron Architekten AG dan China Architecture Design & Research Group berjaya dipilih.

Rangka konkrit stadium ini menyerupai kekisi dan mempunyai muatan 80,000 orang penonton. Stadium ini sepatutnya dilengkapi dengan bumbung boleh tarik balik, tetapi rancangan ini dibatalkan atas sebab kewangan. Upacara perasmian dan penutupan, serta acara olahraga dan perlawanan akhir bola sepak akan diadakan di Stadium Nasional Beijing.

Pengangkutan awam

Maklumat lanjut: Beijing Subway
Peta tempat acara Sukan Olimpik

Sistem laluan kereta api bawah tanah Beijing (Beijing Subway) telah diperbaiki dan diperbesar sehingga dapat memuatkan dua kali lebih pengguna untuk menampung keperluan pelancong dan penonton Sukan Olimpik. Kerja pembesaran termasuk membina 80 stesen baru (64 stesen sudah sedia ada). Selain itu, tujuh laluan baru telah ditambah kepada empat yang sedia ada, termasuk satu yang dihubung terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing.

Sebuah bangunan terminal baru juga dibina untuk lapangan terbang tersebut, dan merupakan bangunan terminal terbesar di dunia, dengan lantai seluas 900,000 meter persegi. Sistem Pengawasan Kecemasan untuk cuaca melampau akan diimplemntasikan bagi menjamin keselamatan pelancong yang menaiki pesawat ke Beijing.

Jawatankuasa penganjur juga mengumumkan bahawa skrin video akan dipasang pada semua kereta Metro supaya dapat menyampaikan maklumat terkini tentang acara-acara sukan kepada penumpang. 2500 bas besar dan 4500 bas mini akan beroperasi mengangkut penonton dari gelanggang ke gelanggang.

Merokok juga diharamkan di dalam 66,000 teksi yang mana sesiapa yang didapati merokok akan didenda sebanyak 100-200 yuan (13 hingga 26 USD).

Pemasaran

Logo Olimpik Beijing 2008 di Dataran Tiananmen

Logo Sukan Olimpik 2008 yang bernama "Beijing Menari" (bahasa Cina: 舞动的北京)diperkenalkan pada Ogos 2003 di sebuah majlis yang dihadiri seramai 2,008 orang di Qi'niandian (祈年殿) — the Hall of Prayer for Good Harvests di Kuil Syurga, Beijing (天壇 atau 天坛). Kuil Syurga, Beijing. Logo utama, iaitu bahagian yang merupai mohor yang bertulis perkataan 京 (jing, kependekan untuk Beijing) dalam bentuk badan yang menari. Lengkungan badan itu juga menyerupai tubuh naga Cina. Lengan terbuka badan itu melambangkan jemputan China kepada seluruh dunia untuk menghayati budayanya. Kata Presiden IOC, Jacques Rogge, "Lambang anda (China) dengan segeranya menyampaikan keindahan dan kuasa orang China yang diterapkan dalam warisan dan penduduk anda. Kami (IOC) berkeyakinan bahawa lambang ini akan menjadi antara simbol yang paling baik dan paling bermakna dalam sejarah Olimpik."[12]

Maskot

Fuwa (Bahasa Cina: ; pinyin: Fúwá; bermaksud "anak patung bertuah") diumumkan sebagai maskot Olimpik Beijing 2008. Fuwa telah dirasmikan pada 11 November 2005, tepat seribu hari sebelum upacara perasmian Olimpik Beijing 2008. Pada asalnya ia dinamakan sebagai "The Friendlies". Akan tetapi, ia telah merisaukan pegawai rasmi China yang bimbang akan disalahertikan sebagai "friendless" atau "friend lies".[13]

Fuwa terdiri daripada lima jenis maskot iaitu ikan, panda gergasi, api, antelop Tibet, dan burung layang-layang . Maskot itu terdiri daripada lima elemen mengikut falsafah Cina iaitu air, logam, api, kayu, dan bumi. Setiap jenis Fuwa memiliki warna-warna yang terdapat dalam Gegelang Olimpik yang mempunyai lima gelang. Lima Fuwa itu dinamakan sebagai Beibei, Jingjing, Huanhuan, Yingying, dan Nini. Apabila setiap satu bagi lima nama jenis maskot bersama digabungkan, keputusannya menjadi satu perkataan iaitu (Běijīng huānyíng nĭ) yang bermaksud "Beijing menyambut anda".[14]

Tiket

Jawatankuasa Penganjuran Olimpik Beijing memulakan melakukan penyebaran publisiti bermula Ogos 2006 yang mana lebih 7 juta tiket akan dijual dalam pelbagai jenis acara sukan dan majlis kepada orang awam.[15] Ketua jawatankuasa itu menyatakan harapan beliau bahawa semua rakyat China mempunyai peluang pergi ke temasya ini. Jawatankuasa itu menyebut, harga tiket akan dikurangkan untuk menggalakkan rakyat China lebih ramai ke temasya Olimpik.

Pada 14 April 2007, tiket orang awam dijual menerusi Jawatankuasa Penganjuran Beijing menggunakan tiket domestik (yang mana setiap akaun akan dikenakan caj 75% setiap jualannya) dan setiap negara NOC berhubung menerusi jualan tiket luar negara.[16] Pada Jun 2007, 2.2 juta tiket-tentang jumlah peringkat ketiga telahpun sedia dijual.[17]

Cogan kata

Lambang dan cogan kata Olimpik 2008 dipaparkan saling menyebelah di dalam imej ini.

Pada 26 Jun 2005, Jawatankuasa Olimpik Beijing telah mengumumkan cogan kata Olimpik Beijing 2008, iaitu "Satu Dunia, Satu Impian" (Cina Tradisional: 同一個世界 同一個夢想, Cina Ringkas: 同一个世界 同一个梦想, pinyin: Tóng Yíge Shìjiè Tóng Yíge Mèngxiǎng, bahasa Inggeris: One World, One Dream)[18]. Cogan kata ini memanggil seluruh dunia menyertai semangat Olimpik dan membina masa depan yang cerah ke atas manusia. Ia dipilih daripada 210,000 penyertaan yang melibatkan seluruh dunia.[11]

Pembarangan

Barangan yang bertemakan Olimpik secara rasmi dijual di kedai barangan rasmi

Sejak awal 2007, kedai barangan Olimpik berlesen telah memulakan perniagaannya di seluruh China. Lebih 800 buah kedai rasmi juga dibuka pada akhir Julai 2007. Sejak Ogos 2008, barangan Olimpik juga boleh didapati menerusi dalam talian, menjual, terdapat lebih 5000 jenis produk boleh didapati menerusi laman web pembarangan rasmi, termasuk pakaian, patung maskot, rantai kunci, dan kayu sumpit khas.[19]Pada November 2007, E-shop Olimpik di luar China melindungi akses dalam talian kepada pelanggan di seluruh dunia di bawah Lesen Produk Sukan Olimpik Beijing 2008. (Tidak termasuk AS, Jepun, UK, Kanada dan China)[20]

Muzik

Lagu rasmi bagi sambutan ulang tahun temasya ini bertajuk "We Are Ready"[21] dengan versi yang direkodkan oleh Jackie Chan dari Hong Kong[22]. 106 peserta Miss World 2007 mempersembahkan lagu larian obor versi Inggeris "Light the Passion Share the Dream", ciptaan Chris Babida[23] Hampir sepuluh video muzik mengenai tema Olimpik telahpun direkodkan, termasuk "Every One is Number One" nyanyian Andy Lau dari Hong Kong[24], "Hero" nyanyian Chris Yu dari Taiwan mengisahkan kisah seorang atlet iaitu John Stephen Akhwari dari Tanzania[25], "Dream in Sight" nyanyian Zhou Bichang dari China[26], "Forever Friends" nyanyian Coco Lee dan Sun Nan dari Amerika Syarikat[27], "You, me, and him -- happily we participate" nyanyian Super Girls dan Happy Boys[28], dan "Together on the Blue Planet" nyanyian Nicholas Tse dan Joey Yung dari Hong Kong[29].

Telah diumumkan bahawa Celine Dion dari Kanada[30] dan Jay Chou dari Taiwan[31] akan membuat persembahan ketika majlis perasmian iaitu pada Ogos 2008. Walau bagaimanapun, "Bravo Beijing" (喝彩北京) telah direkodkan secara solo oleh kumpulan muzik lelaki Taiwan, 5566 dengan tema Olimpik.

Pada Mac 2008, pasukan Council Rock High School North Choir dari Newtown, Pennsylvania mempersembahkan sebuah lagu bertaraf dunia iaitu "One World, One Dream", asalnya dicipta oleh Peter de Mets. Lagu itu didendangkan oleh pasukan koir itu untuk Sukan Olimpik 2008 dan menerima komen pujian daripada rakyat China dan diiktiraf oleh kebanyakan media sama ada di Amerika Syarikat dan China.[perlu rujukan] Pasukan koir itu melakukan konsert jelajah pra-Olimpik dan menjelajahi Shanghai, Beijing, dan Tianjin.

Acara sukan

Piktogram ini mengadaptasikan Olahraga.
Pingat Sukan Olimpik Beijing 2008. Perak (kiri), Emas (tengah), Gangsa (kanan)

Aturcara yang terdapat di Olimpik Beijing 2008 hampir menyerupai Olimpik Athens 2004. Olimpik 2008 bakal menyaksikan 28 jenis sukan berentap, dan mempertandingkan 302 acara (yang melibatkan 165 acara lelaki, 127 acara wanita, dan 10 acara campuran), satu acara tambahan daripada jumlah acara di Athens.

Secara keseluruhannya, sembilan acara baru akan dipertandingkan dua daripada disiplin sukan berbasikal iaitu BMX. Wanita dapat menyertai acara lari berhalangan 3000 meter buat kali pertama. Tambahan pula, acara renang marathon untuk lelaki dan wanita melebihi jarak 10 kilometer, akan ditambah dalam disiplin renang. Acara berpasukan (lelaki dan wanita) dalam sukan ping pong akan menggantikan acara beregu. Dalam acara lawan pedang, pasukan foil wanita dan pasukan sabre wanita akan menggantikan acara pasukan foil lelaki dan pasukan epee wanita. [b][32][33]

Pada pertengahan 2006, pemain permainan video berbincang dengan kerajaan China mengharapkan acara permainan video akan diterima sebagai sukan pertunjukan pada temasya ini. Acara pertunjukan tidak pernah dijalankan di semua Sukan Olimpik (Musim Panas atau Musim Sejuk) sejak 1992.[34]

Pada 7 Ogos 2006, sehari sebelum ulang tahun temasya Olimpik Beijing, Jawatankuasa Penganjuran Beijing memperkenalkan piktogram yang melibatkan 35 disiplin Olimpik. Setiap piktogram direka supaya semua orang yang berada di seluruh dunia dapat mengecam perbezaan sukan-sukan yang dipertandingkan di Sukan Olimpik. Set ikon sukan ini diberi nama the beauty of seal characters, yang mana setiap piktogram ini menyerupai perkataan kaligrafi Cina.[35]

Berikut merupakan sukan yang akan dipertandingkan pada temasya ini. Acara sukan Olimpik iaitu akuatik mengasingkan disiplin berbeza iaitu terjun, renang, renang berirama, dan polo air. Jumlah acara yang akan dipertandingkan setiap sukan yang menunjukkan sisipan.

Larian obor

Laluan larian obor Olimpik Antarabangsa 2008

Pelan telah diterima oleh IOC bagi larian obor Olimpik yang diumumkan pada 26 April 2007, di Beijing.[36] Larian obor ini, menggunakan tema "Perjalanan yang Harmoni", akan mengambil masa 130 hari, membawa obor sejauh 137,000 km (85,100 juta) – jarak terpanjang dalam mana-mana larian obor Olimpik (kebanyakannya dikira melalui udara). Larian ini bermula pada 24 Mac 2008, di Olympia, Greece. Dari sana, perjalanan akan diteruskan dari Greece ke Stadium Panathinaiko di Athens, dan kemudian ke Beijing, yang tiba pada 31 Mac. Dari Beijing, obor akan digantikan melalui setiap kontinen kecuali Antartika. Obor itu akan melawat bandar raya di Laluan Sutera, yang mempunyai simbol perhubungan silam antara China dan negara di seluruh. Jumlah pembawa obor ialah 21,880 yang dipilih dari serata dunia melalui pelbagai pertubuhan dan kesatuan.[37]

Obor Olimpik 2008 ketika dalam pameran di Vilnius, 16 Februari 2008.

Pada Jun 2007, pembinaan bermula 108 km (67 mi) panjang "lebuh raya" menghala ke kawasan gunung sebelah Tibet. Projek yang bernilai $19.7 juta akan bermula dari Tingri County, Wilayah Xigazê ke Kem Dasar Everest. Persekitarannya dicabar dengan kesan ke atas jalan raya dan kerapuhan wilayah Himalaya dilaporkan oleh media, tetapi dinafikan kerajaan China.[38] Pada Mac 2008, China menyekat pendaki gunung meneruskan pendakian dari sebelah Gunung Everest dan diyakinkan oleh kerajaan Nepal untuk menutup kawasan tepi itu juga, secara rasminya merisaukan keadaan persekitaran.[39] Ia juga mendapat bantahan daripada kerajaan komunis bahawa aktivis Tibet sedaya upaya menghalang pelan membawa obor Olimpik itu ke puncak tertinggi di dunia.[40]

Mengikut perancangan asal ia dipersetujui pada April termasuk berhenti di Taipei hanya sebelum berakhir di Hong Kong. Kerajaan Taiwan, walau bagaimanapun, lantang menentang usul itu, dan mengecam susunan itu yang mahu larian ke Tawan dilihat sebagai pelabuhan domestik China, jika dibandingkan sebagai pelabuhan antarabangsa.[41] Perundingan terkini mendahului kenyataan IOC secara rasminya menjadikan Taipei sebagai penamat larian obor. Antara China dan Taiwan menyalahkan satu-sama-lain kerana isu politik dimasukkan ke dalam acara ini.[42]

Obor Olimpik berdasarkan skrol tradisional dan menggunakan rekaan tradisional China yang dikenali sebagai "Awan Bertuah" (祥云). Obor itu direka mampu bertahan dalam 65 kilometer per jam mengikut angin, dan ketika hujan naik 50 milimeter per jam.

Para penyokong Olimpik Beijing dan Pergerakan Kemerdekaan Tibet semasa acara larian obor di San Francisco.

Pada 24 Mac 2008, Api Olimpik dinyalakan di Olympia, Greece, iaitu tapak Sukan Olimpik Kuno. Paderi Tinggi Maria Nafpliotou menyalakan obor sebagai pembawa obor pertama, seorang pemenang pingat perak sukan taekwando di Sukan Olimpik 2004 yang bernama Alexandros Nikolaidis dari Greece, menyerahkan obor kepada pembawa ketiga, juara Olimpik acara renang kuak dada wanita yang bernama Luo Xuejuan dari China.[43] Obor Olimpik dinyalakan semula di sebuah upacara gilang-gemilang pada 31 Mac di Beijing yang dihadiri Presiden Hu Jintao, menandakan bermulanya larian obor mengelilingi dunia. Ini membolehkan kerajaan menarik nafas lega hanya untuk seketika sebelum larian memulakan jelajah dunia selama sebulan diselubungi tunjuk perasaan terhadap penindasan hak asasi manusia oleh China serta kegiatan di Tibet. Pada 6 April 2008, larian di London menyaksikan beberapa cubaan memadamkan api obor. Pada hari berikutnya, api itu terpaksa dipadamkan di Paris akibat penentangan terhadap China.[44] Gara-gara gangguan inilah, saringan Amerika di San Francisco pada 9 April mengalami perubahan tanpa pemberitahuan awal untuk mengelak daripada berhadapan kejadian sebegini, namun demonstrasi masih kelihatan sepanjang laluan asal. [45]

Pada 21 April, Api Olimpik tiba di Kuala Lumpur dan menjalani larian dengan lancar sepenuhnya, namun sebelum larian bermula, sekeluarga aktivis pembebasan Tibet dari Jepun terpaksa ditahan sementara setelah mengundang sedikit kekacauan dengan sekumpulan besar penyokong yang berasal dari China.[46] Sementara itu, saringan Jepun di Nagano mengalami perubahan kerana titik mula asal, Kuil Buddha Zenkō-ji, menarik diri atas tanda simpati akan keadaan di Tibet.[47]

Pada 8 Mei, jam 1110 UTC, obor Olimpik berjaya mencapai puncak Gunung Everest (atau Qomolangma bagi penduduk setempat) sebagai menunaikan janji Beijing ketika membida untuk Sukan Olimpik dahulu. Apinya kekal bernyala tanpa banyak masalah sungguhpun mengalami cuaca buruk dan altitud tinggi, kerana teknologi tinggi obor yang direka dan diuji oleh sebuah syarikat aeroangkasa China.[48]

Dari situ, obor dibawa mengelilingi seluruh negara China, tetapi dihentikan dalam tempoh berkabung selama tiga hari dari 19 hingga 21 Mei bagi memperingati mangsa-mangsa gempa bumi besar yang melanda wilayah Sichuan pada 12 Mei. Obor Olimpik mencapai destinasinya di Beijing pada 7 Ogos 2008.

Kalendar

 ● Majlis perasmian ● Acara pertandingan ● Acara akhir ● Gala pertunjukan ● Majlis penutup
Ogos6789101112131415161718192021222324Pingat
emas
Angkat berat●●●●●●●●●●15
Badminton 5
Besbol1
Bola baling2
Bola keranjang2
Bola sepak2
Bola tampar4
Ekuestrian●●6
Gimnastik●●
●●
●●
●●
●●
●●
18
Gusti●●●●●●●●●●●●●●●●●●18
Hoki padang2
Judo●●●●●●●●●●●●●●14
Kanu●●●●●●●
●●●
●●●
●●●
16
Kapal layar●●●●●●●●●●11
Lawan pedang●●10
Lumba basikal●●●●●●●●●●●●18
Memanah4
Mendayung●●●
●●
●●
●●●
●●
●●
14
Menembak●●●●●●●●●●●●15
Olahraga●●●●
●●
●●●
●●●
●●●
●●●
●●●
●●
●●●●●●
●●●
●●●
●●
●●
●●●
●●
●●
47
Pentatlon moden2
Ping pong4
Polo air2
Renang●●
●●
●●
●●
●●
●●
●●
●●
●●
●●
●●
●●
●●
●●
●●
●●
34
Renang berirama2
Sofbol1
Taekwando●●●●●●●●8
Tenis●●●●4
Terjun8
Tinju●●●
●●
●●●
●●●
11
Triatlon2
Jumlah pingat
emas
7141319171716303418201123203112302
Upacara
Ogos6789101112131415161718192021222324

Penyertaan JOK

Peta ini menunjukkan penyertaan negara "JOK" yang menyertai Sukan Olimpik 2004 di Athens. Kebanyakan negara terbabit dijangka terus menyertai Olimpik 2008.

Jumlah negara terlibat (Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan masing-masing) masih belum ditentukan sepenuhnya. Korea Utara dan Selatan sedang berada dalam rundingan untuk menghantar satu pasukan bersatu, namun rundingan itu masih tidak berhasil.[49][50][51] Dalam temasya sukan yang lepas, atlet-atlet kedua-dua negara itu berjalan dalam upacara perasmian di bawah bendera yang sama.

Terdapat beberapa wilayah atau kawasan di seluruh dunia yang baru mendapat status Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC), dan layak bertanding sebagai negara. Antaranya Kepulauan Marshall[52], Tuvalu[53], Serbia dan Montenegro.

Kontroversi

China menerima kritikan dari warga seluruh dunia terutamanya pertubuhan hak asasi manusia atas isu-isu seperti kemerdekaan Tibet[54][55][56] dan pencabulan hak asasi manusia. Terdapat juga pihak yang membidas China atas sokongan kerajaan China kepada kerajaan Sudan yang gagal menyelesaikan konflik Darfur. Aktivis kebebasan bersuara juga memujuk kerajaan China supaya melonggarkan penyekatan mereka terhadap media massa.[57] Isu-isu ini menimbulkan cadangan sesetengah pihak memulaukan temasya Sukan Olimpik 2008 sebagai bantahan terhadap sikap China. Namun, kemungkinan besar perkara ini tidak akan berlaku.

Bantahan dan kemungkinan boikot

Boikot dan bantahan pernah dijalankan pada Sukan Olimpik sebelumnya oleh kumpulan-kumpulan penunjuk perasaan, aktivis, dan kumpulan politik yang berasa tidak puas hati dengan negara tuan rumah atau negara peserta lain. Adakalanya, kegiatan mereka ini disokong oleh negara ahli, seperti pada Sukan Olimpik 1976, 1980 dan 1984.

Sungguhpun tiada satu negara yang meluahkan kesanggupan memulaukan sukan 2008, namun sesetengah pihak melancarkan kempen yang bebas untuk menggesa pemulauan atau meluahkan bantahan. Ada laporan menyatakan bahawa pihak perisikan China sedang mengawasi kegiatan orang asing yang disyaki merancang demonstrasi ketika Sukan Olimpik. Selain mengawasi NGO yang bimbang akan isu dalam negeri China, perisikan China turut berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan kegiatan berkaitan keganasan dan demonstrasi anti-Amerika.[58]

Pihak-pihak penyokong kemerdekaan Tibet, seperti Students for a Free Tibet, telah melancarkan kempen membantah Sukan Olimpik Beijing 2008.[54][55][59]

Pertubuhan kebebasan akhbar Wartawan Tanpa Sempadan telah menyokong boikot sebagai luahan kebimbangan terhadap pencabulan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia di China. Pertubuhan ini berharap agar tekanan dan petisyen antarabangsa dapat mendorong pembebasan banduan suara hati, serta memastikan China menunaikan janjinya kepada IOC mengenai peningkatan kebebasan hak asasi manusia.[60] Wartawan pertubuhan berkenaan mengganggu ucapan jawatankuasa penganjuran China ketika upacara penyalaan obor Olimpik di Greece pada 4 Mac 2008.[54][55][61]

Pada bulan Mac 2008, beberapa ahli politik berpangkat tinggi telah mengumumkan hasrat mereka untuk tidak hadir di upacara pembukaan Olimpik. Canselor Jerman, Angela Merkel, adalah pemimpin dunia pertama yang memutuskan untuk tidak hadir di Olimpik Beijing. Perdana Menteri Poland, Donald Tusk, dan presiden Republik Czech, Václav Klaus, turut membuat keputusan seumpamanya.[62] Bagaimanapun, keputusan Merkel ini tiada kaitan rasmi dengan tindakan China menangani Tibet.[63]

Isu alam sekitar

Kualiti udara di Beijing boleh menjadi risiko utama kepada kesihatan atlet dan menjejaskan prestasi atlet.[64]

Beijing merupakan antara bandar raya besar yang terkotor di dunia dari segi kualiti udara.[65] Pencemaran udara berada di tahap 2 hingga 3 kali lebih teruk daripada tahap yang dikira selamat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Kualiti udara Beijing yang rendah mungkin menurunkan prestasi para atlet, terutamanya yang mengambil bahagian dalam acara luar (outdoor). Beijing telah melancarkan rancangan tindakan untuk mengurangkan pencemaran udara, termasuk mengeluarkan 60,000 teksi dan bas, serta menempatkan semula kilang-kilang industri ke luar Beijing.

Diskriminasi orang tempatan

Penduduk tempatan dilarang menggunakan tandas gelanggang atau tandas stadium Olimpik. Hal ini kerana kerajaan China/penganjur bimbang bahawa isu amalan kebersihan orang tempatan akan memalukan pihak penganjur dan menurunkan imej Olimpik Beijing 2008.[66] Penduduk tempatan yang didapati menggunakan tandas di stadium Beijing akan didenda 100 hingga 500 yuan.[66]

Lihat juga

Rujukan

Nota kaki

Pautan luar

Didahului oleh
Athens
Sukan Olimpik Musim Panas
Beijing

XXIX Olympiad (2008)
Diikuti oleh:
London