São Tomé dan Príncipe

São Tomé dan Príncipe (Portugis: São Tomé e Príncipe) atau nama rasmi Republik Demokratik São Tomé dan Príncipe (Portugis: República Democrática de São Tomé e Príncipe) ialah sebuah negara kepulauan yang terletak di Teluk Guinea di jauh di lingkungan khatulistiwa pesisiran barat Afrika Tengah. Ia terdiri daripada gugusan São Tomé dan Príncipe berjarak antara 150 kilometer; kedua-dua pulau ini masing-masing 250 dan 225 km jauh dari pesisiran barat laut Gabon di tanah besar benua Afrika.

Republik Demokratik São Tomé dan Príncipe
ريڤوبليك ديموکراتيك ساو تومي دان ڤرينسيڤي
República Democrática de São Tomé
e Príncipe
Bendera São Tomé dan Príncipe
Jata São Tomé dan Príncipe
BenderaJata
Lagu kebangsaanIndependência total
Kemerdekaan Sepenuhnya
Lokasi São Tomé dan Príncipe
Ibu negaraSão Tomé
Bandar terbesarIbu kota
Bahasa rasmiBahasa Portugal
KerajaanRepublik
• Presiden
Carlos Vila Nova
• Perdana Menteri
Patrice Trovoada
Kemerdekaan 
daripada Portugal
• Tarikh
12 Julai 1975
Keluasan
• Jumlah
1,001[1] km2 (386 bt2) (ke-171)
• Perairan (%)
Negligible
Populasi
• Perkiraan 2016
199,910[2] (ke-186)
• Bancian Penduduk 2012
178,739
199.7/km2 (517.2/sq mi) (ke-69)
KDNK (PPP)2017
• Jumlah
USD685 million[3]
USD3,220[3]
KDNK (nominal)2017
•  Jumlah
USD355 juta[3]
$1,668[3]
Gini (2017)negative increase 56.3[4]
tinggi
HDI (2019) 0.625[5]
sederhana · ke-135
Mata wangDobra São Tomé dan Príncipe
(STD)
Zon waktuUTC+0 (UTC)
Kod panggilan239
Kod ISO 3166ST
DPT internet.st

Penamaan

Pulau São Tomé dinamakan sempena tarikh penemuannya oleh pengemudi Portugis pada hari keraian Santo Thomas pada 21 Disember 1470.[6] Pulau Príncipe pula diberi nama sempena Putera Afonso yakni putera (dalam Portugis: príncipe) Raja João II yang mana Afonso bertanggungjawab mengumpul cukai penanaman tebu di pulau-pulau tersebut; pulau ini pernah diberi nama Santo Antão sebelum tahun 1502 sempena tarikh ia ditemukan pada hari keraian Santo Antonius tanggal 17 Januari tahun 1471.[6]

Sejarah

Kedua-dua pulau São Tomé dan Príncipe tidak berpenghuni sebelum kedatangan orang Portugis pada abad ke-15. Pulau ini mula didaratkan sekitar tahun 1470 oleh rombongan jelajah Portugis diketuai João de Santarém dan Pêro Escobar.[7]

São Tomé dan Príncipe mencapai kemerdekaan pada 12 Julai 1975, dan Manuel Pinto da Costa dipilih sebagai Presiden pertama. Sebuah reformasi demorkasi telah dilaksanakan pada 1990 yang membenarkan penghalalan parti-parti pembangkang.

Geografi

Negara ini terdiri daripada dua pulau utama, Pulau São Tomé dan Príncipe. Pulau-pulau ini ialah pulau gunung berapi pupus yang terbentuk di garisan Cameroon. Negara ini berkeluasan kira-kira 1,001 km2, menjadikan negara ini sebagai negara kedua terkecil di Afrika. Puncak tertinggi negara ialah Pico de São Tomé dengan ketinggian mencecah 2,024 meter. Negara ini merentasi garisan Khatulistiwa di Ilhéu das Rolas, sebuah pulau kecil di selatan São Tomé.

Politik

Sistem politik negara adalah bercorakkan sistem republik. Ketua negara, Presiden São Tomé dan Príncipe dipilih melalui pilihan raya umum dengan penggal selama lima tahun dan tempoh maksimum selama dua penggal. Presiden bertanggungjawab memilih Perdana Menteri yang seterusnya membentuk kabinet kerajaan negara. Perhimpunan Kebangsaan bertindak sebagai badan perundangan negara dan merangkumi 55 buah kerusi.

Ekonomi

Nilai keluaran dalam negara kasar negara ialah $351.1 berdasarkan anggaran 2016. Secara tradisi, ekonomi negara banyak bergantung kepada bidang pertanian, terutamanya penanaman koko. Negara ini kini mempunyai potensi dalam bidang pelancongan serta mempunyai rizab minyak dan gas yang sedang dibangunkan oleh pihak kerajaan.

Demografi

Anggaran jumlah penduduk negara berdasarkan maklumat daripada kerajaan pada Mei 2018 ialah 201,800 orang.[8] Bahasa Portugis ialah bahasa rasmi negara secara de facto. Meskipun begitu, pelbagai kreol seperti Forro dan Kreol Angola ditutur dalam kalangan masyarakat negara. Bahasa Perancis dan Inggeris diajar di sekolah. Kebanyakan penduduk negara menuruti ajaran Katolik manakala kebanyakan yang lain menuruti aliran-aliran Kristian yang lain.

Prasarana

Pendidikan di São Tomé dan Príncipe adalah wajib bagi empat tahun pertama.[9] Pendanaan asing adalah lazim dalam bidang pendidikan negara akibat kekurangan pendanaan daripada pihak tempatan.[9] Institut-institut pengajian tinggi yang didirikan di negara ini ialah Liceu Nacional dan Universiti São Tomé dan Príncipe. Bidang pengangkutan pula lazim terdiri daripada jaringan pengangkutan darat serta pengangkutan udara dan laut; negara ini tidak mempunyai sebarang pengangkutan rel. Negara ini memiliki dua buah lapangan terbang, Lapangan Terbang Antarabangsa Sao Tome dan Lapangan Terbang Principe.

Kebudayaan

Kebudayaan masyarakat São Tomé dan Príncipe adalah campuran budaya Afrika dan Portugis. Makanan-makanan utama negara termasuk ikan, makanan laut dan kekacang.[10][11] Penggunaan rempah yang pedas juga lazim dalam masyarakat negara ini. Bola sepak ialah sukan utama masyarakat negara.

Lihat juga

Rujukan

Laman web

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Lihat juga Daftar negara

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno