Artsakh

Republik Artsakh (disebut [art.sakh], Bahasa Armenia: Արցախի Հանրապետություն Arts'akhi Hanrapetut'yun)[3][4] atau dipanggil sebagai Artsakh sahaja, biasanya lebih dikenali sebagai Republik Nagorno–Karabakh di antara 1991 hingga 2017, adalah sebuah wilayah dengan pengiktirafan terhad di Caucasus Selatan. Wilayah ini dianggap sebahagian daripada negara Azerbaijan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), tetapi berada di bawah kawalan pihak pemisah beretnik Armenia. Kawalan terhadap kawasan tersebut kebanyakan merangkumi wilayah autonomi Nagorno–Karabakh dan beberapa kawasan sekeliling, di mana ia bersempadan dengan Armenia di barat, Iran di selatan dan Azerbaijan di selatan dan timur.[5]

Republik Artsakh
ريڤوبليك ارتساخ
Արցախի Հանրապետություն
Artsakhi Hanrapetut’yun (Armenia)
Bendera Artsakh
Jata Artsakh
BenderaJata
Lagu kebangsaanԱզատ ու Անկախ Արցախ (Armenia)
Azat u Ankakh Artsakh   (transliterasi)
Artsakh Bebas dan Merdeka

Lokasi Artsakh
StatusNegeri yang tidak diiktiraf
Diiktiraf oleh 3 negara/wilayah bukan PBB
Ibu negaraStepanakert
39°52′N 46°43′E / 39.867°N 46.717°E / 39.867; 46.717
Bandar terbesaribu kota
Bahasa rasmiArmeniaa
KerajaanRepublik berpresiden, negara kesatuan
• Presiden
kosong
Badan perundanganPerhimpunan Kebangsaan
Kemerdekaan dari Kesatuan Soviet
• Pengisytiharan
2 September 1991[1]
• Pengiktirafan
3 ahli bukan-PBB
Keluasan
• Jumlah
11,458 km2 (4,424 bt2)
Populasi
• Bancian Penduduk 2015
150,932[2]
KDNK (PPP)2010
• Jumlah
$1.6 bilion (n/a)
$3,657 (anggaran 2015) (n/a)
Mata wang
  • Dram Artsakh
  • Dram Armenia

(AMD)
Zon waktuUTC+4 (AMT)
• Musim panas (DST)
UTC+4 (Tidak diamalkan)
Bahagian memanduright
Kod panggilan+374 47c
DPT internet.am, .հայ (de facto)
  1. Perlembagaan menjamin "penggunaan bebas bahasa lain yang tersebar dalam kalangan penduduk".
  2. Ketua negara dan ketua pemerintah, selepas jawatan Perdana Menteri dimansuhkan berikutan pungutan suara perlembagaan.
  3. +374 97 untuk telefon bimbit.

Pembahagian pentadbiran

Republik Artsakh mempunyai lapan pembahagian pentadbiran tahap pertama yang dipanggil sebagai wilayah. Wilayah-wilayah tersebut termasuklah lima daerah bagi bekas Wilayah Autonomi Nagorno–Karabakh, Shahumyan di dalam Republik Sosialis Soviet Azerbaijan yang kini di bawah kawalan Azerbaijan dan tujuh kawasan sekeliling bekas NKAO yang berada di bawah angkatan Artsakh.

Berikutan pengisytiharan kemerdekaan Republik ini, pemerintah Azerbaijan memansuhkan NKAO dan membuat daerah-daerah Azerbaijan di tempatnya. Hasilnya, sesetengah bahagian Republik Artsakh bersepadan dengan daerah-daerah Azerbaijan, manakala bahagian lain mempunyai sempadan yang berbeza. Satu jadual perbandingan pembahagian terkini Artsakh dan daerah Azerbaijan yang sepadan ditunjukkan seperti berikut:[6]

#Pembahagian di Artsakh[7]Jumlah penduduk (2005)Daerah di AzerbaijanBandarBekas NKAO?
1Shahumyan2,560selatan Goranboy, barat KalbajarKalbajar (bekas Shahumian)Tidak
2Martakert18,963timur Kalbajar, barat Tartar, sebahagian AgdamMartakertSebahagian
3Askeran16,979Khojali, sebahagian AgdamAskeranSebahagian
4Martuni23,157utara Khojavend, sebahagian AgdamMartuniSebahagian
5Hadrut12,005selatan Khojavend, Jabrayil, sebahagian FizuliHadrutSebahagian
6Shushi4,324ShushaShushiYa
7Kashatagh9,763Lachin, Qubadli, ZangilanBerdzorTidak
8Stepanakert (ibu kota)49,986KhojaliStepanakertYa

Rujukan

Pautan luar

Laman sesawang rasmi
Media