Anugerah Akademi ke-86

Majlis Anugerah Akademi ke-86 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2013 dan berlangsung pada Mac 2, 2014 di Teater Dolby, Hollywood, Los Angeles. Semasa majlis, Akademi Sains dan Seni Perfileman mempersembahkan Anugerah Akademi (secara umumnya dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC, diterbitkan oleh Neil Meron dan Craig Zadan dan diarahkan oleh Hamish Hamilton. Ellen DeGeneres mengacarakan majlis ini buat kali kedua dimana sebelum ini beliau mengacarakan Anugerah Akademi ke-79 pada tahun 2007.[6]

Anugerah Akademi ke-86
TarikhMac 2, 2014
TempatTeater Dolby
Hollywood, Los Angeles, California, A.S.
RangkaianABC
PramajlisJess Cagle
Lara Spencer
Robin Roberts
Tyson Beckford[1]
PengacaraEllen DeGeneres[2]
PenerbitNeil Meron
Craig Zadan[3]
PengarahHamish Hamilton[4]
Tempoh3 jam, 34 minit[5]
Filem Terbaik12 Years a Slave
Anugerah terbanyakGravity (7)
Pencalonan terbanyakAmerican Hustle dan Gravity (10)
 < ke-85Anugerah Akademike-87 > 

Dalam acara-acara berkaitan, Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-5 di Grand Ballroom Pusat Hollywood dan Highland pada November 16, 2013.[7] Pada Februari 15, 2014, dalam sebuah majlis di Hotel The Beverly Hills, Beverly Hills, California, Anugerah Akademi untuk Pencapaian Teknikal diacarakan oleh Kristen Bell dan Michael B. Jordan.[8]

12 Years a Slave memenangi tiga anugerah termasuk Filem Terbaik.[9][10] Gravity memenangi anugerah terbanyak dengan tujuh termasuk Pengarah Terbaik untuk Alfonso Cuarón. Pemenang-pemenang yang lain termasuk Dallas Buyers Club juga dengan tiga anugerah, Frozen dan The Great Gatsby dengan dua dan Blue Jasmine, The Great Beauty, Helium, Her, The Lady in Number 6: Music Saved My Life, Mr Hublot dan 20 Feet from Stardom dengan satu.

Calon dan pemenang

Calon-calon untuk Anugerah Akademi ke-86 diumumkan pada Januari 16, 2014 di Teater Samuel Goldwyn, Beverly Hills, California, oleh Cheryl Boone Isaacs, presiden Akademi dan pelakon Chris Hemsworth.[11] American Hustle dan Gravity menerima pencalonan terbanyak dengan sepuluh.[12]

Pemenang-pemenang diumumkan semasa majlis anugerah pada Mac 2, 2014. American Hustle menjadi filem David O. Russell kedua berturut-turut untuk dicalonkan dalam kesemua kategori lakonan dan filem kelima belas secara keseluruhan dalam sejarah Oskar untuk melakar pencapaian ini.[13] Ia juga merupakan filem ketiga selepas Gangs of New York dan True Grit untuk tewas kesemua sepuluh pencalonan.[14] Steve McQueen menjadi pengarah kulit hitam pertama untuk mengarah pemenang Filem Terbaik dan ketiga untuk menerima pencalonan Pengarah Terbaik.[15] Alfonso Cuaron menjadi orang pertama berketurunan Mexico untuk memenangi Pengarah Terbaik. Matthew McConaughey dan Jared Leto memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.[16] Cate Blanchett menjadi pelakon wanita keenam untuk memenangi kedua-dua anugerah lakonan wanita.[16]

Anugerah

Alfonso Cuarón, Pemenang Pengarah Terbaik dan pemenang bersama Suntingan Filem Terbaik
Matthew McConaughey, Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik
Cate Blanchett, Pemenang Pelakon Wanita Terbaik
Jared Leto, Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Lupita Nyong'o, Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaikr
Spike Jonze, Pemenang Lakon Layar Asal Terbaik
John Ridley, Pemenang Lakon Layar Adaptasi Terbaik
Paolo Sorrentino, Pemenang Filem Bahasa Asing Terbaik
Morgan Neville, Pemenang bersama Filem Dokumentari Terbaik
Catherine Martin, Pemenang bersama Rekaan Produksi Terbaik dan Pemenang Rekaan Kostum Terbaik

Pemenang dinyatakan dalam huruf tebal.[17]

Filem TerbaikPengarah Terbaik
Pelakon Lelaki TerbaikPelakon Wanita Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki TerbaikPelakon Pembantu Wanita Terbaik
Lakon Layar Asal TerbaikLakon Layar Adaptasi Terbaik
  • 12 Years a Slave – John Ridley dari Twelve Years a Slave oleh Solomon Northup
    • Before Midnight – Richard Linklater, Julie Delpy dan Ethan Hawke; karakter-karakter berdasarkan filem Before Sunrise dan Before Sunset
    • Captain Phillips – Billy Ray dari A Captain's Duty oleh Richard Phillips dan Stephan Talty
    • Philomena – Steve Coogan dan Jeff Pope dari The Lost Child of Philomena Lee oleh Martin Sixsmith
    • The Wolf of Wall Street – Terence Winter dari The Wolf of Wall Street oleh Jordan Belfort
Filem Animasi TerbaikFilem Bahasa Asing Terbaik
  • The Great Beauty (Itali) dalam Bahasa Itali – Paolo Sorrentino
    • The Broken Circle Breakdown (Belgium) dalam Bahasa Belanda – Felix Van Groeningen
    • The Hunt (Denmark) dalam Bahasa Denmark – Thomas Vinterberg
    • The Missing Picture (Kemboja) dalam Bahasa Perancis – Rithy Panh
    • Omar (Palestin) dalam Bahasa Arab – Hany Abu-Assad
Filem Dokumentari TerbaikDokumentari Terbaik - Subjek Pendek
  • 20 Feet from Stardom – Morgan Neville, Gil Friesen (anugerah selepas meninggal dunia) dan Caitrin Rogers
    • The Act of Killing – Joshua Oppenheimer dan Signe Byrge Sørensen
    • Cutie and the Boxer – Zachary Heinzerling dan Lydia Dean Pilcher
    • Dirty Wars – Richard Rowley dan Jeremy Scahill
    • The Square – Jehane Noujaim dan Karim Amer
  • The Lady in Number 6: Music Saved My Life – Malcolm Clarke dan Nicholas Reed
    • CaveDigger – Jeffrey Karoff
    • Facing Fear – Jason Cohen
    • Karama Has No Walls – Sara Ishaq
    • Prison Terminal: The Last Days of Private Jack Hall – Edgar Barens
Filem Pendek Aksi TerbaikFilem Pendek Animasi Terbaik
  • Helium – Anders Walter dan Kim Magnusson
    • Aquél no era yo (That Wasn't Me) – Esteban Crespo
    • Avant que de tout perdre (Just Before Losing Everything) – Xavier Legrand dan Alexandre Gavras
    • Pitääkö mun kaikki hoitaa? (Do I Have to Take Care of Everything?) – Selma Vilhunen dan Kirsikka Saari
    • The Voorman Problem – Mark Gill dan Baldwin Li
  • Mr Hublot – Laurent Witz dan Alexandre Espigares
    • Feral – Daniel Sousa dan Dan Golden
    • Get a Horse! – Lauren MacMullan dan Dorothy McKim
    • Possessions – Shuhei Morita
    • Room on the Broom – Max Lang dan Jan Lachauer
Skor Muzik Asal TerbaikLagu Asal Terbaik
  • Gravity – Steven Price
    • The Book Thief – John Williams
    • Her – William Butler dan Owen Pallett
    • Philomena – Alexandre Desplat
    • Saving Mr. Banks – Thomas Newman
Suntingan Bunyi TerbaikAdunan Bunyi Terbaik
  • Gravity – Skip Lievsay, Niv Adiri, Christopher Benstead dan Chris Munro
    • Captain Phillips – Chris Burdon, Mark Taylor, Mike Prestwood Smith dan Chris Munro
    • The Hobbit: The Desolation of Smaug – Christopher Boyes, Michael Hedges, Michael Semanick dan Tony Johnson
    • Inside Llewyn Davis – Skip Lievsay, Greg Orloff dan Peter F. Kurland
    • Lone Survivor – Andy Koyama, Beau Borders dan David Brownlow
Rekaan Produksi TerbaikSinematografi Terbaik
  • The Great Gatsby – Catherine Martin (Rekaan Produksi); Beverley Dunn (Hiasan Set)
    • 12 Years a Slave – Adam Stockhausen (Rekaan Produksi); Alice Baker (Hiasan Set)
    • American Hustle – Judy Becker (Rekaan Produksi); Heather Loeffler (Hiasan Set)
    • Gravity – Andy Nicholson (Rekaan Produksi); Rosie Goodwin dan Joanne Woollard (Hiasan Set)
    • Her – K. K. Barrett (Rekaan Produksi); Gene Serdena (Hiasan Set)
  • Gravity – Emmanuel Lubezki
    • The Grandmaster – Philippe Le Sourd
    • Inside Llewyn Davis – Bruno Delbonnel
    • Nebraska – Phedon Papamichael
    • Prisoners – Roger Deakins
Solekan dan Dandanan Rambut TerbaikRekaan Kostum Terbaik
  • Dallas Buyers Club – Adruitha Lee dan Robin Mathews
    • Jackass Presents: Bad Grandpa – Stephen Prouty
    • The Lone Ranger – Joel Harlow dan Gloria Pasqua-Casny
Suntingan Filem TerbaikKesan Visual Terbaik
  • Gravity – Tim Webber, Chris Lawrence, Dave Shirk dan Neil Corbould
    • The Hobbit: The Desolation of Smaug – Joe Letteri, Eric Saindon, David Clayton dan Eric Reynolds
    • Iron Man 3 – Christopher Townsend, Guy Williams, Erik Nash dan Dan Sudick
    • The Lone Ranger – Tim Alexander, Gary Brozenich, Edson Williams dan John Frazier
    • Star Trek Into Darkness – Roger Guyett, Patrick Tubach, Ben Grossmann dan Burt Dalton

Anugerah Kehormat Akademi

Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-5 pada November 16, 2013 dimana anugerah-anugerah berikut dipersembahkan.[18][19][20]

Anugerah Kehormat Akademi

Anugerah Kemanusiaan Jean Hersholt

Filem dengan pencalonan dan kemenangan berganda

19 filem berikut menerima pencalonan berganda:

PencalonanFilem
10American Hustle
Gravity
9
12 Years a Slave
6Captain Phillips
Dallas Buyers Club
Nebraska
5Her
The Wolf of Wall Street
4
Philomena
3Blue Jasmine
The Hobbit: The Desolation of Smaug
2August: Osage County
Despicable Me 2
Frozen
The Grandmaster
The Great Gatsby
Inside Llewyn Davis
The Lone Ranger
Lone Survivor

Lima filem berikut menerima anugerah berganda:

AnugerahFilem
7Gravity
3Dallas Buyers Club
12 Years a Slave
2Frozen
The Great Gatsby

Penyampai dan penghibur

Penyampai

Penghibur

Rujukan

Pautan luar