Bahasa-bahasa Formosa

Bahasa-bahasa Formosa dituturkan penduduk peribumi pulau Taiwan (atau yang juga dikenali dengan nama lamanya "Formosa"). Penduduk pribumi Taiwan (yang diakui pemerintah) sekarang terdiri dari sekitar 2% dari populasi pulau itu.[1] Namun, hanya sedikit yang masih bisa menuturkan bahasa nenek moyang mereka setelah berabad-abad terjadi pergeseran bahasa. Dari sekitar 26 bahasa penduduk pribumi Taiwan, sedikitnya sepuluh bahasa telah pupus, empat atau lima bahasa lain hampir pupus,[2][3] dan beberapa bahasa lain dalam beberapa tingkat terancam.

Bahasa-bahasa Formosa
Taburan
geografi:
Taiwan
Klasifikasi bahasa:Austronesia
Pembahagian:
  • Tsouik
  • Dataran Rendah Barat
  • Formosa Barat Laut
  • Atayalik
  • Formosa Timur
  • Bahasa Bunun
  • Bahasa Rukai
  • Bahasa Puyuma
ISO 639-5:fox
pus

Rumpun bahasa ini sangat penting dari segi linguistik sejarah kerana ketentuan Taiwan sebagai tempat asal-mula seluruh bahasa-bahasa dituturkan orang Austronesia: bahasa-bahasa Formosa membentuk sembilan dari sepuluh cabang utama rumpun bahasa ini menurut pakar bahasa Robert Blust,[4] sementara satu cabang utama yang tersisa membentuk hampir 1,200 buah bahasa Melayu-Polinesia yang ditemukan di luar pulau ini.[5] Meskipun para pakar bahasa tidak setuju dengan beberapa rincian analisis Blust, suatu kesepakatan umum diputuskan menyimpul bahawa bahasa-bahasa Austronesia berasal dari Taiwan.[6] Teori ini diperkuat oleh studi baru-baru ini dalam genetika populasi manusia.[7]

Sejarah masa kini

Semua bahasa-bahasa Formosa lambat laun digantikan oleh bahasa Mandarin yang dominan secara budaya dan pemerintahan. Walau bagaimanapun, pemerintah Republik China dalam dekad-dekad kebelakangan ini mula merangka rancangan penumpuan dan penghargaan budaya penduduk peribumi yang termasuk juga penerapan bahasa ibunda rumpun Formosa di sekolah-sekolah Taiwan; tetapi hasil didatangkan dari inisiatif ini mengecewakan setakat ini.[8][9]

Daftar bahasa

Untuk klasifikasi, lihat Rumpun bahasa Austronesia.

Penentuan batas antara suatu bahasa dan suatu dialek amat sulit lalu menyebabkan ketidaksetujuan kecil di antara para sarjana menyangkut susunan bahasa-bahasa Formosa. Bahkan hal ini lebih tidak pasti lagi bila menyangkut banyak suku-suku Formosa yang punah atau berasimilasi kerana pengetahuan akan hal ini paling baik sering kali sedikit. Contoh bahasa-bahasa Formosa yang sering dikutip adalah sebagai berikut, tetapi daftar ini tidak sebaiknya tidak dianggap melelahkan.

Bahasa-bahasa yang hidup

  • Atayal
  • Bunun (keragaman dialek tinggi)
  • Amis (keragaman dialek tinggi, beberapa dianggap bahasa yang terpisah)
  • Kanakanabu (hampir punah)
  • Kavalan (terdaftar di beberapa sumber[2] sebagai hampir punah, meski analisis lebih jauh mungkin menunjukkan sebaliknya[3])
  • Bahasa Sakizaya
  • Bahasa Paiwan
  • Bahasa Pazeh (hampir punah, hanya satu penutur)
  • Bahasa Kaxabu
  • Bahasa Saisiyat
  • Bahasa Puyuma
  • Bahasa Rukai (keragaman dialek tinggi)
  • Bahasa Saaroa (hampir pupus)
  • Bahasa Seediq (nama lain: bahasa Truku)
  • Bahasa Tao (nama lain: bahasa Yami)
  • Bahasa Siraya
  • Bahasa Thao (hampir pupus)
  • Bahasa Tsou

Bahasa-bahasa yang pupus

  • Bahasa Babuza (nama lain Favorlang)
  • Bahasa Basay
  • Bahasa Hoanya
  • Bahasa Ketagalan
  • Bahasa Makatao
  • Bahasa Popora
  • Bahasa Taivoan
  • Bahasa Taokas

Rujukan

  • Blust, R. (1999), "Subgrouping, circularity and extinction: some issues in Austronesian comparative linguistics", written at Taipei, in E. Zeitoun & P.J.K Li, Selected papers from the Eighth International Conference on Austronesian Linguistics, Academia Sinica

Bacaan lanjut

  • Tsuchida, S. (2003). Kanakanavu texts (Austronesian Formosan). [Osaka?: Endangered Languages of the Pacific Rim].
  • Zeitoun, E. (2002). Nominalization in Formosan languages. Taipei: Institute of Linguistics (Preparatory Office), Academia Sinica.
  • Mackay, G. L. (1893). Chinese-Romanized dictionary of the Formosan vernacular. Shanghai: Printed at the Presbyterian Mission Press.
  • Happart, G., & Hedhurst, W. H. (1840). Dictionary of the Favorlang dialect of the Formosan language. Batavia: printed at Parapattan.

Pautan luar

Templat:Rumpun bahasa Formosa