Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi

Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi (secara rasminya Svensk: Sveriges riksbanks pris i ekonomisk vetenskap till Alfred Nobels minne, atau Swedish National Bank's Prize in Economic Sciences in Memory of Alfred Nobel), atau lebih biasa merujuk kepada Hadiah Nobel dalam Ekonomi,[1] merupakan anugerah untuk sumbangan cemerlang dalam bidang ekonomi, dan secara umumnya dianggap sebagai penghargaan yang paling berprestij untuk bidang itu.[2]

Hadiah ini telah diwujudkan pada tahun 1968 oleh sumbangan dari bank pusat Sweden iaitu Bank Negara Sweden, sempena sambutan ulangtahunnya yang ke-300.[3][4][5] Walaupun hadiah ini bukanlah salah satu kategori hadiah yang diperkenalkan oleh Alfred Nobel dalam wasiatnnya pada tahun 1895, namun ia tetap dirujuk bersama-sama Hadiah Nobel yang lain oleh Yayasan Nobel.[6] Penerima-penerima hadiah ini akan diumumkan bersama pemenang Hadiah Nobel yang lain serta dianugerahkan dalam majlis yang sama.[2]

Penerima Hadiah Nobel dalam Ekonomi ini dipilih oleh Akademi Sains Diraja Sweden.[7][8] Ia pertama kali telah diperkenalkan pada tahun 1969 dan diberikan kepada ahli ekonomi Belanda dan Norway, Jan Tinbergen dan Ragnar Frisch, "kerana telah membangunkan dan menggunakan model dinamik untuk analisis proses ekonomi".[5][9][10]

Nota

Rujukan

  • Nasar, Sylvia (1998). A Beautiful Mind. New York: Simon & Schuster. ISBN 0-684-81906-6.

Pautan luar