Antigua dan Barbuda

61°51′W / 17.117°N 61.850°W / 17.117; -61.850

Antigua dan Barbuda (bahasa Inggeris: Antigua and Barbuda) adalah sebuah kepulauan yang terletak di timur Laut Caribbean. Kepulauan ini adalah sebahagian gagasan Lesser Antilles dengan pulau Guadeloupe di selatan, Montserrat di barat-daya, Saint Kitts dan Nevis di sebelah barat dan Saint Barthélemy di barat-laut.

Antigua dan Barbuda
انتيݢوا دان باربودا
Antigua and Barbuda (bahasa Inggeris)
Bendera Antigua dan Barbuda
Jata Antigua dan Barbuda
BenderaJata
Cogan kataEach Endeavouring, All Achieving
Semua bertekad, Semua mencapai (terjemahan)
Lagu kebangsaanFair Antigua, We Salute Thee
Lagu DiRaja: God Save the Queen1
Lokasi Antigua dan Barbuda
Ibu negara
dan bandar terbesar
Saint John's
Bahasa rasmiBahasa Inggeris
KerajaanRaja Berperlembagaan
Charles III
Rodney Williams
Gaston Browne
Kemerdekaan
• daripada UK
1 November 1981
• Perairan (%)
sedikit sahaja
Populasi
• Perkiraan 2005
81,479 (197)
KDNK (PPP)2005
• Jumlah
AS$750 juta (170)
AS$11,523 (59)
HDI (2019) 0.778[1]
tinggi
Mata wangDolar Caribbean Timur
(XCD)
Zon waktuUTC-4 (AST)
• Musim panas (DST)
UTC-3 (ADT)
Kod panggilanKod kawasan 268
Kod ISO 3166AG
DPT internet.ag
1 God Save The Queen ialah lagu kebangsaan rasmi tetapi hanya digunakan untuk upacara-upacara tertentu.

Penamaan

Dalam bahasa Sepanyol, Antigua dan Barbuda masing-masing bererti "purba" dan "berjanggut". Pulau Antigua pada awalnya dipanggil Wadadli oleh orang Arawak dan masih dikenali dengan nama itu sehingga kini oleh orang tempatan; orang Carib mungkin menamakan Barbuda sebagai Wa'omoni. Christopher Columbus, ketika berlayar pada 1493 mungkin menamakannya Santa Maria la Antigua, setelah suatu ikon di Katedral Seville, Sepanyol. "Janggut" bagi Barbuda mungkin merujuk kepada penduduk lelaki di pulau itu atau pohon ara berjanggut yang ada di sana.

Sejarah

Pulau Antigua pertama kali dihuni oleh pemburu-pengumpul kuno Amerindian yang dikenali sebagai Ciboney.[2][3] Kemudian, bangsa Indian pra-Columbus menghuni pulau Antigua dan Barbuda pada 2400 SM. Kemudian suku Indian Arawak dan Karib mendiami pulau-pulau ini. Penjelajahan awal dilakukan oleh golongan Sepanyol dan Perancis sebelum digantikan oleh British yang membentuk koloni pada 1667 dengan memindahkan golongan Katolik Ireland ke Antigua. Perhambaan yang diamalkan untuk menjalankan tanaman gula di Antigua dihapuskan pada 1834.

Zaman berdaulat

Negara ini menjadi merdeka di bawah Komanwel pada 1 November 1981, dan Vere Bird menjadi Perdana Menteri pertama dengan partinya, Parti Buruh Antigua (ALP). Dalam dua dekad pertama kemerdekaan, perihal politik dikuasai oleh keluarga Bird dan ALP dengan Vere Bird memerintah dari 1981 hingga 1994, diikuti oleh anaknya Lester Bird dari 1994 hingga 2004.[2] Meskipun di bawah kestabilan politik dan berlaku kemajuan sektor pelancongan negara, kerajaan Bird sering dituduh dengan isu rasuah, kronisme dan penyelewengan wang.[3][2] Vere Bird Jr., anak sulung, terpaksa meninggalkan kabinet pada 1990 berikutan skandal penyeludupan senjata Israel kepada pengedar dadah Colombia.[4][5][3] Seorang lagi anak lelakinya, Ivor Bird, telah disabitkan dengan penjualan kokain pada 1995.[6][7]

Penguasaan ALP dalam politik negara berakhir ketika pilihan raya umum Antigua 2004 yang dimenangi oleh Parti Progresif Bersatu (UPP) yang diketuai Baldwin Spencer.[2] Walaupun begitu, UPP kalah dalam pilihan raya pada 2014, dan ALP kembali berkuasa di bawah pemerintahan Gaston Browne.[8]

Geografi

Peta Antigua dan Barbuda.

Negara ini terdiri daripada sejumlah pulau dengan Antigua ialah pulau terbesar dan paling banyak dihuni. Barbuda yang berada tepat di utara Antigua ialah pulau utama lainnya. Kepulauan ini memiliki iklim panas tropika dengan suhu tetap sepanjang tahun. Redonda – diduduki pada 1860-an saat mineral fosfat ditemui dan tidak lagi dihuni sejak 1930 juga milik Antigua dan Barbuda.

Sebagian besar pulau-pulau ini adalah rata, dengan titik tertingginya ialah Boggy Peak pada 402 meter. Bandar-bandar utama negara termasuk ibu kota St. John's (Antigua) dan Codrington di Barbuda.

Rujukan

Pautan luar

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno