Hadiah Booker

Hadiah Man Booker untuk Fiksyen (bahasa Inggeris: The Man Booker Prize for Fiction, dahulunya dikenali sebagai Hadiah Booker-McConnell dan secara ringkasnya digelar Hadiah Booker) merupakan hadiah kesusasteraan yang dianugerahkan setiap tahun kepada novel asal terbaik yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan di United Kingdom. Hadiah ini pada mulanya hanya terbuka kepada rakyat dari negara-negara Komanwel, Ireland dan Afrika Selatan serta Zimbabwe kemudiannya; namun kelayakan dibuka kepada semua novel berbahasa Inggeris bermula pada tahun 2014.[1]

Hadiah Booker
Fail:The Man Booker Prize 2015 logo.png
PenghargaanNovel asal terbaik yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan di UK
LokasiGuildhall, London, England
Disampaikan olehMan Group
Anugerah pertama1969
Laman web rasmiwww.themanbookerprize.com

Sejarah

Hadiah ini pada asalnya dikenali sebagai Hadiah Booker–McConnell, iaitu dinamakan sempena syarikat Booker, McConnell Ltd yang bertindak sebagai penaja rasmi pada tahun 1968;[2] dan lebih dikenali sebagai "Hadiah Booker" atau "the Booker". Apabila pentadbiran bertukar tangan kepada Yayasan Hadiah Booker pada tahun 2002, Kumpulan Man beralih daripada menyediakan penajaan kepada pelaburan, namun nama "Booker" dikekalkan sebagai sebahagian daripada gelaran rasmi hadiah. Yayasan tersebut merupakan badan amal berdaftar yang bebas dan dibiayai oleh keuntungan Booker Prize Trading Ltd, iaitu sebagai pemegang saham tunggal[3] Pemenang Hadiah Booker pada asalnya menerima £21,000, sebelum dinaikkan kepada £50,000 pada tahun 2002 dibawah tajaan Man Group, menjadikan hadiah ini salah satu hadiah kesusasteraan termahal di dunia.

Pada tahun 1970, Bernice Rubens menjadi penulis wanita pertama yang memenangi Hadiah Booker untuk The Elected Member.[4] Pada asalnya, hadiah ini telah dianugerahkan secara retrospektif kepada buku-buku yang diterbitkan pada tahun sebelum tahun penganugerahan, namun pada tahun 1971, peraturan ini diubah agar penganugerahan diberikan kepada buku yang diterbitkan pada tahun semasa. Hal ini menjadikan buku-buku yang diterbitkan pada tahun 1970 tidak layak dipertimbangkan pada mana-mana tahun penganugerahan. Pada Januari 2010, Yayasan Hadiah Booker mengumumkan anugerah khas yang dikenali sebagai "Lost Man Booker Prize," yang mana pemenang dipilih dari senarai 22 buah novel yang diterbitkan pada tahun 1970.[5]

Alice Munro menerusi The Beggar Maid pernah disenaraipendekkan pada tahun 1980, dan menjadi satu-satunya koleksi cerita pendek yang disenaraipendekkan sehingga kini.[6]

Pencalonan karya-karya yang terpilih untuk hadiah ini langsung tidak didedahkan kepada umum sehingga tahun 2001.[7]

Pemenang

TahunPenulisJudulGenreNegara
1969P. H. Newby[8]Something to Answer ForNovelUnited Kingdom
1970Bernice Rubens[9]The Elected MemberNovelUnited Kingdom
1970
(retrospective award[a])
J. G. FarrellTroublesNovelUnited Kingdom
Ireland
1971V. S. Naipaul[10]In a Free StateCerita pendekUnited Kingdom
Trinidad dan Tobago
1972John Berger[11]G.Novel eksperimenUnited Kingdom
1973J. G. Farrell[12]The Siege of KrishnapurNovelUnited Kingdom
Ireland
1974Nadine Gordimer[13]The ConservationistNovelAfrika Selatan
Stanley Middleton[14]HolidayNovelUnited Kingdom
1975Ruth Prawer JhabvalaHeat and DustNovel sejarahUnited Kingdom
Jerman
1976David Storey[15]SavilleNovelUnited Kingdom
1977Paul Scott[16]Staying OnNovelUnited Kingdom
1978Iris Murdoch[17]The Sea, the SeaNovel falsafahIreland
United Kingdom
1979Penelope Fitzgerald[18]OffshoreNovelUnited Kingdom
1980William Golding[19]Rites of PassageNovelUnited Kingdom
1981Salman Rushdie[20]Midnight's ChildrenRealisme ajaibUnited Kingdom
1982Thomas Keneally[21]Schindler's ArkNovel biografiAustralia
1983J. M. Coetzee[22]Life & Times of Michael KNovelAfrika Selatan
1984Anita Brookner[23]Hotel du LacNovelUnited Kingdom
1985Keri Hulme[24]The Bone PeopleNovel misteriNew Zealand
1986Kingsley Amis[25]The Old DevilsNovel komikUnited Kingdom
1987Penelope Lively[26]Moon TigerNovelUnited Kingdom
1988Peter Carey[27]Oscar and LucindaNovel sejarahAustralia
1989Kazuo Ishiguro[28]The Remains of the DayNovel sejarahUnited Kingdom
1990A. S. ByattPossessionNovel sejarahUnited Kingdom
1991Ben Okri[29]The Famished RoadRealisme ajaibNigeria
1992Michael Ondaatje[30]The English PatientMetafiksyen sejarahKanada
Barry Unsworth[31]Sacred HungerNovel sejarahUnited Kingdom
1993Roddy DoylePaddy Clarke Ha Ha HaNovelIreland
1994James Kelman[32]How Late It Was, How LateAliran kesedaranUnited Kingdom
1995Pat Barker[33]The Ghost RoadNovel perangUnited Kingdom
1996Graham Swift[34]Last OrdersNovelUnited Kingdom
1997Arundhati RoyThe God of Small ThingsNovelIndia
1998Ian McEwan[35]AmsterdamNovelUnited Kingdom
1999J. M. Coetzee[36]DisgraceNovelAfrika Selatan
2000Margaret AtwoodThe Blind AssassinNovel sejarahKanada
2001Peter CareyTrue History of the Kelly GangNovel sejarahAustralia
2002Yann MartelLife of PiNovel fantasi dan penjelajahanKanada
2003DBC PierreVernon God LittleKomedi gelapAustralia
2004Alan HollinghurstThe Line of BeautyNovel sejarahUnited Kingdom
2005John BanvilleThe SeaNovelIreland
2006Kiran DesaiThe Inheritance of LossNovelIndia
2007Anne EnrightThe GatheringNovelIreland
2008Aravind Adiga[37]The White TigerNovelIndia
2009Hilary MantelWolf HallNovel sejarahUnited Kingdom
2010Howard JacobsonThe Finkler QuestionNovel komikUnited Kingdom
2011Julian BarnesThe Sense of an EndingNovelUnited Kingdom
2012Hilary MantelBring Up the BodiesNovel sejarahUnited Kingdom
2013Eleanor CattonThe LuminariesNovel sejarahNew Zealand
2014Richard FlanaganThe Narrow Road to the Deep NorthNovel sejarahAustralia
2015Marlon JamesA Brief History of Seven KillingsNovel sejarahJamaica
2016Paul BeattyThe SelloutNovel satiraAmerika Syarikat
2017George SaundersLincoln in the BardoNovel sejarahAmerika Syarikat

Rujukan

Bacaan tambahan

Pautan luar