Bandar raya global

Bandar raya global (juga dikenali sebagai bandar raya dunia atau bandar raya alfa) ialah bandar raya yang ditentukan melalui titik pertemuan penting dalam sistem ekonomi global. Konsep yang berasal dari bidang geografi dan kajian bandar ini berteraskan gagasan bahawa globalisasi difahami sebagai dicipta, dimudahkan dan dilaksanakan terutamanya di tempat-tempat yang strategik mengikut hierarki kepentingan dan pengendalian sistem kewangan dan perdagangan sedunia.

Paling kompleks di kalangan entiti-entiti sedemikiannya ialah "bandar raya global" (global city), yang mana perhubungan bandar raya ini membawa kesan sosio-ekonomi yang langsung dan ketara terhadap hal-ehwal sedunia.[1] Istilah global city dipercayai dicipta oleh ahli sosiologi Saskia Sassen sebagai memaksudkan London, New York dan Tokyo dalam hasil kerja The Global City (1991),[2] biarpun istilah world city (bandaraya dunia) yang memaksudkan kota-kota yang jauh menguasai lebih banyak perniagaan global berbanding tempat dipakai seawal-awal penggunaan sulungnya oleh Patrick Geddes pada tahun 1915.[3] Sesebuah bandaraya boleh hilang kelayakannya sebagai bandaraya global, misalnya yang semakin kurang bersifat kosmopolitan, dan semakin pudar namanya di peringkat dunia, cth. Kaliningrad, Rusia, Thessaloniki, Greece dan Iskandariah, Mesir.

Kriteria

Taraf bandar raya global atau bandar raya dunia memang dipandang tinggi nilainya. Oleh sebab itu ramai pihak yang cuba menggolongkan dan menarafkan bandar raya yang mana boleh dikira sebagai 'bandar raya dunia' atau sebaliknya.[3] Although there is a consensus upon leading world cities,[4] the criteria upon which a classification is made can affect which other cities are included.[3] Kaedah pengenalpastiannya adalah sama ada berasaskan "pengukur nilai" (cth. "jika sektor pengeluaran dan perkhidmatan ialah sektor terbesarnya, maka bandaraya X ialah bandaraya dunia")[3] ataupun "penentuan perbandingan" ("juka sektor pengeluaran dan perkhidmatan bandaraya X lebih besar berbanding sektor pengeluaran dan perkhidmatan N bandaraya lain, maka bandaraya X ialah bandaraya dunia").[3]

Ciri-ciri ekonomi

Bursa Saham New York


Ciri-ciri politik

Istana Westminster

Ciri-ciri kebudayaan

Louvre
  • Pengetahuan nama pertama di peringkat antarabangsa; yang mana sesebuah bandaraya dikenali tanpa perlu menyatakan pembahagian politiknya. Cth: Bandaraya New York dipanggil "New York" sahaja, walaupun terletak di negeri New York.
  • Institusi kebudayaan terkemuka, seperti muzium, galeri, opera, orkestras, pusat perfileman dan pusat teater terkemuka. Persada kebudayaan yang aktif, termasuk pesta filem (seperti Toronto International Film Festival), tayangan perdana, industri muzik, kelab malam, syarikat opera, galeri seni, perarakan tahunan dsb.
  • Pangkalan perbadanan media berpengaruh yang mencapai seluruh dunia, seperti BBC, Reuters, The New York Times, atau Agence France-Presse.
  • Komuniti kesukanan besar, termasuk kemudahan sukan utama, pasukan tuan rumah sukan liga utama, dan keupayaan dan pengalaman sebagai tuan rumah temasya sukan antarabangsa seperti Sukan Olimpik, Piala Dunia FIFA, atau acara tenis Grand Slam.[18]
  • Institusi pendidikan; cth., universiti,[19] kehadiran pelajar antarabangsa,[20] kemudahan penyelidikan
  • Tapak penziarahan keagamaan
  • Penempatan Tapak Warisan Dunia yang berkepentingan sejarah dan kebudayaan[21]
  • Ketampungan pelancongan

Ciri-ciri prasarana

Shinkansen di stesen Tokyo
  • Sistem pengangkutan canggih yang merangkumi rangkaian lebuh raya atau alihan massa besar yang menyediakan pelbagai kaedah pengangkutan (alihan laju, LRT, rel serantau, feri, atau bas).
  • Sistem alihan massa yang meluas dan popular[22], penggunaan perkhidmatan tren,[23] penggunaan kenderaan jalan raya,[24] pelabuhan utama[25]
  • Lapangan terbang antarabangsa utama yang berfungsi sebagai hab yang mantap untuk syarikat penerbangan terkemuka, cth. London. Lapangan terbang yang menampung bilangan penumpang yang amat ramai, apatah lagi penumpang antarabangsa,[26] atau muatan yang besar-besar
  • Prasarana perhubungan canggih yang digunakan oleh perbadanan multinasional utama, seperti gentian optik, Wi-Fi, telefon bimbit, dan lain-lain talian perhubungan berkelajuan tinggi.
  • Kemudahan kesihatan; e.g. hospital, makmal perubatan
  • Latar langit dan pencakar langit terkemuka[27]

Kajian

Kajian GaWC

Bandar Raya Dunia Alfa 2008

Salah satu percubaan terawal untuk menentukan, menggolongkan dan menarafkan bandaraya global dilakukan pada tahun 1998, oleh Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC) yang bertapak di jabatan geografi Universiti Loughborough, United Kingdom. Jadualnya digariskan dalam GaWC Research Bulletin 5 dan menarafkan bandaraya berdasarkan peruntukan "khidmat pengeluaran termaju" seperti perakaunan, pengiklanan, kewangan, dan perundangan.[4] Inventori GaWC mengenal pasti tiga taraf bandaraya global diikuti beberapa subtaraf.

Penarafan GaWC selama ini diterbitkan empat tahun sekali. Penarafan tahun 2004 mengiktiraf penunjuk baru di samping masih menekankan ekonomi bandaraya berbanding faktor politik dan kebudayaan. Penarafan 2008 pula lebih menggunakan data lanjutan yang diperoleh di Chinese Academy of Social Sciences sambil memastikan kebolehbandingan dengan penarafan 2000 dan 2004. Kesemua bandaraya yang layak disusun mengikut kategori bandaraya global "Alfa" (with four sub-categories), "Beta" (three sub-categories), "Gama" (three sub-categories), dan bandaraya yang menikmati "Kecukupan Tinggi" atau "Kecukupan" kehadiran bandaraya global.

Senarai Bandaraya Dunia Alfa, Beta dan Gama 2008 adalah seperti berikut; rujuk sumbernya untuk senarai selengkapnya:[28][29]

Bandar Raya Dunia Alfa ++:

Bandar Raya Dunia Alfa +:

Bandar Raya Dunia Alfa:

Bandar Raya Dunia Alfa :

Bandar Raya Dunia Beta +:

Bandar Raya Dunia Beta:

Bandar Raya Dunia Beta :

Bandar Raya Dunia Gama +:

Bandar Raya Dunia Gama:

Bandar Raya Dunia Gama :

Indeks Bandar Raya Global

Pada Oktober 2008, jurnal Foreign Policy dari Amerika Syarikat, bersama firma penasihat A. T. Kearney dan Chicago Council on Global Affairs, menerbitkan senarai bandaraya global berasaskan nasihat daripada Saskia Sassen, Witold Rybczynski, dan lain-lain. Foreign Policy menyatakan bahawa "bandar raya-bandar raya yang terbesar dan terbanyak saling membantu menetapkan agenda global, mengharungi ancaman rentas negara dan berfungsi sebagai hab persepaduan sedunia, selaku enjin pertumbuhan negara masing-masing dan pintu masuk sumber serantau."[30]

Penarafannya berasaskan penilaian 24 metrik di lima bidang: kegiatan perniagaan, modal insan, pertukaran maklumat, pengalaman budaya, dan keterlibatan politik. Pada tahun 2010, 30 bandaraya global terunggul adalah:[31]

KedudukanBandar Raya
1Bandar Raya New York
2London
3Tokyo
4Paris
5Hong Kong
6Chicago
7Los Angeles
8Singapura
9Sydney
10Seoul
11Brussel
12San Francisco
13Washington D.C.
14Toronto
15Beijing
16Berlin
17Madrid
18Vienna
19Boston
20Frankfurt am Main
20Shanghai
22Buenos Aires
23Stockholm
24Zurich
25Moscow
26Barcelona
27Dubai
28Rome
29Amsterdam
30Bandar Raya Mexico

Global Power City Index

Institute for Urban Strategies di The Mori Memorial Foundation di Tokyo, Jepun mengeluarkan kajian menyeluruh mengenai bandaraya global pada Oktober 2009, berasaskan enam kategori keseluruhannya, iaitu "Economy," "Research & Development," "Cultural Interaction," "Livability," "Ecology & Natural Environment," dan "Accessibility," diperincikan oleh 69 petunjuk individu.[32]

Ked.Bandar rayaMarkahKategori terbaik (ked.)
1Bandar Raya New York330.4Economy (1.) Research & Development (1.)
2London322.3Cultural Interaction (1.)
3Paris317.8Livability (1.) Accessibility (1.)
4Tokyo305.6Economy (2.) Research & Development (2.)
5Singapura274.4Economy (5.) Cultural Interaction (5.)
6Berlin259.3Livability (2.)
7Vienna255.1Ecology & Natural Environment (3.)
8Amsterdam250.5Accessibility (3.)
9Zürich242.5Ecology & Natural Environment (2.)
10Hong Kong242.5Economy (4.)
11Madrid242.5Ecology & Natural Environment (7.) Accessibility (7.)
12Seoul242.1Research & Development (4.)
13Los Angeles240.0Research & Development (5.)
14Sydney237.3Ecology & Natural Environment (9.)
15Toronto234.6Livability (5.)
16Frankfurt232.9Accessibility (5.)
17Copenhagen231.7Economy (9.) Livability (9.)
18Brussel229.9Livability (8.)
19Geneva229.7Ecology & Natural Environment (1.)
20Boston226.2Research & Development(6.)

Diikuti oleh:

21. Shanghai (224.1), 22. Chicago (221.1), 23. Vancouver (219.1), 24. San Francisco (218.1), 25. Osaka (215.1), 26. Beijing (211.4), 27. Kuala Lumpur (204.1), 28. Milan (203.5), 29. Bangkok (199.1), 30. Fukuoka (196.5), 31. Taipei (195.9), 32. Moscow (179.5), 33. São Paulo (177.7), 34. Mumbai (165.5), 35. Kaherah (132.2)

Penarafan bandaraya mengikut kategori

Ked.Bil. penduduk bandaraya sebenarBil. penduduk kawasan metropolitan[33]Peratusan kelahiran asing[34]Kos sara hidup ekspatriat[9]Sistem metro mengikut jumlah penumpang tahunanSistem metro mengikut jumlah kepanjangan laluanLapangan terbang mengikut jumlah penumpang tahunan[35]Bilangan ribu-jutawan (AS$)[36]Keluaran Metropolitan Kasar mengikut jumlah pariti kuasa beli[37]
1MumbaiTokyoDubaiTokyoTokyoLondonLondonBandar Raya New YorkTokyo
2ShanghaiSeoulMiamiOsakaMoscowBandar Raya New YorkBandar Raya New YorkLondonBandar Raya New York
3KarachiMexico CityAmsterdamMoscowBandar Raya New YorkBerlinTokyoMoscowLos Angeles
4DelhiBandar Raya New YorkTorontoGenevaSeoulMadridAtlantaHong KongChicago
5IstanbulMumbaiMuscatHong KongMexico CityMoscowChicagoLos AngelesParis
6São PauloJakartaVancouverZürichParisSeoulParisDallasLondon
7MoscowSão PauloAucklandCopenhagenHong KongShanghaiLos AngelesIstanbulOsaka
8SeoulDelhiGenevaBandar Raya New YorkLondonParisDallasSan FranciscoBandaraya Mexico
9BeijingOsakaMakkahBeijingOsakaBeijingFrankfurtChicago,
Mumbai,
São Paulo,
Tokyo
Philadelphia
10Bandar Raya MexicoShanghaiThe HagueSingapuraSão PauloTokyoBeijingn/aWashington, D.C.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar