Pergi ke kandungan

Filemografi Erra Fazira

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Erra Fazira pada 2015

Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia, Erra Fazira telah muncul dalam banyak kredit lakonan dan rancangan televisyen. Beliau membuat penampilan televisyen pertamanya pada usia 17 tahun dengan berkhidmat sebagai pengacara rancangan Temasya Aidilfitri (1991) dan membuat penampilan layar lebar pertamanya menerusi watak utama bersama Awie dan Ziana Zain dalam filem Sembilu (1994)[1][2] dan kesinambungannya yang ditayangkan pada 1995,[3][4] meraih kejayaan pecah panggung. Antara 1996 dan 1998, beliau muncul dalam beberapa filem yang mencapai kejayaan komersial, termasuk Tragedi Oktober (1996) dan Gemilang (1997). Kejayaan filem-filem ini menjadi penanda aras dalam kerjaya lakonan beliau, sekaligus menerima jolokan "Primadona Filem Melayu Alaf Baharu" dan menjadikan beliau sebagai antara pelakon wanita yang terlaris di pawagam Malaysia.

Berikutan kejayaan ini, Erra kemudian membintangi dua filem yang menerima pengiktirafan kritis pada tahun 2000, iaitu memegang watak seorang gadis biasa menjadi seorang peragawati terkenal setelah dia dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia dalam filem Pasrah (2000) yang berdasarkan dari kisah benar beliau;[5] dan watak jurujual yang bercinta dengan seorang pemuda berpendidikan tinggi dalam Soal Hati.[6] Menerusi filem Soal Hati lakonannya, beliau dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-13 dan Aktres Terbaik di Anugerah Skrin 2001. Beliau paling dikenali menerusi gandingan hebatnya bersama Rosyam Nor menerusi beberapa filem, seperti Gerak Khas The Movie (2001), Janji Diana (2003), KL Menjerit 1 (2005) dan Castello (2006). Selain itu, beliau juga dikenali menerusi gandingannya bersama bekas suaminya, Yusry Abdul Halim menerusi filem Mr. Cinderella (2002), Cinta Kolestrol (2003) dan Hingga Hujung Nyawa (2004). Menerusi persembahannya dalam Hingga Hujung Nyawa, Erra memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18. Beliau membuat penampilan sulungnya di Hollywood apabila digandingkan bersama Christopher Atkins dalam filem Hidden yang menjalani penggambaran pada 2007 dan ditayangkan pada 2011. Dalam filem ini, beliau memegang watak seorang wanita yang bimbang melihat tumbesaran anak lelakinya, yang tidak seperti kanak-kanak lain.[7][8][9]

Beliau terus menguasai industri perfileman dengan filem-filem lakonannya yang lain termasuk Longkai (2013), Warna Cinta Impian (2016), Soulmate Hingga Jannah (2017), Polis EVO 2 (2018), Bikin Filem (2020) dan Kongsi Raya (2022). Erra membuat penampilan pentas pertamanya menerusi pementasan teater Selendang Umi (1998) karya Sasterawan Negara, Noordin Hassan.[10][11] Drama pertama yang dibintanginya ialah Mertua vs Menantu (2008–2009) dengan melakonkan watak utama bersama Rozie Othman, Aqasha dan Raja Farah.[12] Bagi persembahannya dalam telefilem Sanggul Beracun (2011) yang menggandingkan beliau bersama Sabri Yunus, Erra meraih pencalonan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2011 yang berlangsung di Singapura.[13][14] Dari 2018 sehingga 2021, beliau melakonkan watak ASP Jeslina dalam siri drama kepolisan Gerak Khas dan kembali menjayakan peranannya dalam Gerak Khas Undercover (2021–2022).

Selain dari kerjaya lakonan, Erra turut berkecimpung dalam bidang pengacaraan dengan mengacarakan Fesyen Tempo, Dunia Wanita, Primadona dan Mingguan Wanita. Beliau juga muncul dalam rancangan TV realiti mengenai anak sulungnya, Gugu Gaga Erra yang memaparkan perjalanan beliau sebagai ibu kepada anaknya, Engku Aleesya.[15] Beliau turut menjadi salah seorang mentor dalam rancangan TV realiti nyanyian, Mentor musim kelima yang mana beliau bertanggungjawab membimbing anak didiknya, Salma Asis.[16] Beliau turut menyumbangkan suaranya untuk watak tajuk dalam filem animasi Putih (2001).[17]

Filemografisunting sumber

Filemsunting sumber

TahunTajukWatakCatatanRuj.
1994SembiluRosmawati Sofian (Wati)Filem pertama[1]
1995Sembilu II[18]
1996Maria MarianaMaria Zakaria[19]
Tragedi OktoberRosmawati Sofian (Wati)[20]
1997GemilangJulia[21]
1998Maria Mariana IIMaria Zakaria
2000PasrahFarah Diba[5]
Soal HatiNurul Ain[22]
2001Gerak Khas The MovieInspektor Syafiqah[23]
PutihBawang PutihSuara[24]
2002Mr. CinderellaPuteri Megawati Darul Kasih[25]
Soalnya Siapa?Nurul Ain[26]
2003Gila-Gila PengantinAliah Hamdan
Janji DianaDiana Murad[27]
Cinta KolestrolFazira Osman/ErraJuga sebagai penerbit[28]
Mr. Cinderella 2Puteri Megawati Darul Kasih
MX3Dirinya sendiriPelakon undangan[29]
2004Kuliah CintaJohanna Abdul Rahman (Jojo)[30]
Hingga Hujung NyawaNora Halim[31]
7 PerhentianSue[32]
I Know What You Did Last RayaDr Mira
2005Potret MistikCik Puan Kartini
Sembilu 2005Cikgu Ira[33]
Lady BossSalmi
Gila-Gila Pengantin PopularSheera Mustapha[34]
KL Menjerit 1Nina[35]
2006CastelloChalita[36]
Persona Non GrataHey
2007Qabil Khushry Qabil IgamKarisma Saat
2008CuciSiti Jasmin Rahim (CJ)
AnakHasnita
Los dan FaunPuan Jasmine Al Sogood
2009Sifu dan TonggaTammy
2010Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami!Markonah Rempeyek
2011HiddenDianProduksi Hollywood[37]
Sanggul BeracunSiti AminahFilem langganan Astro Citra Eksklusif
2012NgoratKeyra
Parut AsyikinNurul AsyikinFilem langganan Astro Citra Eksklusif
2013LongkaiZarina[38]
2016Warna Cinta ImpianErra[39]
2017Soulmate Hingga JannahIra[40]
2018Hantu Kak LimahRosmawati Sofian (Wati)Pelakon undangan
Polis EVO 2SAC Dato' Azizat Mansor[41]
2019WangiNor[42]
2020Bikin FilemDatin Azizah[43]
2022Kongsi RayaSarah[44]
RumahMaya[45]
Bintang HatikuCik Ika
2023Selalu AdaDr. JayyanaFilem pendek[46]
Sue-OnCik Nab
2024Korsakoff
Harimau Malaya: The Untold JourneyDatin Norliza

Telefilemsunting sumber

TahunTajukWatakSaluran TVGandingan
2002Siapa Mau Potong Baju?Dirinya sendiriTV2
2008Joe & FaridahFaridahAstro RiaAdlin Aman Ramli
2009BonanzaMasturaAstro PrimaFizo Omar
Cinta LelongEmmaAstro RiaAaron Aziz
201030 Hari Mengenali CintaRita
Selamat Tinggal AlexandriaAstro Prima
2011Pontianak Kampung BatuTeeraAstro RiaAmar Baharin
Hantu Susu
Pontianak Beraya Di Kampung Batu
Prebet Jamilah 2
Mak OK Jer!Astro PrimaRashid Salleh
2012Hantu Susu KembaliTeeraAstro Ria
Pontianak Masih Beraya Di Kampung Batu
2013La Diva LasressaEcahAstro WarnaAzhan Rani
2014Aku TahuSyuhadaAstro Mustika HDAqasha
ShopaholicKojieAstro Box OfficeNazim Othman
2015Aku Benci RayaDeeAstro RiaAwie
Seutas Tasbih BiruAishahRemy Ishak
2017Kalut Nak RayaMimiAwie
2019Sempurnakah AkuAmeliaZul Ariffin
Papa SegeraWandaTV1Idris Khan
2023Perempuan Tanpa CintaZarahTV2Azri Iskandar

Dramasunting sumber

TahunTajukWatakSaluran TVCatatan
2008-2009Mertua VS MenantuNurul AinAstro Prima2 musim
2009Kasih TerciptaLisa
2011Kelas Kau Maria!MeeraAstro Ria
2012Mana Hilangnya JuwitaJulia
2013Nur MelindaCikgu NurAstro Prima
Ammara BatrisyaBatrisyaTV3
2015Takhta 3 RatuTun TejaAstro First6 Episod
2016Rumi & JawiKeisyaAstro Prima
Tuan Anas Mikael 5 Hari BerayaNinaAstro Ria
2017Dia BidadarikuSuri
My Darling, Inspektor DanielASP Maria
2018–2021Gerak KhasASP JeslinaTV2, TV38 musim
2018Mak Cun 4OlioTV3
DianEva Raishantv7
2021–2022Gerak Khas UndercoverJeslinaTV34 musim
2024Rampas Cintaku 2Dato’ NashaIQIYI

Televisyensunting sumber

TahunTajukPerananSaluran TVCatatan
1991Temasya AidilfitriPengacaraTV1Penampilan pertama di kaca TV
1992Miss World 1992PesertaE! / South African Broadcasting CorporationMewakili Malaysia
1993Fiesta Aidilfitri '93PengacaraTV1
1996Hiburan Minggu Ini bersama Erra Fazira
1998Cit Cat AzwanArtis undanganAstro RiaMusim 1
Anugerah Skrin dan Bintang Popular 1997/98penyampai bersama Ahmad IdhamTV3bagi kategori Penyanyi Lelaki & Wanita Popular
1999Anugerah Juara Lagu ke-14PesertaTV3Kategori Pop Rock
Anugerah Seri Angkasa 1999Penyampai bersama Latif Ibrahim & Persembahan, lagu Jendela HatiTV1Menang Anugerah Penghibur TV Terbaik
MTV Syok 100Dirinya sendiriMTV
2000Anugerah Industri Muzik ke-6Persembahan, lagu Oh La La Indahnyantv7
Anugerah Juara Lagu ke-15PesertaTV3Kategori Balada
Cit Cat AzwanArtis undanganAstro RiaMusim 3
Parti Cit Cat Azwan ke-2Pemenang Artis Contoh PCC
Seiring Jalan 2000Artis undanganTV1 / RTB
Temasya AidilfitriTV1
Seloka Syawal 2000
2001Cit Cat AzwanArtis undanganAstro RiaMusim 4: Lokasi Phuket,Thailand
Hiburan Minggu Ini bersama Erra FaziraPengacaraTV1
2001–2002Fesyen TempoPengacaraTV1Sebagai penerbit
2002Cit Cat AzwanArtis undanganAstro RiaMusim 5
Parti Cit Cat Azwan ke-4peserta rombongan bersama Siti Nurhaliza,KRU,Umie Aida & ramai lagi
2003HMI Menjelang Syawal Yusry & ErraPengacaraTV1bersama suaminya, Yusry Abdul Halim
Cit Cat AzwanArtis undanganAstro RiaMusim 6: Lokasi Miyazaki,Jepun
2003/2004Bahulu BangkitDirinya sendiriTV3Rancangan Hiburan (sitkom)
2004Anugerah Planet MuzikPersembahanAstro Ria / RCTI / Mediacorp
Cit Cat AzwanArtis undanganAstro RiaMusim 7
Jang Oh Jang! Parti Cit Cat Azwan ke-5Pemenang Anugerah Pakaian Tercantik & Artis Paling Jelita
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-17Menang Pelakon Filem Wanita Popular & Persembahan, lagu Jika Kau TiadaTV3bersama suaminya, Yusry Abdul Halim
Separuh Akhir Muzik Muzik 19Pesertapersembahan lagu Hanya Di Mata bagi kategori lagu Pop Rock
2005Anugerah Juara Lagu ke-19PesertaKategori Pop Rock
Anugerah Skrin 2005Tercalon
2006 Raya @ 1Artis undanganTV1
Anugerah Skrin 2006Persembahan Tiru Macam SayaTV3bersama Siti Nurhaliza
2007 Mesra Sokmo Cit Cat Azwan ke-7Artis undanganAstro Riapeserta rombongan bersama Ning Baizura,Liza Hanim,Ajai & ramai lagi
2008 Zoom In...Raya 2008Artis undanganTV1
Festival Filem Malaysia ke-21tercalon dalam kategori pelakon wanita terbaik & Persembahan Apek & MarjinaAstro Riabersama Nabil Ahmad
Anugerah Skrin 2008Penyampai bersama Afdlin ShaukiTV3bagi kategori Pelakon Lelaki & Wanita Terbaik Filem
Jozan ShowArtis undanganAstro PrimaEpisod:12
2009Gugu Gaga ErraRealiti TV menampilkan suami, Engku Emran dan anak, Engku AleesyaAstro Ria
Pentas Akhir Anak WayangJuri Profesionalbersama Nasha Aziz & Rashid Sibir
Mega Raya 2009Dirinya sendiribersama Anita Sarawak,Lisa Surihani,Farid Kamil,Aaron Aziz & ramai lagi
Dunia WanitaPengacaraTV1bersama Umie Aida dan penerbit
2010Tiger Futbol StarzAstro Ria
Perjalananku…Erra FaziraDirinya sendiriTV9
Anugerah Skrin 2010penyampai bersama Eja & Aziz SatarTV3bagi kategori Videografi Terbaik,Pelakon Wanita & Lelaki Terbaik Filem
2011Mentor (Musim 5)Realiti TVTV3sebagai peserta protage Salma A Asis
VOKAL "Bukan Sekadar Rupa"Juri Profesionalbersama Azmeer
Mentor (Musim 5) Edisi Khas RayaDirinya sendiribersama peserta Mentor
Anugerah Skrin 2011Tercalonbagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama
Mega Raya 2011Dirinya sendiriAstro Riabersama pengacara Aznil Nawawi,Ziana Zain,Zizan Razak & ramai lagi
Stylista Raya Si ManjaDirinya sendiribersama Nora Danish & Dynas Mokhtar
Pilih Kasih Musim KetigaJuri ProfesionalTV1bersama Umie Aida dan Rosyam Nor
2012Ziana,Amy & ErraDirinya sendiriTV3rancangan raya bersama Ziana Zain & Amy Search
Anugerah Skrin 2012penyampai bersama Rosyam Norbagi kategori Rancangan Hiburan Terbaik & Pelakon Pembantu Wanita & Lelaki Terbaik Filem
Mega Raya 2012Dirinya sendiriAstro Riabersama pengacara Aznil Nawawi & selebriti-selebriti
Randy! Oh My RayaDirinya sendiribersama Randy Pangalila & selebriti-selebriti
PrimadonaPengacaraAstro Primabersama Ziela Jalil, Raja Azura dan Rozita Che Wan
2013Festival Filem Malaysia ke-25Astro Mustika HDbersama Fahrin Ahmad
Tunggu SekejapArtis undanganTV3bersama Fauziah Latiff
2014MeleTOP Throwbaek RayaDirinya sendiriAstro Riabersama Awie, & Ziana Zain
2015Anugerah MeleTOP Era 2015Persembahan Parodi Filem Sembilubersama Awie,Johan & Zizan Razak
Kilauan EmasJuri TetapAstro PrimaMusim Ke-5
Ye Ke?!Artis undanganTV3Episod 1: Cinta Lokasi
Ye Ke?!Artis undanganEpisod 12: Artis Popular Vs Artis Musim
2016Ye Ke?!Artis undanganTV3Episod 1: Merak Kayangan
LePakNil RayaArtis undanganAstro Ria
Sepahtu Reunion LiveZulaikhaAstro WarnaArtis Jemputan: Episod: "Ayahku Kahwin Lagi"
2017Maharaja Lawak Mega 2017Juri JemputanMenggantikan neelofa
2018Sepahtu Reunion Al-RayaPenjagaArtis Jemputan: Episod: "Ketupat Untuk Ayah"
Bocey & Friends Live 2018DoktorArtis Jemputan: Episod:

"Kesilapanku Keegoanmu"

Konsert Ceria MegastarJuri JemputanAstro CeriaEpisod: 8
It’s Alif!Artis undanganNTV7
Kata SerasiArtis undanganbersama ibu saudaranya, Linda Hj Radzwan
2019Di balik idolaDirinya sendiriAstro Ria
Sepahtu Reunion LiveDr. JuliaAstro WarnaArtis Jemputan: Episod: "Hitam Putih Kehidupan"
Cinta Overhaul AidilfitriLaila
Arena Panggang Warna Live!YB
All Stars Buka PanggungSeri Dewi Panggung
The Sherry Show 2019Artis undanganTV3Artis Jemputan: Episod: "Netizen"
2019–2020Mingguan WanitaPengacaraAstro Prima
2020–kiniMeleTOPPengacara jemputanAstro Ria
2020I Can See Your Voice Malaysia Musim 3Artis undanganTV3Episod: 6
Lagu Cinta Kita(Musim 2)Artis undangan & persembahan nyanyian lagu Kita Insan Biasabersama Naqiu
Rumah No. 107Artis undanganAstro WarnaEpisod: 1 bersama Norman Hakim
Sepahtu Reunion LiveJuliaArtis Jemputan: Episod "Wali Tirai Besi"
2021ZaraArtis Jemputan: Episod: "Gemerlap Langkahku"
Panggung MemoriDirinya sendiriEpisod: 4 (Erra Fazira)
Media Hiburan ThrowbackDirinya sendiriAstro PrimaEpisod: 4 (Erra Fazira)
All Together Now MalaysiaDirinya sendiriAstro RiaEpisod: Istimewa Astro yang ke-25 tahun
Festival Filem Malaysia ke-31penyampai bersama Lisa Surihani & Sangeeta KrishnasamyTV1bagi kategori Pelakon Wanita & Lelaki Harapan
2022Karaoke SuperstarDiva JuriAstro Riabersama Mas Idayu
Mega LawakDirinya sendiriAstro WarnaEpisod: Drama Queen
Sepahtu Reunion Live TourSofiaArtis Jemputan: Episod "Demi Sebuah Kemaafan"
Rumah Terbuka Raya SepahtuMakArtis Jemputan
Wanita Hari IniArtis undanganTV3Episod: Perfectionist
2023Mic ON! SelebritiJuriAwesome TV
Sembang SahurArtis undanganTV3Episod 2: Melentur Buluh
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35penyampai bagi kategori Anugerah Khas Ekspresi Legasi Seni Michelle Yeoh
The Chosen OneJuri JemputanAstro CeriaEpisod 4: Tema Rock
Hiburan Minggu IniPengacaraTV2bersama Ebby Yus
2023–2024The Masked Singer Malaysia (musim 4)Juri TetapAstro Warna
2024-kiniNasi Lemak Kopi OPengacaraTV9
2024Wanita Hari IniArtis undanganTV3bersama Heliza Helmi Episod: Reunion
MelodiPengacara jemputan

Teatersunting sumber

TahunTajukCatatan
1999Selendang UmiPanggung Bandaraya, Kuala Lumpur
2010Muzikal Tun MahathirIstana Budaya, Kuala Lumpur
2011Badai SemalamIstana Budaya, Kuala Lumpur
2012I Am...Esplanade, Singapura
2013Bahayanya WanitaIstana Budaya, Kuala Lumpur
2014Konsert Teaterikal Suara KitaIstana Budaya, Kuala Lumpur
Takhta 3 RatuIstana Budaya, Kuala Lumpur
2016Mencari SumaiyahIstana Budaya, Kuala Lumpur

Muzik videosunting sumber

TahunTajukPenyanyi
2023"Panah"Naqiu Boboy

Rujukansunting sumber

Pautan luarsunting sumber

🔥 Top keywords: Khunsa (siri TV)Wanita SyurgaLelaki ItuLaman UtamaTakdir Itu Milik AkuKelawarKhas:CariAngeline TanDe FamPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Joseph KurupSheriffTelaga BarhutGayatri Su-Lin PillaiSarimah IbrahimBadarawuhi Di Desa PenariShahrulezad MohameddinYasmin AhmadMelitha SidabutarNabi Muhammad SAWPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaZul AriffinAzira ShafinazPenjodoh bilangan bahasa MelayuInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSophia AlbarakbahSiti Khadijah HalimSharisa HarisMandi wajibFarah AhmadProjek: High CouncilCik ManggisKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)Yang di-Pertuan AgongMalaysiaPolis Diraja MalaysiaAisha Retno