Bioteknologi

Bioteknologi ("teknologi biologi") merujuk kepada teknologi berasaskan biologi, terutama apabila ia digunakan dalam bidang pertanian, sains makanan dan perubatan. Persidangan mengenai Kepelbagaian Biologi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi:[1]

Struktur insulin
"Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus."

Sebelum 1970-an, istilah, bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia. Dengan itu istilahnya boleh ditakrifkan sebagi, "Penggunaan pengetahuan tempatan dan/atau saintifik bagi pengurusan (sebahagian) mikroorganisma, atau sel dan tisu organisma peringkat tinggi, agar ia membekalkan barangan dan perkhidmatan bagi manusia.[2]

Banyak orang telah bercakap - dan melabur - dalam bidang bioteknologi dengan harapan ubat ajaib dapat dihasilkan. Walaupun kini terdapat sebilangan kecil ubat mujarab, secara umumnya saty revolusi tidak terjadi dalam bidang farmaseutikal. Akan tetapi, perkembangan terbaru dalam ubat berasaskan antibodi monoklon mengesyorkan bahawa bioteknologi kini telah mempunyai fungsi dalam penjualan farmaseutikal.


Contoh

Perubatan

Dalam bidang perubatan, bioteknologi moden mempunyai banyak aplikasi dalam bidang seperti penemuan dan pengeluaran ubat farmaseutikal, farmakogenomik dan ujian genetik (atau penyaringan genetik). Pada 2021, hampir 40% daripada jumlah nilai syarikat syarikat bioteknologi farmaseutikal di seluruh dunia telah aktif dalam onkologi (ilmu kanser), dengan neurologi serta penyakit jarang jumpa menjadi dua tumpuan aplikasi besar lain.[3]

Pertanian

Tanaman transgenik ("tanaman GM", atau "tanaman bioteknologi") ialah tumbuhan dalam pertanian dengan DNA yang telah diubah suai melalui teknik kejuruteraan genetik.[4] Dalam kebanyakan kes, matlamat utama adalah untuk memperkenalkan sifat (trait) baharu yang tidak ada secara semula jadi dalam spesies. Firma bioteknologi boleh menyumbang kepada keselamatan makanan masa hadapan dengan menambah baik pemakanan dan daya maju pertanian bandar. Tambahan pula, perlindungan hak harta intelek menggalakkan pelaburan sektor swasta dalam agrobioteknologi. Contoh sifat yang ditambah termasuk ketahanan menentang perosak,[5] penyakit,[6] persekitaran luar kelaziman,[7] ketahanan terhadap bahan kimia seperti herbisid,[8] pengurangan kerosakan,[9] dan menambah atau memperkaya kandungan nutrien tanaman.[10]

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Jenis-jenis
Bidang-bidang utama Teknologi
IndustriKejuruteraan kewangan | Mesin | Pembinaan | Pengilangan | Perlombongan
KejuruteraanBiokejuruteraan | Kejuruteraan alam sekitar | Kejuruteraan awam | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan bangunan | Kejuruteraan biokimia | Kejuruteraan bioperubatan | | Kejuruteraan elektrik | Kejuruteraan elektronik | Kejuruteraan kimia | Kejuruteraan komputer | Kejuruteraan mekanik | Kejuruteraan nuklear | Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan kaji logam | Kejuruteraan perindustrian | Kejuruteraan perisian | Kejuruteraan pertanian | Kejuruteraan petroleum
Kesihatan dan KeselamatanBioinformatik | Bioteknologi | Bahan farmaseutik | Kejuruteraan bioperubatan | Kejuruteraan keselamatan | Kimiainformatik | Teknologi kesihatan | Teknologi perlindungan kebakaran
Maklumat dan KomunikasiGrafik | Komunikasi | Pengecaman pertuturan | Teknologi muzik | Teknologi pandangan
Olahraga dan RekreasiAlatan perkhemahan | Kelengkapan sukan | Sukan | Taman permainan
Pengangkutan Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan samudera | Kenderaan bermotor | Pengangkutan | Ruang angkasa | Teknologi angkasa lepas
Rumah / KediamanAlat rumah | Hasil and pengeluaran makanan | Teknologi pendidikan | Teknologi rumah tangga
Sains gunaanElektronik | Fizik kejuruteraan | Kecerdasan buatan | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan optik | Kejuruteraan seramik | Mikroteknologi | Nanoteknologi | Sains bahan | Storan tenaga | Tenaga | Teknologi hijau | Teknologi nuklear | Teknologi perkomputeran
TenteraBom | Kejuruteraan angkatan laut | Senjata api dan amunisi | Teknologi dan kelengkapan tentera